Afif dan Pantai Remis (^_^)
Selalunya tiap kali cuti hujung minggu kami sekeluarga akan ke rumah mak dan abah encik suami di Kampung Sungai Serdang Kapar. Memang macam itulah rutin kami setiap hujung minggu. Tapi semalam belum pun sempat panas punggung, encik suami mengajak kami pergi ke Pantai Remis. Melompat kegirangan Afif. Dia memang "hantu air". Pantang nampak air mulalah dia.Jarak antara rumah keluarga mentua aku dengan Pantai Remis lebih kurang 15 minit perjalanan sahaja. Sepanjang perjalanan tu, Afif asyik tanya aje "Bila kita nak sampai ni" Tak terjawab dah mama dengan papa dia. Sampai aje, air pasang. Bercadang nak patah balik, tapi tak sampai hati pulak nak kecewakan hati anak.
Taktik Afif nak masuk dalam air. Memula tu dia tengok sahaja, lepas tu dia basahkan kaki dia, lepas tu dia basahkan tangan dia, lepas tu habis basah semua! Iskh anak bertuah! Terpaksalah papa dia melaburkan duit dekat kedai-kedai sepanjang Pantai Remis ni. Kalau tak dibelikan baju, habis basah pula kereta.
Moral dari cerita ini, parent yang nak bawa anak pergi mana-mana sekalipun mesti kena sentiasa sediakan baju lebih untuk anak. We never know what's going to happen! Jadi macam Afif nanti jawabnya. Tapi sekurang-kurangnya terukir juga senyuman mama dengan papa ni tengok Afif seronok macam tu. Lain kali kita pergi lagi ye papa! =)
Happy sangat dia dapat kutip kulit kerang |
Tengah kutip kulit kerang |
Tengah fikir cara nak masuk air |
Akhirnya berjaya! |
Entah dengan siapa-siapalah dia borak tu |
Seronoknya engkau main air! |
Lencun habis! Anak siapalah ni |
Aisy pun seronok jugak tu! |
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿