MAS MH17 Dalam Kenangan (^_^)
Hari ini masuk hari ketiga kita digemparkan dengan berita yang mengejutkan seluruh masyarakat antarabangsa secara amnya dan Malaysia secara khususnya.
Dalam kita masih lagi dihantui dengan misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini masih belum terungkai, kita pula diuji dengan kejadian yang menimpa MH17.
Such a heartbreaking news.
Tiada sesiapa yang inginkan perkara seperti ini berlaku dalam keluarga mereka. Grief after a sudden lost macam ni pastikan akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama.
Sehingga ke hari ni, masih belum diketahui apakah punca dan siapakah penyebab tragedi yang meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan krew penerbangan MH17.
Yang pasti mereka semua menjadi mangsa keadaan dalam kemelut politik yang melanda antara Ukraine dan Russia yang masing-masing saling menunding jari.
Kita juga harus ingat bahawa apa yang berlaku ke atas MH17adalah di atas perancangan DIA yang SATU. Sebagai orang yang beragama Islam, kita harus percaya kepada qada dan qadar.
Salam takziah aku ucapkan kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew MH17. Walau tak kenali sesiapa pun di atas pesawat malang terbabit, aku tetap merasai kesedihan itu.
Buat ahli keluarga yang beragama Islam, percayalah bahawa ALLAH tidak menguji hamba-NYA melebihi kemampuan yang hamba-NYA mampu pikul.
La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana - Jangalah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya ALLAH ada bersama kita.
#PrayforMH17
#PrayforMH370
#PrayforSabah
#PrayforPalestin
--------------------------------------------
"Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau tabahkanlah hati ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 dan MH370 dalam menghadapi ujianMU yang amat getir ini Ya ALLAH.
Kau berikanlah kekuatan kepada mereka Ya ALLAH.
Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau permudahkan segala urusan mencari dan membawa pulang kesemua mangsa yang terlibat dalam tragedi ini Ya ALLAH.
Hanya kepadaMU kami berserah Ya ALLAH.
Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau lindungilah saudara seagama kami di Palestin dan di seluruh dunia dari sebarang kejahatan musuh agamaMU Ya ALLAH.
Sesungguhnya KAU Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Amin Ya Rabbal Alamin"
setiap yg berlaku atas kehendak Allah jua . al fatihah buat mereka ... aaamin .
ReplyDeletebetul tu vee
Deletesemuanya atas kehendak DIA
Salam takziah untuk semua ahli keluar mangsa dan Al Fatihah untuk mereka yang beragama islam..
ReplyDeletemoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini
DeleteTerus bdoa.. Sungguh pilu... Tahun kedukaan buat kita semua
ReplyDeletesedih sebenarnya memikir kejadian ni
DeleteMemang sedih... macam2 jadi di malaysia..
ReplyDeleteALLAH uji kita sebab sayang dekat kita
DeleteDIA nak suruh kita beringat
Takziah kepada keluarga mangsa. Al Fatihah kita bacakan kepada mangsa yang terlibat.
ReplyDeletemoga mereka bahagia di sana
DeleteAl Fatihah..
ReplyDeletemoga mereka tenang di sana, amin
DeleteSetiap yang berlaku kita perlu percaya ada hikmahnya...
ReplyDeletebetul tu, ALLAH mengetahui segalanya
DeleteTakziah buat keluarga mangsa & Al Fatihah buat semua mangsa yg beragama Islam.. Al Fatihah... aamiin.
ReplyDeletesedih kan dengan berita yang mengejutkan ni
Deletesama sama doakn roh mereka yg beragama Islam.di tmptkan di kalangan org beriman
ReplyDeleteye mimi
DeleteALLAH maha MENGETAHUI
Sedih kan sis? Sampai down mood kathy di buatnya :'(
ReplyDeletekita yang tak ada hubungan persaudaraan pun rasa gitu
Deleteni kan pula ahli keluarga mereka
harap mereka tabah especially menjelang syawal ni
Mmg terkejut dan sukar nk percaya bila dgr berita nih
ReplyDeletesampai sekarang maish bersedih dengan kejadian tu
Deletepadahal tak kenal sesapa pun dalam pesawat malang tu