Hari yang ditunggu! (^_^)
Bangun aje pagi tadi si Abang tanya, "Mama kerja lagi ke hari ini?" Soalan favorite dia itu. Hampir setiap hari dia akan tanya soalan yang sama. "Mama kerja lagilah sayang. Esok baru Mama tak kerja." jawab aku ringkas. Sambil melompat dia jawab, "Yes! esok Mama tak kerja!""Mama Abang nak Koko Krunch dengan Milo ye" dengan wajah girang dia minta. Aku tersenyum melihat gelagat anak bujang aku yang seorang ini. Semakin hari semakin keleteh dia berbicara.
Si Adik pula bangun aje misti tersenyum. Sejuk hati tengok, "Murah rezeki kamu nak" bisik hati kecilku. Bila tengok Abang dia makan, dia pun mintak makan. "Mamam" kata dia. Aku hulurkan rice rusk. Tersenyum kegirangan dia sambut pemberianku.
Si Abang pula lepas makan terus cari "kereta" dia. Nak ajak mandi pun susah kalau dia dah leka dengan kereta kesayangan dia itu. Macam-macam alasan akan diberikan. "Isk, anak bertuah" kataku pada dia.
Aku pandang pula Aisy. Leka dia tengok TV sambil pegang rice rusk.
Aku dudukkan dia. Takut pula tercekik. Tapi mata dia tak beralih sikit pun dari TV. Khusyuk betul.
Aisy walaupun dah nak masuk 10 bulan masih belum pandai merangkak ataupun duduk dengan sendiri. Kalau Abang dia dulu dah ligat memanjat. Aisy ni agak lambat tapi mulut dia cukup jelas bila bercakap. Nak, dah, abang, papa adalah antara perkataan yang jelas dia sebut. Teringat kata Mak satu masa dulu pada aku, "Kau ada sepuluh orang anak pun tak akan sama perangainya Long!"
Apapun, seperti yang semua orang tahu, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Selain dari itu, ia adalah hari yang paling aku tunggu. Kenapa? Sebab dua hari seterusnya adalah hari yang aku boleh menghabiskan masa dengan insan-insan kesayanganku terutama dua permata hatiku ini!
Gosh! Mama can't wait for tomorrow! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿