Salah Siapa (^_^)
Tapi pernahkah kita terfikir apakah punca dan penyebab sehingga perkara seperti ini berlaku. Siapa yang harus dipersalahkan? Ramai yang berpendapat si ibu kerana "lepas makan tak pandai kemas". Tak kurang juga yang menyalahkan si bapa yang menjadi punca segala. Masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri. Apa pula peranan kita sebagai masyarakat? Tukang penyebar berita? Itulah yang biasa berlaku. Tak keterlaluan untuk aku katakan punca kepada masalah ini adalah masyarakat itu sendiri.
Ibubapa bila ditekan oleh ahli masyarakat dengan kata-kata tohmahan atau hinaan akan mula bertindak membabi buta tanpa bertanya apakah punca dan penyebab kepada masalah. Sekiranya perkara begini berlaku dalam kelurga kita (nauzubillah), apa yang kita harus lakukan? Sepak teranjang? Buang dari keluarga?
Bila perkara seperti ini terjadi, mungkin kita sebagai ibubapa malu untuk mengakui si pelaku adalah anak kita. Tapi kita tidak sedar, bahawa yang kita buang atau sisihkan dari keluraga itu itu pernah kita sayangi. Pernah membahagiakan kita. Jadi berikanlah bimbingan! Tunjukkan jalan keluar! Jangan benarkan mereka menambah dosa sedia ada.
Mereka ini bagaikan perahu di tengah lautan yang hilang hala tuju. Fikiran mereka tidak tenteram bila dilambung ombak. Ia menambahkan lagi lemahnya iman mereka hingga sanggup melakukan perkara yang diluar jangkaan. Wahai ibubapa dan ahli masyarakat sekalian, janganlah kita hanya mencari kesalahan dan juga cukup mudah untuk menjatuhkan hukuman kerana Syurga dan Neraka adalah hak mutlak Allah SWT.
Ya Allah, jauhilah aku dan keturunan aku dari perkara-perkara keji seperti ini. Jauhi diri kami dari menjadi hamba kepada nafsu kami sendiri. Berikanlah kami kekuatan untuk sentiasa taat kepada-Mu Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. Amin!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿