Mengambil Penyata Simpanan TAWAS

3:16:00 pm Yana Yani 14 Comments

Mengambil Penyata Simpanan TAWAS | Sebelum YY cerita pasal penyata simpanan Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS ni. YY akan elaborate sedikit mengenai TAWAS. Untuk makluman, program ini dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2008 dan diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor. Ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bagi yang layak, RM1500 akan diberikan. Tapi bukan boleh terus ambil tau. Ia hanya boleh dituntut apabila ahli telah mencapai usia 18 tahun. Program ini telah melalui banyak penambaikan sejak ia mula diperkenalkan. Antaranya Skim Khairat Kematian TAWAS. Skim ini diperkenalkan pada 1 Mac 2014 di mana waris boleh menuntut RM1500 sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Mengambil Penyata Simpanan TAWAS
Mesej dari TAWAS

Honestly, YY dah totally lupa mengenai program ini.

Lagipun dah agak lama MyChintaHati daftarkan Aisyah ke program ni. Masa Afif kami tak daftar sebab tak tahu langsung kewujudannya. Tahu pun lepas Aisyah dah lahir. Sebab tu masa Aisyah kami daftar cepat. Tapi lupa terus sebab tiada sebarang maklumbalas diterima setelah pendaftaran. Assumed tak layak aje. Haha! Tetiba dapat mesej. Excited juga weh! Bab duit ni, memang tak tolak punya! Lagipun RM1500 tu!

Mengambil Penyata Simpanan TAWAS
Borang yang perlu diisi untuk mengambil penyata simpanan TAWAS

Makanya, gagahlah kami anak beranak bangun pagi ketika weekend untuk ke Pulau Indah. Jarak merupakan antara faktor kami bangun awal. Agak jauh jugalah jarak perjalanan ke Pulau Indah tu. Faktor lain adalah kebetulan hari tu ada jemputan kenduri yang perlu kami hadiri. Tapi sejujurnya kalau weekend ni memang lambat aje memasing bangun. Duit punya pasal, tetiba masing-masing jadi rajin. Haha!

Mujur tak begitu susah mencari. Waze kan ada! Haha!

Mengambil Penyata Simpanan TAWAS
Banner TAWAS

Proses untuk pengambil penyata simpanan pun tak lama. Tak sampai 10 minit untuk keseluruhan proses. Sampai aje, kami terus diminta mengisi borang. Lepas tu hanya perlu berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan penyata tu. Penyata ni penting sebab ia diperlukan ketika membuat tuntutan nanti. Awal-awal ibubapa atau penjaga diingatkan supaya menyimpan penyata simpanan tersebut bagi membolehkan ahli membuat tuntutan apabila mereka mencapai usia 18 tahun.

Kalau korang nak tengok camne rupa penyata, klik pautan ni ye http://tawas.org.my/tawas/about.php

Mengambil Penyata Simpanan TAWAS
Afif dengan maskot TAWAS.

In case korang tak sempat ambil pada tarikh seperti mesej yang YY kongsikan di atas, jangan risau. Kalau permohonan korang lulus, penyata tu korang boleh ambil di alamat yang YY kongsikan di bawah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang. Sabtu, Ahad dan juga cuti umum, tutup tau. Tapi jangan lupa bawa MyKid atau Sijil Lahir anak.

Bagi sesiapa yang belum berdaftar dan berhasrat mendaftar boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang rasmi TAWAS. Nak semak status pun boleh.

Mengambil Penyata Simpanan TAWAS
MyChintaHati dengan isi boring mengambil penyata

Tapi harus diingat bahawa tarikh tutup pendaftaran program ini adalah pada hari ulang tahun kelahiran anak korang yang ketiga. Maksudnya, sebelum anak genap tiga tahun dah kena daftar. Selepas tu dah tak boleh. Macam kes Afif lah kiranya. Rugi aje. Haha!

Program ini terbuka kepada semua anak kelahiran Selangor berdasarkan beberapa syarat yang tertentu. Antaranya pemohon haruslah warganegara Malaysia dan lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008. Kalau korang nak maklumat lebih lanjut mengenai syarat permohonan, korang boleh layari http://pawas.yawas.my/page_main/syarat.php

Mengambil Penyata Simpanan TAWAS
Keseluruhan proses yang tak sampai 10 minit

Permohonan TAWAS ni boleh dilakukan secara dalam talian. Tapi borang yang sudah diisi haruslah dicetak dan dihantar dalam tempoh empat minggu dari tarikh pendaftaran secara dalam talian. Jangan lupa untuk sertakan dokumen sokongan seperti berikut:
● Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
● Salinan MyKad Ibu dan Bapa

Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat berikut :
Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Itu ajelah yang YY nak bebelkan hari ini. Semoga bermanfaat (^_^)

14 comments:

  1. Ni penyata tahunan or pengesahan pendaftaran? Kiranya make sure daftar before anak genap 3 tahun? Ni kiranya just daftar x perlu byr apa2 genap imur anak 18 tahun leh dpt rm1,500 or mcm mana? Ehh byk plak soalan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk system sekarang, terus dapat benda tu yang dipanggil penyata
      penyata tu adalah bukti penting yang diperlukan
      ketika nak tuntut rm1500 bila anak dah mencapai usia 18tahun
      salah satu incentive kerajaan negeri membantu rakyat =)

      Delete
  2. Ohh....maksudnya ada had umurlah untuk pendaftaran ye YY. Emmm...nampaknya anak anak hakak dah terlebih had...

    Umur Aisyah 18 tahun esok agaknya berapalah nilai Rm1500 tu ye YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru aje diperkenalkan OKje
      dulu memang takde.
      ye masa umur dia 18 nnati baru dapat
      entah banyak mana sangat nilai tu nanti pada zaman tu

      Delete
  3. oo untunglah jadi anak jati selangor..tawas eh..ingatkan yawas

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAWAS tu Tabung Warisan Anak Selangor bawah
      kendalian YAWAS yang bermaksud Yayasan Warisan Anak Selangor =)

      Delete
  4. Mmg bgs program ni YY. At least blh gna utk msa dpn aisyah nanti. Rm1500 tu byk bg lya.. Dgn ekonomi skarang.. Bila bpluang dpt, jgn lpskan

    ReplyDelete
  5. Anak saudara sy pun registrer YAWAS ni. Mmg bagus program cmnie. :D

    ReplyDelete
  6. bestnya jadi anak selangor hehe. btw saya singgah dan follow blog akak ya.
    jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    http://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. akak tak daftar pun untuk anak2 walaupun anak2 semua lahir dekat selangor, sebab nak kena pergi ambil tandangan sape ntah itu yang jadi lambat lepas tu terus tak buat hehehe

    ReplyDelete
  8. Wow syoknye.. firash blm 3 5tahun.. tp xlahir kt selangor plak.. nnt ayu nk try usha kt web dia la.. ooohh pulau indah tu dekat je dgn ayu.. kalu tau leh ajak jmp thanx for the info kak

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...