Sayangilah Bahasa Kebangsaan Kita (^_^)
Imej dari Emila Yusof |
Zaman sekolah dulu setiap kali bulan Oktober sekolah akan meraikan Bulan Bahasa Kebangsaan. Sepanjang bulan tersebut pelbagai aktiviti dianjurkan bagi mengingatkan kami para pelajar (ketika itu) tentang kepentingan Bahasa Melayu. Aku juga masih ingat lagi lagu Bahasa Jiwa Bangsa ciptaan Tan Sri Dol Ramli. Korang semua ingat lagi tak? Lupa? Mari kita menyanyi sama-sama. Ready? 1...2...mula...
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Ewah, bersemangat masing-masing! So, mulai dari hari ini aku berikrar untuk mencuba sedaya upaya aku untuk sentiasa menggunakan Bahasa Melayu dengan betul! Kalau bukan kita sendiri yang memartabatkan bahasa ibunda ini, siapa lagi?
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿