Hari Ini Hari Raya
Pagi raya tu YY bangun agak awal walau kami pulang lewat pada malamnya. Terasa seronok dan excited sebenarnya nak melihat anak-anak memakai baju raya yang dibelikan."Afif, bangun sayang. Hari ni hari raya" kata YY ketika mengejutkan Afif. Afif memang cukup mudah untuk dikejutkan. Dengan sekali gerakkan dia dah bangun berbanding Aisyah.
"Pergi mandi sunat hari raya. Lepas tu pakai baju raya, pakai wangi-wangi, lepas tu apa?" tanya YY pada Afif yang seolah masih mamai.
"Ikut Papa sembahyang raya" jawab dia.
Untuk raya kali ini hanya Afif dan Aisyah berbaju baru. Kami suami isteri pula hanya pakai baju yang mana masih dikategorikan elok. Janji raya.
Bukan orang tahu kitorang pakai baju lama. Oops, tercerita dalam blog pula. Hehe!
Rayyan dan Rayna, sepupu Afif dan Aisyah pun ada di pagi Raya tu. Kehadiran mereka menambahkan keseronokkan Afif dan Aisyah.
Boleh dikatakan sepanjang hari tu, mereka berempat asyik berkepit aje.
Untuk mendapatkan gambar mereka seperti di atas, berpuluh kali YY snap gambar. Susah betul nak bagi mereka semua pandang kamera pada masa yang sama.
Gambar di atas paling cantik pada YY walau Rayyan masih tidak memandang kamera (^_^)
Lepas tu YY dan MyChinyaHati pula bergambar bersama mereka berempat. Pun terjadi masalah yang sama. Penat betul berposing dengan diorang ni.
Disebabkan hari Raya kali ni jatuh pada hari Jumaat, kami tak ke mana langsung disebabkan masa yang singkat. Lagipun MyChintaHati malas nak terkejar dengan sembahyang Jumaat.
Keadaan tu menambahkan rasa lara di hati sebab tak dapat balik kampung kelahiran YY. Mula terasa sebak hati. Pandang apa aje dekat keliling nak touching. Benci perasaan tu.
Tapi mujur hari tu tetamu tak berhenti datang. Terasa juga kemeriahan yang sekaligus menutup rasa lara tu. Selalu raya pertama ni kurang orang datang ke rumah parent in law YY.
Kali ini mungkin disebabkan kebanyakkan mereka tahu parent in law YY akan ke Tanah Suci tak lama lagi. Orang yang tak pernah datang selama ni pun datang.
Hari ni hari Raya katanya (^_^)
Hari Raya kedua barulah kami semua termasuk kesemua adik-beradik kecuali Faiz beraya ke setiap rumah pakcik dan makcik diorang. Seronok beraya beramai macam ni.
Paling seronok ye budak-budak. Sampai YY nak ambil gambar pun susah. Raya kali ni memang susah betul nak bergambar. Mungkin sebab tu koleksi gambar raya tahun ni sangat kurang.
Ada satu peristiwa bila YY perasan Afif buka terus sampul Raya di hadapan orang yang memberi. Malu dan marah serentak wujud dalam diri YY. Dalam kereta, masak Afif kena bebel.
YY dan MyChintaHati jelaskan sebaik mungkin bagi mengelak peristiwa sama berulang. Of course ada persoalan kenapa dia tak boleh buat macam itu dan ini. Explain ajelah sebaik mungkin.
Selepas dah yakin dia faham dengan penjelasan, maka YY bagi amaran, "Buat lagi macam tu, makan penamparlah jawabnya"
"Penampar mana boleh makan. Boleh rasa aje" jawab dia bersahaja.
"Eh eh kau ni! Menjawab pula!" jerkah YY yang kemudiannya disusuli ketawa.
Alhamdulillah, peristiwa itu tidak lagi berulang. Tapi naluri Afif untuk tahu apa yang ada di dalam sampul memang kuat. Tak dapat buka depan orang, dalam kereta dia buka. Budak. (^_^)
Penat juga hari tu. Dari pagi sehingga ke lewat petang kami beraya. Memang dah target untuk habiskan semua rumah pakcik dan makcik yang berada di kawasan sekitar.
Tapi pada masa yang sama, seronok (^_^)
Oh ya, untuk Raya kedua ni kami sekeluarga hanya berpakaian kasual. YY memang tak betah bergerak dengan baju kurung walau koleksi baju kurung penuh satu almari.
Atas alasan tu juga YY tak benarkan MyChintaHati belikan baju kurung walau dia ada syorkan. YY kata kalau nak belikan baju, belikan blouse aje banyak-banyak (^_^)
YY juga buat pertama kalinya cuba lari dari pemakaian tudung bawal. Kali ni YY cuba pakai shawl. Nampak buruk benar sebab tak biasa pakai. Teknik pun kurang mahir.
Silap haribulan, shawl tu menjadi makanan almari aje (^_^)
So begitulah cerita kami seluarga pada Raya kali ni.
Walau ada cerita disebalik cerita, raya tetap raya. Kalau kita mahu, hati yang lara boleh bertukar gembira. Yang penting, kita sendiri mahukannya.
Yang mengawal perasaan kita adalah akal fikiran bukannya hati. Bila kita setting akal fikiran untuk bergembira instead of berduka, hari kita pastinya berubah.
Lagipun hari ni hari RAYA! (^_^)
Haha..biasalah tu YY, budak2 ni.. naim nazif pun sama gak.. mula2 tak nak ambil sampul orang hulurkan, bila dah lama2 dioranv cepat ambil dan kira duit depan orang tu.adoi malu betul mama ni..
ReplyDeleteTak pakai baju baru pun dah nampak lawa cun segak tu ... kami pun merancang pakai je baju kenduri bulab 6 hari tu, tapi rezeki saya pulak, MIL jahitkan saya baju baru yang sedondon gak dengan baju hero2 saya..jadi saya jelah yang pakai baju baru masa raya hari tu.
Moga parents in law sempat menunaikan haji yg mabrur ya.. bagus juga ya bolehla jadi hari raya yang meriah tahun ni.. ramai yang datang beraya maka afif dapat banyak duit raya, kan?
tulah cikgu AN, malu rasanya tau sebab dah pesan
Deletemujur jugalah dia ikut kata saya lepas tu...kalau tak mahunya angin sepanjang hari =)
hehe...yang pentingnya kita seronokkan?
biasa MIL saya pun gitu, tapi tahun ni dia seibuk dengan persiapan ke Mekah
tak apalah, lagipun saya memang kurang gemar berbaju kurung =)
terima kasih ye cikgu AN. aminn
boleh tahan banyak jugalah duit raya dia =)
Mengawal emosi duka di Hari Raya penting apa lagi jika ada tetamu bertandang YY. Namun macam kakak bila abang dah masuk ICU memang tak boleh sembunyi duka-laranya. Airmata sentiasa luruh setiap kali org dtg ziarah.
ReplyDeleteBab baju samalah macam kakak bila balik kg bukan org tahu baju kita tu baju baru ke baju lama. Apa lagi bila dah sedondon mesti nampak baru kan:)
tulah kak...nak buat camne kan terutama apabila melibatkan perasaan
Deletecamne suami akak sekarang ye? hopefully dia dah bertambah sihat
hehe...tulah pasalnya. tak ada sape pun tahu
sebab nampak sama aje warna baju tu =)
akak tahu macam perasaan yana tu sebab akak pun akan rasa yang sama juga kalau lambat balik ke kg sendiri, bukanlah tidak suka berada dirumah mentua, tetapi ingin juga bersama keluarga sendiri di pagi raya, kalau kg jauh lain lah, ini kg dekat sekangkang kera je hehehe...memang terasa nak awal je berada di kg sendiri, sebab memang dalam setahun tu hari raya je akak akan bermalam di kg itupun sehari je, hari2 yang lain memang dihabiskan dirumah mentua, jadinya kalau boleh memang nak berada bersama adik beradik awal sedikit...hehehe
ReplyDeletememang budak2 macam tu kan,perasaan ingin tahu berapa duit raya yang dorang dapat itu yang tak sabar nak buka sampul tu...hehehe sama je anak2 kita ni, tapi itulah kenalah bagitau kenapa tak bole buat macam tu,sebab tu lepas je anak2 dapat duit raya cepat je akak minta nak simpan hahaha...macam mama pulak kalut nak kutip duit raya.
baju raya pun...akak dengan en azmi kumpul dulu semua warna,lepas ni memang baju akak dgn en.azmi tak bertukar la, tukar baju anak2 je, raya ni yang penting anak2 je kan...anak2 gembira kita pun gembira..
ye...biarlah yang hati yang lara sendiri yang tahu kan...kadang ada juga rasa terkilan tetapi simpan sahaja didalam hati
ehh...dah panjang pulak komen akak nih hahaha baik akak berenti sebelum jadi satu entri
bukan apa kak, tahun ni sepatutnya turn saya.
Deleteso bila tak dapat balik atas sebab yang tak boleh diceritakan, saya rasa ralat sangat
sebab alasan tu terpaksa korbankan hasrat nak beraya bersama keluarga sendiri
sebak tu, tuhan ajelah yang tahu. nak sembunyikan rasa ralat tu, susah betul
mujurlah ada anak-anak =)
hehe..betullah tu. bebudak. tapi tetap rasa malu
nak minta terus, takut nampak sangat yang Mama diorang ni nak duit tu
tu yang pandang aje sampul duit raya yang diorang dapat
cam aisyah dia bagi terus, dia tak tengok pun isi dalam...mungkin tak tahu
tapi abang ni dah reti dalam tu ada berapa...siap tahu berapa banyak duit raya dia ada =)
betullah, yang penting anak-anak
saya pun baju anak-anak setiap hari lain untuk seminggu raya =)
sendiri punya baju aje tak ada =)
hehe...tak apa kak. bukan selalu tengok akak komen panjang camni
seronok pula =)
yes. bila hati gembira, hari raya menjadi penuh makna.
ReplyDeleteraya ni x terletak pada baju baru, tudung baru, kan?
kita serupa la YY. nak snap gambo anak2, or gambo sekeluarga memang kena byk kali.
sib baik la digital camera kan.
kalau la guna filem mcm dedulu ~ mahu nya segulung abis! ha ha ha...
betullah aida, yang penting kena setting hati
Deleteinsya allah mood tu akan berubah
lagipun bukan selalu raya =)
tulah pasalnya aida...selalu mudah aje tau
tapi hari tu mungkin sebab dah excited, jadi payah
tak juga aida, dulu tak boleh terus tengok gambar kita ambil
dah cuci baru tahu gambar tak elok...hehe
seronok baca kisah raya YY.. Entah bila saya boleh coretkan cerita raya kat blog... Masih belum stabil lagi dgn rutin/kerja kat M'sia ni...
ReplyDeleteTapi itu perasaan normal kot bagi kita yg pompuan ni... Mcm saya ni lagi lah... setiap tahun giliran raya pertama rumah mertua... Kena juga ceriakan diri... Kan hari ni hari raya :)
take your time...biasalah tu mood lepas raya
Deletesaya ni pun baru ni bercerita, orang lain dah habis cerita
yelah kot kak...kalau sebut beraya tempat suami, memang lain sikit rasanya
bukan sebab keluarga mentua tu tak baik, tapi rasa hati kita
kita nak beraya dengan keluarga sendiri...
tapi tak apalah, ketepikan aje perasaan tu...janji raya =)
kanak2 ikut mood diaorang...kalau dah meragam..lain macam..angin satu badan..
ReplyDeletehehe...betul jugalah tu
DeleteBudak-budak biasalah, YY. Dah dapat sampul dalam tangan, mestilah teruja nak tengok isi di dalamnya. Tapikan anak-anak saya memang pelik. Duit raya tak mahu ambil sampailah kita ni jadi wakil tukang kutip duit raya mereka. Dah dapat pun terus bagi kat Mommynya, tak kuasa nak tengok apa ada kat dalam. Si kecil tu fahamlah sebab tak kenal duit. Yang dia tahu 'dua singgit', 'dua singgit' jerk penangan Upin Ipinkan. Yang besar pun sama jerk kekdahnya...
ReplyDeleteSaya tengok gambar YY sekeluarga puas dok fikir kenapa lengan dan kain YY berbunga purple tapi kaki baju berbunga merah...rupanya baju si kenit tu rupanya yang berbunga merah ^_^
Dalam ramai-ramai, haruslah saya nak puji Aisyah juga yang nampak comel. Kang kalau puji makbapaknya, tiap-tiap entri pulak dia letak gambar berdua. Tak larat den.
Eh, lupa...baru jerk minta maaf nak raya tak sampai sebulan pun dah mengumpat mengata ~_^ Minta maaf baliklah yerk, raya ada lagi nih!
tulah...tapi geram juga tau sebab dah pesan kat dia.
Deleteafif aje yang buat gitu sebab dia dah tahu nilai duit. kalau aisyah tak peduli langsung
orang bagi dia ambil pastu terus bagi kat saya =)
kalau MD tak kata gitu, saya pun tak perasan
nampak macam bertindih...hehe
gelap warna ni dengan kami sampai tenggelam =)
sengaja aje tau MD ni...tak kira, nanti nak post juga gambo gedik kami laki bini =)
Hehehe..part nk ambik gmbar anak2 tu mmg camtu la.berpuluh2 snap baru menjadi..
ReplyDeletetulah...geram tau! =)
Deletehehe budak2 memang biasanya gitu. kadang2 segan orang yg menghulur duit raya tu jugak bila dibandingnya dgn jumlah yg lebih banyak dari orang lain.
ReplyDeletekadang2 ada jugak jenis yg tak nak duit raya, haru jugak nak menghulurnya.
hanisamanina.com
hehe..tulah pasalnya
Deletecam anak saya ni, dia excited nak tahu berapa ada kat dalam
tu yang buka terus...walhal dah pesan jangan buka
adik dia aje yang tak heran
Samalah macam Zarif...kalu orang hulur duit atau sampul duit raya...mula2 malu2...lepas salam cium tangan, terus buka sampul..hehe budak2...kita dulu punb ntah sama jugak..
ReplyDeletezaman saya dulu bunda, duit raya ni kurang dapat
Deletekalau ada pun, tak pkai sampul sebab orang bagi duit syiling =)
raya kan sebulan..
ReplyDeleteGiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
Nak Sketch Pic free?
Jom test luck korang kot kot terpilih
dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html
terima kasih menjemput
Deletemaaf, tak sempat nak join
budak-budak, time dihulur tu lah dia nak bukak sampul tu..huhu
ReplyDeletetulah pasalnya, bikin panas hati aje tau
DeleteWah.. Tahun ni tema hijau ye? Cun. Kathy sekeluarga tema kelabu sis tapi takda pun snap gambo. Anak² lbih suka selfie dari wefie. Huhuhu..
ReplyDeletehijau pucuk pisang =)
Deletebebudak dah besar, tu yang payah sikit ye kak
Syawal masih berbaki lagi ni kak. So, tak terlambat lagi nak cakap selamat hari raya. :)
ReplyDelete->http://alongwawaerna.blogspot.com
->Jemput ke segmen Erna- http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html
selamat hari raya juga walau dah habis raya...hehe
Deleteterima kasih jemput ye
tak sempat nak join lah dik
meriahnye suasana raya YY.....walaupun bkn kpg sndiri tetap jugak meriah kan...tp bab makan penampar tu memang kelakar....hehehhe....kalau sy pun mesti gelak giler kalau dgr dia ckp cenggitu....budak kan....anak sedara sy pun sama...dh kena warning byk kali tetap nk tgk jugak yg dlm sampul tuhhh....hihih
ReplyDeletemeriah deanna, nama pun raya kan
Deletetak seronok pun kena juga buat seronok, mana boleh sedih =)
dia cakap tu dengan nada dengar tak dengar tau
tu yang terasa cam kelakar tu...budak kan
diorang ni excited sebab sampul tu ada macam-macam warna
mak aiii ...meriah . jeles je tengok ... pandai afif jawab . heheheee . saya pun selalu perhatikan anak buah klu terima duit raya . sapa buat camtu , mmg kena heret terus keluar rumah le jawabnya ...
ReplyDeletehehe...meriah cara kami vee
Deleteyang pasti hati pun seronok =)
wah...garangnya mak sedara sorang ni
cam saya, tak marah terus...ko tggu sat lagi. masak kau lepas tu...hehe
ehh..okey je sis JM tgk Shawl dan YY sesuai...ke mmg hati dh jatuh pada BAWAL?
ReplyDeleteyeke ok? buruk aje nampaknya
Deletememang saya dah biasa dengan bawal
almari penuh dengan bawal =)
ahaahahh..."penampar mana boleh mkan mama" lawak! pandai Afif ye
ReplyDeletebetul tu YY...kalau sis JM pun akan rasa yg sama...risau org akan cakap 'x pandai ngajar anak' tapi dia kan budak2 lagi mmg excited nak tahu berapa isinya...biasa lah tu...bila dh tegur next year dia x buat lagi....kang dia ckp 'penampar tu apa mama...boleh mkn" hihihih
hehe...saya nak marah pun tak jadi JM sebab dia kata gitu, sabo ajelah!
Deletetulah, budak kan. tapi terasa malu sendiri tau
sebab penah dengar orang sok sek pasal benda camtu
alih2 jadi pada anak sendiri...tu yang hangin satu badan =)
mudahan dia tak buat lagi dah la
tulah diana, dah pesan sebelum keluar tu
ReplyDeletetapi dia nampak orang buat, dia buat juga...mau tak hangin =)
saya baru ni mencuba. insya allah akan cuba lagi
tapi sebenarnya saya lebih selesa dengan bawal =)
lya sndiri selesa pkai shawl or bawal je...
ReplyDeletebudak2 mmg gittu la YY.. tp mujur asya dpt je sampul trs simpan.. sikit x ambk tahu.. haha..
y penting psiapan anak2.. x perlu membazir klo msih ade y elok kan.. lya pon raya pertama je y baru..lps2 tu biasa recycle atau pkai baju sedia ada y x pnh pkai lg
saya baru first time pakai shawl
Deletebiasa pakai bawal aje lya...lagi selesa pada saya =)
betullah tu. anak-anak memang paling utama sebab siapkan diorang dulu
barulah fikir tu diri sendiri
dah tua ni, pakai baju apa pun...tak ada yang kisah sangat kan...hehe