10 Bulan! (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 2 Comments


Esok Aisy dah genap 10 bulan! Cepat betul masa berlalu. Dah besar dah anak dara Mama ini. "Eh, perempuan ke?" Itulah respon orang tiap kali jumpa Aisy. Semua tak sangka dia perempuan. Aku sampai dah naik letih nak explain. Lantak kamulah nak kata apa. Yang penting Dayana Hanna Aisy anak perempuan Mama no matter what they say!


Sepatutnya pada usia ini Aisy dah boleh merangkak, duduk tanpa bantuan dan paling best dah boleh berdiri. Tapi setakat ini Aisy langsung tak tunjukkan tanda-tanda nak buat semua itu. Gigi pun tak tumbuh lagi. Kalau nak compare dengan budak sebaya dia, Aisy memang agak ketinggalan. Jujurnya aku agak risau. Tapi kata doktor setiap perkembangan budak berlainan dan tidak adil untuk membandingkan antara satu sama lain. So betullah kata mak, "Engkau ada 10 orang anak pun tak akan sama Long!" 


Kepada Aisy,

Esok 2 Oktober, Aisy genap 10 bulan tau! Macam tak percaya aje. Rasa macam baru semalam Mama mabuk teruk sampai 6 kali masuk wad! Asyik teringat aje Aisy dok tendang-tendang perut Mama. Believe it or not, Mama rindu saat tu. Walau rasa senak dan tak selesa, tapi itulah saat paling membahagiakan bagi Mama.

If one day Aisy ada terbaca entry Mama ini, Mama nak Aisy tahu yang Mama sayang sangat pada Aisy dan Abang. Mama nak kamu berdua jadi anak yang baik, soleh dan solehah. Mama tak pernah lupa walau sekali pun untuk mendoakan kebahagian kamu berdua di dunia dan akhirat tiap kali lepas solat. Semoga kamu berdua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. Amin!

Yang menyayangi kamu berdua,
Mama

2 comments:

  1. inshaAllah aisyah tahu tu,mama sayang dia..comey sangat aisyah ni..bambam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...masa kecil ni kak
      dah nak masuk tiga tahun dah pun =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...