It's Sunday! (^_^)

11:55:00 pm Yana Yani 4 Comments

Niat di hati nak bangun lambat sikit, al-maklumlah hari minggu! Tapi si kecik dok bising suruh Mama dia bangun. "Ala dik, tidurlah lagi. Mama penatlah." kata aku pada Aisy dengan mata yang masih belum dibuka. Tetiba terasa sakit aje pipi aku ini. Rupanya dicubit dengan Aisy. Bertuah punya budak! "Yelah Mama bangun ini" sambil terus bangun dan memandang jam. "Baru pukul 7 pagi!" keluh aku seorang diri.

Lepas mandikan anak-anak, Encik suami yang baru bangun tidur kata, "Jom kita breakfast kat luar". Bagai orang mengantuk disurung bantal terus aku kata, "Orait bos!"

Lepas breakfast, Encik suami ajak kami singgah Taman Tasik Shah Alam. Sampai aje kat situ, Afif tak sabar nak ke playground. Aisy pun excited semacam aje bila aku letakkan dia dalam stroller.


Afif terus berlari mencari gelongsor. Tak toleh kiri kanan dah kalau dia dapat main gelongsor.


Time sampai, hari boleh tahan juga panas, Aisy main pun sampai tak boleh senyum. Panas punya pasal!

  
Disebabkan cuaca yang panas terik, aku mengajak Encik suami balik. Afif kata, "Kita main buaian dululah baru kita balik ye" Aku tersenyum mendengar rayuan dia. "Yelah" jawab papa ringkas. Lepas itu sempat lagi dia posing dekat kapal tengah padang. 


"Dah, jom kita balik. Panas ni" kata aku. "Ala, Abang nak tengok ikan dulu. Bolehlah papa" rayu Afif pada papa dia. Mood papa tengah baik, dia jawab "Jomlah" Afif terus kata, "Yeah!" sambil terus berlari ke Pusat Akuarium bersebelahan playground ini.


Abang seronok tengok ikan, adik pula menangis tak selesa.


"Kita baliklah ye, adik menangis dah ni" kata papa pada Afif. "Okaylah, tapi Abang nak aiskrim tau" jawab Afif sambil tersengih. "Macam-macalah kamu ni" kata aku sambil menghulurkan aiskrim pada Afif.


Aisy aku dukung cuba nak pujuk. Dia ketawa pula bila didukung.

  
Tengok anak happy macam ini, aku pun jadi happy. Hilang segala masalah sekejab. Tapi bila teringat esok hari Isnin, perasaan terus down. "Ala, kerja lagi ke?" aku bermonolog sendirian. Rasa macam nak undurkan waktu aje. Boleh tak macam itu? (^_^) 


4 comments:

  1. amboi kening baby.. ensem sangat. bg ibu2 yg keja.. isnin la plg malas sbb masih mood cuti, kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya...malas sungguh nak bekerja kalau hari isnin. mengingatinya pun dah sakit hati (^_^)

      Delete
  2. anak2 kalau dapat main macam ni la kan, panas pun diorang tak heran

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...namapun budak kan kak
      situlah datang keseronokkan =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...