Cerai dan Filem (^_^)

9:57:00 pm Yana Yani 0 Comments


Aku sebenarnya tidak begitu berminat untuk mengulas cerita ini. Tapi terpanggil juga untuk mengulas bila terbaca satu blog yang mempersoalkan saranan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyarankan agar Vanidah Imran dan suami, Rashidi Ishak untuk segera rujuk kerana dialog di dalam filem Untuk Tiga Hari.

Blog tersebut mengatakan:-

Shidi takpun kahwin dengan Vanidah dalam filem itu. Yang 'kahwin' dengan Vanidah si Afdlin. Shidi kahwin dengan Ayu Raudhah.

Jadi apa ke jadah nak suruh Shidi dan Vanidah rujuk? Maaflah. Korang ingat Shidi atau Vanidah tu bengap sangat ke nak berlakon sebagai suami isteri dalam babak cerai? Tapi kalaulah adegan itu ada dan mereka berlakon sebagai suami isteri, perceraian itu jugak pasti tidak sah sebab tiada niat!
Mungkin blogger tersebut kurang jelas dengan maksud cerai di dalam Islam. Aku pun bukanlah seorang yang arif dalam isu cerai atau talak ini. Dari pembacaan dan sedikit pengetahuan, Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah SWT tetapi dibenarkan.

Terdapat tiga rukun talak iaitu suami yang berakal, baligh dan melafaz talak dengan kerelaan sendiri, isteri yang sudah sah dinikahi dan belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya dan rukun yang terakhir adalah lafaz yang jelas menyatakan penceraiannya.

Moral dari cerita ini, siapalah kita untuk mempersoalkan saranan seorang mufti yang merujuk kepada dialog di bawah yang diungkapkan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran. Adalah lebih molek kalau kita merujuk kepada mereka yang lebih arif dan bijak pandai dalam hal ini.

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai

Ulasan daripada Tan Sri Harussani Zakaria berdasarkan dialog tersebut:-

Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.

Apapun kontroversi ini secara tidak langsung telah mempromosikan filem arahan Afdlin Shauki ini yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama hasil karya Ahadiat Akashah.

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...