Julai Sudah Menjengah!

12:47:00 pm Yana Yani 38 Comments

Sedar tak sedar bulan Julai sudah pun menjengah. Hari ni kita semua secara rasminya telah berada di fourth quarter of the year. Pantas sungguh masa berlalu kan?

Hari ni kita sebagai orang yang beragama Islam di Malaysia sedang menjalani ibadah puasa di hari ke 14 di bulan Ramadhan dengan tenang dan aman tanpa sebarang kesulitan.

Hari ni juga minyak petrol naik sepuluh sen bagi RON95 (^_^)

Despite terselit kekecewaan dengan segala kenaikan harga barangan, hati tetap rasa bersyukur terutama setelah YY memahami maksud hadis di bawah.

Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim: 
“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.”

Memang jika dibandingkan dengan yang lebih kurang, YY memang berlebih dari segala segi. Sekurang-kurangnya YY masih boleh bersahur dan berbuka dengan hidangan penuh di meja.

Kadang hidangan yang tak habis menjadi makanan tong sampah. Sedangkan YY sedar masih ramai di luar sana yang bersahur dan berbuka tanpa sebarang makanan. What a shame!

Anyway niat utama menulis entry hari ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang singgah di blog YY ni dari silent readers hingga ke pengomen tegar.

TERIMA KASIH sesangat kerana sudi menghabiskan masa korang yang berharga tu untuk membaca dan mengomen di Diari Seorang Mama (DSM). YY sangat hargai!
Terima kasih yang tak terhingga buat top 10 pengomen sepanjang bulan Jun lepas. Blog mereka YY dah senaraikan di bahagian side bar blog YY ni sebagai tanda penghargaan.


Terima kasih juga buat mereka yang sudi mengomen sejak 1 Ogos 2014 sehingga sekarang. Mereka yang tersenarai di bawah ini hampir pasti menerima small token dari YY.

Blog mereka YY dah senaraikan di dalam DSM blog list.


Untuk bulan Julai ni, YY tak berapa pasti sejauh mana keaktifan YY dalam dunia blogging ni terutama dengan Syawal yang bakal tiba tak lama sahaja lagi.

Rasanya mungkin agak sibuk sebab YY masih belum melakukan sebarang persiapan lagi. Untuk diri sendiri tak kisah sangat sebab boleh aje sarung baju yang mana muat.

Untuk anak-anak yang penting. Kalau boleh nak bagi yang terbaik buat mereka (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ini. Moga ketemu lagi dilain kelapangan waktu. Jaga diri elok-elok dan jangan main mercun!

Assalamualaikum (^_^)

38 comments:

  1. waalaikumusalam wbt, kak Yy...
    betul kan... kadang2 kita lupa nikmat yang Allah bg, sedangkan ada yang kebih susah dari kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah auni
      sebab kita biasa memandang atas aje
      lupa nak pandang bawah. tu yang kadang kita lupa
      nikmat yang ALLAH berikan pada kita

      Delete
  2. kita pun tak buat persiapan apa2 lagii utk raya even excited nak raya sebab boleh balik kampung cuma excited nak beli baju raya tu macam kurang hahaha.. yelah.. fikir tempat sesak, panas & puasa.. kadang2 jadi malas nak keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh saya pun balik kampung tahun ni! excited juga! hehe
      cuma tulah, persiapan satu apa pun tak buat lagi
      last minit memang confirmlah sesak...tapi suami saya suka
      dia kata baru rasa sonok nak raya...hehe

      Delete
  3. dah besar dah tak main mercun hehehe

    ReplyDelete
  4. singgah blogwalking sini.selamat berkenalan...

    ReplyDelete
  5. Kejap aje masa berlalu.. Ramadhan dah nak habis tak lama lagi.. Sedihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah maria
      entah ketemu ke tidak ramadhan akan datang

      Delete
  6. Cepatnya masa....ramadan pun dah sampai ke pertengahan bulan.. adoi mulala rasa mengah nak kejar mana yang blm buat lagi..

    Tahniah, ramai peminat blog YY.. berinformasi...teruskan menulis ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cikgu AN, tak lama lagi Ramadhan akan tinggalkan kita
      saya pun sama, satu benda tak buat lagi

      alahai, terharu plak kata-kata cikgu ni
      terima kasih kerana terus menyokong ye

      Delete
  7. kejap je dah separuh tahun,tak sangka cepat masa berlalu..thanks jugak kat kak YY sebab selalu singgah menceriakan blog saya. betullah, kita ni sebenarnya terlalu mewah, sampai tak nampak orang yang lagi susah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, dah tengah tahun dah
      terima kasih sal sebab rajin singgah sini juga =)
      hakikat yang ramai tak sedar

      Delete
  8. Alahai, baru aje nak main mercun (untuk diri sendiri bukan anak-anak) ~_^

    Tak sangka tinggi juga saya dalam carta yerk. Hehehe...

    Saya berharap sangat dapat membaca lebih banyak entri di blog YY ni tapi apakan daya kalau tuan rumah kesibukan. Kenalah faham...

    Saya pun belum buat persiapan untuk berhari-raya. Rasa hilang terus mood bila kena beraya di Kuala Lumpur nanti. Saya cuma nak sediakan untuk anak-anak sahaja, sama macam YY. Barulah ada erti sikit hari raya bagi mereka!

    Saya dah boleh predict apa kami akan buat - pergi solat raya, bersalam-salaman, snap gambar sikit-sikit untuk koleksi, tukar baju dan duduk depan TV. Paling koman pun jenjalan mengira populasi warga KL yang tak pulang beraya macam kami *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD main mercun juga ke? ishhh...berani betul!
      rajin menyinggah dan mengomen, ye tinggi duduknya..hehe

      tak berani janjilah MD. dah dekat raya dah ni
      takut tak terkejar sebab ada banyak benda belum buat lagi
      tengoklah nanti, kalau ada kelapangan...memang ada ajelah entry =)

      kesian dia kan...hehe. saya ni pula macam tak jadi aje balik kampung
      ada pula masalah berbangkit. mula rasa sedih juga ni
      tapi nak buat camne. raya tetap raya walau di mana kita berada kan? =)

      Delete
  9. Persiapan tu penting kan tapi jngnlah sampai melampau2 dan menyusahkan pulak ye tak..
    Alhamdulillah tersenarai juga sbg mg gorgeous di sini huhu.. t kasih YY & tahniah juga buat rakan2 georgeous lain yg tersenarai.. Salam ceria Julai buat YY sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betullah tu
      ikut kemampuan dan keperluanlah kan, semua nak harung memang habis!
      terima kasih KK sebab setia menyokong =)

      Delete
  10. awal lagi kot...sat lagi berdentam dentumlah =)
    wah! untungnya diana. rezeki berblog ye
    tumpang happy dengar =)

    ReplyDelete
  11. Tak terasa kan Ramadhan dah masuk pertengahan bulan..

    ReplyDelete
  12. Selamat menempuh Julai, YY. Chapter ke 7 untuk buku 2015 kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. same goes to you kak farrah =)
      tak sangka kita sedang menghampiri 2016 kan

      Delete
  13. aida ada la listed.
    memang jun ni aida aktif skit blogwalking.
    up entry kat blog tak le byk.
    sebab byk masa skit kat opis baru.

    nice knowing u YY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mestilah =)
      terima kasih ye aida sebab rajin singgah sini
      saya sangat hargai =)

      Delete
  14. tak terasa bulan Jun telah meninggalkan kita....rasa cepat jer masa berlalu....mgkin sbb bz kan...tu yg rasa mcm cepat masa berlalu....hihihi....sy pya persiapan raya biasa2 jer....so xde apa sgt la nk disediakan.....ehhh yeke??? hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...pejam celik dah separuh tahun kan
      saya plak tak mula apapun lagi...hehe

      Delete
  15. mujur juga persiapan akak utk raya sudah siap awal,tidaklah kalut sangat kali ini...

    betul tu yy..syukurilah dengan nikmat yang Allah bagi pada kita, kerana masih ramai diluar sana yang masih tidak dapat makan dengan sempurna...aduhai sedih pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum siap lagi kak, tak buat apapun lagi
      kelam kabut jugalah ni. terkejar sana-sini
      padanlah muka kan? hehe

      kan kak? kita nu mudah sangat lupa hakikat tu

      Delete
  16. Tahniah buat mereka.....beruntung tau awak YY mendapat pembaca yg setia.
    Jangan putus asa untuk terus menulis.... ececeh pandai nasihatkan orang mak ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKJE! lama tak nampak berligar di sini. sibuk ye?
      alhamdulillah OKje, tanpa mereka tak berfungsi langsung blog ni
      terima kasih untuk OKje juga ye =)

      Delete
  17. Cepat sungguh masa berlalu...perlahan2 umur kita telah dicuri..

    Tq kerana mengingatkan...Nikmat Allah yg mana yg nak kita dustakan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tak sangka. pejam celik dah separuh tahun kita tinggalkan
      tu lah, ALLAH dah berikan semuanya! kita aje tak nampak

      Delete
  18. Tahniah buat mereka yg tersenarai. Kejap jer dah july kan. MInggu depan dah raya. Persiapan pon lebih pada anak2 jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih buat fiza juga ye sebab selalu ke sini
      kan...excited juga ni walau persiapan tak buat sangat lagi
      tapi untuk anak-anak selesai dah =)

      Delete
  19. Kihkih.
    org malas macam sy nih memang lambat lagi baru dapat masuk list macam tu kan. Bila entah nak rajin ngadap blog macam yg lain. Blog sendiri pun dah bersawang. Nak terjah blog orang memang lg jauh la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak apalah ana
      list camni jangan terlalu dipandang
      kita buat ikut kemampuan kita. yang penting ukhuwah tu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...