Selamat Hari Malaysia (^_^)
Mungkin ramai yang tidak tahu tahu tentang Hari Malaysia termasuklah diri aku sendiri kerana selama ini kita hanya mengetahui tentang Hari Kemerdekaan yang disambut pada setiap 31 Ogos.
Untuk pengetahuan semua dan diri aku sendiri, Hari Malaysia disambut pada setiap 16 September bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo (Sabah) , Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia sebelum akhirnya Singapura menarik diri dari menyertai Malaysia.
Mulai tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia dan semoga negara bertuah ini akan sentiasa aman dan damai dari segala anasir-anasir jahat yang dengki dengan keamanan dan keharmonian yang dikecapi oleh semua rakyat Malaysia pada masa ini. Sedarlah bahawa keamanan yang kita nikmati hari ini mengambil masa berpuluh tahun untuk dikecapi.
Apa yang perlu kita generasi hari ini lakukan adalah hanya mengekalkan keamanan ini kerana mengusahakannya cukup susah tapi memusnahkannya cukup senang. Jadi renung-renungkanlah!
Imej oleh Pusat Maklumat Rakyat (PMR) |
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿