Sudah 4 tahun ke? (^_^)

2:05:00 pm Yana Yani 0 Comments


Aku sebenarnya tak pernah perasan yang blog ni sudah berusia 4 tahun. Aku rasa memang dah lama dah aku create akaun ini. Tapi tak sangka pula dah 4 tahun! Lama juga ye. Baru sekarang ini aku mula aktif sebab dulu tak berapa tahu sangat semua benda yang berkaitan blog ini. Atas jasa baik Fiza Ismail lah baru wujud blog ini. Terima kasih daun keladi!

Blog ini secara dasarnya masih lagi baru. Masih lagi terlalu banyak untuk dipelajari. Sebagai contoh macamana nak letak header dekat blog ini. Siapa tahu bolehlah share ye! Aku juga baru tahu pasal hak cipta. Sekarang ini pun tengah berhati-hati kalau nak copy paste.

Blog ini diwujudkan pun atas dasar self satisfaction. Sebab itu aku tak berapa kisah sangat ada berapa follower ataupun viewer. Yang penting aku dapat kepuasan! Dulu time sekolah cikgu suruh jadi penulis sebab dia nampak bakat yang aku ada terutama buat esei atau karangan. Tapi sebab bakat itu tak diasah dengan betul, so dia hilang macam tu sahaja. Sekarang ini nak cuba asah balik bakat tu.

Kesimpulannya, aku ini masih baru. Nak pantun sikit, Buah cempedak luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...