Kata Mereka (^_^)

5:06:00 pm Yana Yani 0 Comments


Aku agak suspen bila dapat surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor semalam. Ditambah pula dengan cop "Urusan Seri Paduka Baginda" yang terdapat pada surat itu.

Dalam hati terdetik, "Aku kena saman ke?" Manalah tahu kan. Kebelakangan ini, kes denggi dekat kawasan perumahan aku ini agak tinggi. Belakang rumah aku itu memang dah macam hutan.

Aku ataupun encik suami memang tak pernah langsung ke belakang. Kalau tengok rumah aku dari belakang, memang nampak macam rumah tinggal!

Okay, berbalik pada cerita surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor itu. Bila baca sikit isi kandungan surat itu, aku tersenyum sendiri. Rupanya pasal aku punya aduan.

Cis! bikin suspen je! Aku pernah tulis entry ini dalam blog kesayangan aku ini. Sila klik sini kalau nak baca what is all about.

Petikan surat itu:-
Sepertimana yang telah dimaklumkan kepada pihak puan, bendasing (rambut) yang dikatakan terdapat pada roti bun tersebut sebenarnya merupakan sehelai berus yang tertanggal yang digunakan untuk membuat sapuan shortening dan minyak masak dalam bekas/acuan roti dan juga conveyor. Walau bagaimanapun semasa pemeriksaan, pengendali makanan didapati memakai penutup kepala. Pihak kami tidak dapat mengambil sampel kerana batch yang diadu telah habis diedarkan.
Ketika surat ini aku terima, roti bun yang disebutkan itu aku masih lagi aku simpan. Freak? Tapi itulah hakikatnya.

Apa yang menjadi persoalan, kenapa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor tidak menghubungi aku berkenaan sampel roti tersebut? Sepatutnya tidak timbul isu sampel tidak dapat diambil. 

Tanya dekat kilang itu memanglah tak ada!
 
Surat itu antara lain menyebut:-
Secara keseluruhannya, pengurus premis tersebut telah diberi pendidikan kesihatan supaya beliau dan pekerjanya meningkatkan lagi tahap kebersihan dan sanitasi premis tersebut. Selain itu, pengurus premis juga perlu menggantikan penggunaan berus untuk sapuan kepada teknik spray supaya perkara yang sama tidak berulang. Pengurus premis tersebut kini sedang membuat pembelian alat bagi teknik spray yang akan digunakan pada pengeluaran produk tersebut.
Tapi itu kata mereka. Kata aku yang mengalami perkara ini, go to hell! Untuk pengetahuan semua, aku masih lagi trauma nak makan roti bun terutama dari syarikat tersebut.
 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...