Musim Orang Kahwin! (^_^)

10:16:00 pm Yana Yani 32 Comments

Kalau sebut aje cuti sekolah, memang sikit punya banyak undangan untuk ke pelbagai majlis. Yang paling common, majlis perkahwinan. Kadang-kadang dapat lebih dari 5 jemputan untuk satu hari!

Jenuh nak memenuhi jemputan, pergi pun yang mana sempat aje. Kalau tolak tambah perjalanan dan kadang-kadang kewangan, memang tak sempat. Hehe!

Zaman sekarang pergi ke sesebuah majlis tak boleh pergi dengan tangan kosong. Malahan bagi sesetengah orang, "Kalau time majlis kau dulu aku bagi RM100, majlis aku pun kau kena bagi macam tu juga!"

Jadi umpatan keji kalau kita gagal membayar balik duit pinjaman tu. Aku tak cakap kosong tau! Aku pernah nampak orang mengomel pasal benda ni! Seriously tak faham!

Kalau semua manusia berfikir macam tu, habislah! Tak akan ada orang buat kenduri kahwin lepas ni! Hehe! Cubalah bayangkan, majlis kahwinkan nak meraikan pasangan yang baru diijabkabulkan.

Kalau dah macam ni, rasa macam terbeban tau! Tak rasa seronok nak ke majlis kahwin sebab teringat kau dok bagi pinjaman RM500! Mana nak cekau duit nak pula time tu orang tu tengah kesusahan.

So moral of the story, nak bagi duit biar ikhlas jangan dok harap balasan. Kita tak akan tahu apa berlaku di masa depan. Tuan rumah pun jangan dok fikir pulangan dari hasil buat majlis.

Tak berkat buat gitu. Cuba niat hati ikhlas seikhlasnya bagi makan minum dekat orang yang datang mendoakan kebahagian pasangan mempelai. Baru kita rasa seronok! Dak gitu?

Anyway pasangan pengantin yang aku share gambar dekat sini tak ada kena mengena dengan bebelan aku dekat atas ye! Ianya bersifat umum!

Pasangan yang mula-mula aku nak cerita ni adalah sepupu Encik suami sebelah Mak. Faham tak? Tak faham abaikan aje. Hehe!


Lan ni anak bongsu Wak Damiri. Orang yang datang sikit punya ramai! Penuh khemah! Nak makan kena tunggu giliran. Aku rasa kalah majlis Che Ta sebab Che Ta tak jemput ramai orang. Hehe!

Mungkin sebab ni menantu last bagi keluarga Wak Damiri, tu yang buat penuh khemah. Aku difahamkan ada 10 khemah tapi tak cukup nak memenuhi kebanjiran orang! Dahsyat!

Apapun semoga Lan dan isteri berbahagia hingga ke Jannah! Amin (^_^)

Petang tu kami ke Petronas Cub Prix. Klik sini pada siapa yang belum baca. Malamnya pula kami ke majlis perkahwinan anak jiran aku, Uncle Shamugum.

Seumur hidup aku, ini adalah majlis perkahwinan masyarakat India pertama yang aku pernah pergi. Bukan tak pernah dapat jemputan, tapi tak pernah berkesempatan nak pergi.

Untuk pengetahuan, Uncle Shamugum ni merupakan satu-satunya keluarga India yang tinggal selorong di taman perumahan kami ni.

Ini pun anak kedua Uncle Shamugum, yang pertama dulu aku tengah dalam pantang. Tak sedap pula kalau tak pergi sebab Uncle Shamugum tak pernah missed majlis kami. Rewang pun dia turun juga!


Klik sini juga kalau rajin (^_^)

Majlis dia pun happening sangat! Jemputan dia aku rasa tak ramai, tapi jiran-jiran yang semuanya berbangsa Melayu turun juga memeriahkan majlis!

Uncle Shamugum pun gunakan catering orang Melayu bagi menghormati jiran-jiran dia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Memang touching dengan keprihatian Uncle Shamugum.

Apapun untuk anak dia (alahai, aku lupa nama dia!) all the best to both of you! (^_^)

Ini baru sebahagian aje majlis perkahwinan yang aku penuhi jemputannya. Yang lain tu pergi juga tapi tak bawa kamera! Hehe!

Kepada mereka yang sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan, all the best! Sila hafal apa yang patut ye sebab tok kadi tanya tau! Hehe!

P/S - 6 tahun dulu, tinggal lagi 3 hari aku nak diijabkabulkan. Suspend gila! (^_^)

32 comments:

  1. haah kan.. skrg musim org kawen.. abg ipar sy pon baru kawen 2 weeks lepas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      asal cuti sekolah aje, mesti ada kenduri kendara ni
      sebab time tulah saudara seluruh pelusuk malaysia ni berkumpul (^_^)

      Delete
  2. wah best nyer g mkn kenduri kawen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak sangka ada orang nak tanya soalan ni
      rasa kelakau pula..hehe
      sabo ye, sabo =)

      Delete
  3. cuti sekolah musim orang kahwin.. bab yang bagi hadiah atau duit tu memang setuju sangat bagi ikut kemampuan je.. lagi pun kita nak meraikan pasangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul!
      asal cuti sekolah aje, confirm jemputan menimbun!
      tulah pasal, ikut kemampuan bagi
      jangan mengharap sesuatu pulangan, biar ikhlas =)

      Delete
    2. esok mesti ada jemputan kenduri kahwin lagi..
      p.s: rupa-rupanya umur kita sebaya la.. hihi..

      Delete
    3. tu lah pasalnye

      p/s-hehe, sebaya kita kan =)

      Delete
  4. ye..orang kahwin ramai time cuti,kita yg di jemput ni terbang duit...hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      tak bagi salah, bagi pun salah
      dah tu camne...hehe =)

      Delete
  5. Jiran Uncle tu, buat majlis kahwin pun ada pelamin gak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a kak
      tapi dia buat dekat dewan
      siap berarak dengan bersanding okay
      kelas gitu! =)

      Delete
  6. kenyang makan free jela skrg ni kan... aku pun byk betul jemputan kdg2 smp x terpergi.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. free tak free juga sal oi
      melabur juga kan
      paling kurang rm5 kena bagi...hehe =)

      Delete
  7. mama duduk jb, kengkawan semua selangor... bila dorang kawin, mama memang tak dpt hadir, a.k.a terlepas semua... habis nak buat macamana, kita ikut husben... merantau tempat org.. sedih sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan mama, bila dah jauh-jauh ni
      terasa serba salah pun ye jugak
      jadi isteri memang kewajiban kita ikut suami

      tak apalah mama, hopefully diorang faham =)

      Delete
  8. Salam ukhuwah dari Bunda dan selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah bunda
      terima kasih singgah teratak saya
      yang tak seberapa ni =)

      Delete
  9. Memang ada org yg mcm tu,,pernah tgk tuan rumah siap cek sampul duit tu kat situ jugak..waduhhh..dahsyat kan..mkn sepinggan kena byr brpinggan2..

    ReplyDelete
  10. cantik sgt2 pengantin....suke pelamin ngan tema baju....mmg naik seri pengantin....

    seronok jugak pegi majlis bukan melayu kan...dpt tgk culture dieorg...akak tak penah lak dpt jemputan majlis kawin bangsa lain....nak sgt pegi tgk care majlis dieorg....pengantin perempuan india tu mcm muke kencana dewi la...cantik betul.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengantin memang confirm cantik sebab tu nama diorang
      raja sehari. hehe!

      saya selalu juga dapat jemputan, ramai kawan bangsa lain
      tapi diorang buat majlis bukan macam kita
      hari bekerja lepas tu malam
      tu yang agak payah sikit nak pergi

      adik-beradik dia memang semua cantik
      cam retis bollywood

      Delete
  11. kalau org jawa buat majlis memang hebat, serius sy agak terkedu masa mula2 dtg especially Banting ni tempat sy cari makan..3 hari majlis boleh dapat rm30k kutipan duit salam, maknanyer..sehari 10k..wow ! . majlis berkhatan pon sama mcm tu gak tp tak le sampai 3 hari kan yana? huhu dasyat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah PCL, saya rasa komuniti jawa aje kot
      cam kampung saya dekat pahang nun
      diorang tak bagi duit ni
      tapi diorang bagi beras ke, gula ke

      apa-apalha yang dirasakan patut untuk sesuatu majlis
      RM10k tu kira sikit kat kaawsan kampung
      biasa boleh dapat RM20k
      tapi kalau dia popularlah...hehe =)

      sebab tu nak pergi majlis aje, standby duit lebih
      tuan rumah kukut time salam =)

      Delete
  12. seronok pegi kenduri... lagi2 kalau dapat jumpa kenalan.

    ReplyDelete
  13. Jarang orang india nak jemput tetamu dan ambil katering melayu, melainkan jika jiran2 dan rakan2 ramai melayu. Kan best...erat muhibbah. India, jiran saya pun jenis sama mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa pasti bab tu sebab ni majlis perkahwinan
      India yang pertama saya pergi
      tu lah pasalnya, dalam majlis dia semua bangsa ada
      kira 1 MALAYSIA =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...