Nikmat Hujan Bagi Afif Dan Aisyah (^_^)

6:47:00 am Yana Yani 52 Comments

Petang sebelum kita melangkah ke 2015, di kawasan YY hujan turun dengan agak lebat. Hujan pada waktu itu memang sudah boleh diagak berdasarkan keadaan yang sama sejak beberapa bulan lalu.

Teringat diri sendiri yang pernah merungut dengan keadaan cuaca yang terlalu panas pada suku pertama tahun lepas. Menjelang suku akhir hujung tahun, cuaca berubah pun merungut.

Lately YY mula belajar bahawa merungut tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Anyway hari tu YY tidak bekerja sebab nak kena mengambil keputusan ujian darah di HTAR Klang untuk penyakit Hyperthyroid yang telah YY hidapi sejak YY berusia 13 tahun .

Balik dari hospital dalam keadaan hujan lebat tu, YY terus singgah rumah Mak nak fetched Afif dan Aisyah yang YY tinggalkan seketika dengan dia.

Sampai depan pintu pagar rumah Mak, YY nampak kelibat Afif dan Aisyah yang tengah seronok menikmati air hujan yang jatuh membasahi diorang berdua.

Ramai pakar kanak-kanak yang menyarankan parents untuk membenarkan anak-anak bermain benda-benda yang kelaziman dilarang oleh parents seperti bermain pasir dan air hujan.

Permainan seperti ini dapat merangsang perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Malahan ianya sesuatu yang amat menyeronokkan walau untuk orang dewasa sekalipun.

Kalau tak percaya, cuba korang buat. Dancing in the rain. Sumpah seronok! (^_^)


"Papa boleh tak Afif nak main air hujan?" tanya Afif bila nampak kelibat YY dan MyChintaHati.

Dah masak kuyup, baru minta izin. Pandai sungguh! (^_^)

Dapat aje permission dari MyChintaHati, apa lagi bertambah seronok dan bahagialah diorang meneruskan agenda diorang pada petang tu.


Hanya berbekalkan kamera cap ayam, YY snap segala aksi spontan Afif dan Aisyah yang hanyut dalam keseronokkan mereka menikmati titisan air hujan.


Gelagat pasangan dua beradik ni buat YY teringat memori zaman kanak-kanak pada tiap kali hujan. Apa yang mereka lakukan pada hari tu hampir sama dengan yang YY pernah lakukan.

Bezanya dahulu tanah berpasir bukan bersimen atau tar. Itu yang menambahkan lagi keseronokkan apabila berlari dalam lopak air yang berpasir (^_^)


YY rasa seronok betul merakamkan segala aksi dua beradik ni apabila diorang tidak langsung melepaskan peluang yang bukan selalu boleh diperolehi.

Gelak tawa mereka bermain air hujan sehingga kini masih YY dengari. Nikmat betul titisan hujan bagi Afif dan Aisyah pada waktu tu.


Pada masa yang sama YY terbayangkan anak orang lain yang terjejas akibat banjir yang luarbiasa pada tahun lepas. Mungkin nikmat hujan berbeza sama sekali bagi mereka.

Teringat kata-kata Ustaz Kazim Elias dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 yang YY tonton semalam. YY memang suka dengar ceramah dia.

Dia menasihatkan supaya jangan membandingkan diri kita dengan orang yang lebih atas dari kita atau bahasa mudah lebih senang dari kita. Bila kita buat gitu, kita tak reti bersyukur.

Kita asyik nak lagi, dan lagi, dan lagi. Dia suruh kita sentiasa pandang ke bawah. Maksudnya pandang pada orang hak yang lebih susah dari kita.

Bila kita pandang orang susah, kita akan lebih menyedari bahawa kita sebenarnya lebih kaya atau mewah dari segala segi berbanding orang lain.


Gambar dekat atas ni buat YY tersenyum seketika melihat mereka berdua beradik berusaha menolak dan menarik Acu mereka ke arah titisan hujan. Moment ni buat YY rasa blessed (^_^)

Anyway, hari ni hari jadi Anis a.k.a Acu pada Afif dan Aisyah. HAPPY BIRTHDAY ACU! Moga panjang umur dan sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH. Sayang kamu! (^_^)

Well, rasanya itu ajelah bebelan YY.

Sebelum tu nak tanya apakah moral yang korang perolehi dari cerita hari ni? Selain dari menari dalam hujan tu satu keseronokkan, apa lagi yang korang boleh pelajari?

Yes, BERSYUKUR! Belajarlah untuk bersyukur dengan setiap apa yang kita perolehi. Bila kita bersyukur kita akan lebih positif melalui hari mendatang (^_^)

Lagi satu, tak usah larang anak nak bermain hujan, pasir, lumpur, rumput atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. Ini semua satu bentuk pelajaran bagi mereka (^_^)

Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)

52 comments:

  1. Happynya mereka main air hujan... Mama tak join sekali ke?
    Betul sgt tu YY...
    Masa kat Terengganu, kesian kat anak2 yang kena kurung bila musim hujan...
    Bila mereka minta nak main hujan, memang saya akan benarkan...
    Ala, mereka bukan main lama pun...
    Bila dah rasa sejuk, pandai pula masuk sendiri dalam bilik air dan sambung main air dalam bilik air pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadang nak join juga tapi malu dengan mychintahati,
      belum ditambah dengan mak abah plus orang keliling
      nanti dikatanya tak betul pula...hehe

      saya pun bagi aje nur, maklumlah teringat zaman kita jadi budak dulu
      betullah tu, diorang memang tahu masuk sendiri kalau dah sejuk =)

      Delete
  2. hehe btl2....sy dulu2 suka sgt mandi hujan..ajak kwn mi2 mandi sm.hahaha

    ReplyDelete
  3. diorang tak demam ke YY main ujan? biasanya main sebab suka2 demam, kalau sebab musibah jarang demam,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak kasi main hujan ni
      jangan bagi hak yang gerimis aje
      memang biasa orang tak tahan, kalau yang hujan lebat ni
      insya ALLAH tak ada apa-apa, anak-anak saya okay aje takat ni

      Delete
  4. senang hatu sungguh budak berdua tu dapat main hujann :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang diorang, sonok aje
      mama nyer pun tergugat keimanan...hehe

      Delete
  5. Salam Jumaat, YY *_* Kita dah sampai kat pintu dapur dah ni....

    Seronokkan main air hujan ni. Budak-budak sekarang tak merasa nikmat 'dancing in the rain' macam budak-budak dulu. Saya sebenarnya pelik juga. Kalau jenis budak yang dok seronok main air hujan bagai, jarang pulak kena demam. Cuba jenis yang tak boleh kena hujan langsung, kena setitik pun terus demam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan.. anak sedara saya memang lasak. pantang hujan nak main.. baru bunyi guruh dia dh mntak izin.. aduss

      Delete
    2. salam jumaat kak ton
      awat lalu ikut dapur, pintu depan kan ada =)

      satu hal sebab tempat kediaman tak sesuai
      kalau zaman kita dulu kawasan kampung, sape nak melarang
      budak sekarang pergerakkan terbatas sebab ada aje yang melarang =)
      tapi ada betulnya tau kak ton, budak dah biasa memang jarang demam

      Delete
    3. ye ke QA
      tapi sebenarnya bagus juga dia main hujan
      untuk pembelajaran dia =)

      Delete
  6. pelajaran paling baik ialah alam sekitar.. betul tak ek?..

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. hahha..tak adil la kalau Acu jadi tukang tengok je...
    kalasu saya pun suka paksa2 orang main hujan sama..heheheh..
    lebih ramai baru best..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      diorang pun lagi satu sengaja nak buli acu diorang =)
      tapi betul kalai main hujan, reramai lagi meriah

      Delete
  8. Betul tu, masa musim panas air kena catu kat Selangor hari tu, kita merungut...lepas tu tuhan turunkan hujan lebat selalu, kita merungut jugak...Mmg kita kena muhasabah diri...:)

    Tentang benarkan anak anak explore tu, saya amat amat bersetuju!
    Terlalu mengekang itu tak boleh, ini tak boleh, perkembangan sahsiah akan terbantut..
    Kita benarkan mereka dengan berpantau, Insya Allah takde apa apa...

    Wife saya pun ada hyperthyroid, detected first masa pregnant kan anak bongsu kami, tahun 2013 yang lepas...Saya boleh bagitau macam2 tentang penyakit tu pada wife saya..tapi elok juga kalau wife saya boleh borak2 dengan awak kan, utk dapat tahu dari perspektif sebagai pesakit..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia kan doktor, ada aje yang tak puas hati
      kena muhasabah diri sungguh bab gini kan

      of course lah, doktor kan doktor...hehe
      parents nowadays tak menyedari sebenarnya larangan itu merugikan

      yeke? dia kira baru lagi kena tu
      saya dah hampir 2 dekad kena, dah kira expertlah juga...hehe
      boleh doktor, tak ada masalah. my pleasure =)

      Delete
  9. anak2 mmg suka main hujan kan... sama macam anak saya baru ni, rasa sikit je..bila seronok habis basah kuyup dia sorang main hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak mana yang tak suka
      lagilah kalau dapat peluang, bertambah seronoklah diorang =)

      Delete
  10. Seronoknya diorang main hujan! Expression mereka tu yg precious :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      sebab tu orang kata kalau ambil gambar, aksi spontan ni yang bagus
      nampak naturally, bukan dibuat-buat =)

      Delete
  11. Lupa pula akak nak tanya, YY selalu checkup utk hypertiroid berapa bulan sekali? Akak pun ada hypertiroid gak tp selalu mengelat jumpa dr huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sekarang jumpa enam bulan sekali
      tapi saya baru aje lepas buat radioactive iodine, so kena pergi juga HKL
      akak makan ubat ke? akak jangan memain tau
      mungkin nampak tak serius, tapi ianya bahaya tau

      Delete
  12. biasalah kak..,manusia mmg jenis suka merungut..sama la macam saya juga.. hehehe..
    waktu panas rungut,hujan pun rngut....

    berilah peluang kt budak2 utk rasa ap yg pernah kita rasa,kiranya kongsi pengalaman.seronok apa.. heheh..biasalah budak2 kan..,tak kan nak terkurung dalam rmah ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, akak pun samalah
      sekarang ni rasa cam dah sedar, tak reti bersyukur betul aku ni!

      yup betul tu! diorang belajar melalui sifat explore diorang tu
      satu kerugian kalau kita melarang, cuma kita joiin sekali
      memang seronok sebab akak pun buat gitu...hehe

      Delete
  13. Yep, jom kita beristiqamah.. saya pun ada niat yang sama, nak kurangkan mengeluh, tambahkan bersyukur dan kurangkan benda2 yang lara.. haha.. itu sayalah, antaranya nak kurangkan masa menghadap internet..

    saya setuju pasal bagi anak pelbagai pengalaman ni.. tapi ada masa risau juga kot anak demam nanti.. hihi.. payah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus niat tu cikgu AN, teruskan
      insya ALLAH dipermudahkan nanti =)

      hehe...insya ALLAH tak ada apa kalau dalam hujan yang lebat
      lepas tu terus dimandikan lagi, tak ada apa...insya ALLAH =)

      Delete
  14. Kathy dl pn sk jg main hujan,tapi pandai pulak nak larang anak² mandi hujan. Hehehehe..seronok tengok afif dan aisyah ni..

    P/s: happy birthday acu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala bagi bebudak main hujan tak mengapa kak
      insya ALLAH tak ada apa-apa =)
      tulah, diorang buat saya nak join juga...hehe

      p/s-terima kasih, nanti saya sampailkan pada dia

      Delete
  15. Wahh.. mmg nikmat tu.. Klu saya pun nikmat juga mcm tu hehee.. best.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan KK...hehe
      bukan selalu dapat peluang dak =)

      Delete
  16. Asal anak bahagia. Tetapi waspada kemudharatan ke atas anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas nasihat tu pakmail
      insya ALLAH tak ada apa-apa =)

      Delete
  17. Bestnya dapat main hujan.
    Mamanya tak join sekali ka?

    ReplyDelete
  18. Seronok main hujan nih! Memang dulu2 saja jer cari pasal untuk dapat main hujan...hehe
    Kalau tak kecut jari2 tu...tak akan naik! Jenuhlah mak terjerit2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan BM! saya dulu pun selalu sgt main hujan
      dah tua ni aje rasa malu pula nak main hujan..wahaha

      Delete
  19. :)
    Manusia ni susah nak bersyukur kan.
    kadang2 mulut merungut itu ini.
    Kita lupa, masih ada yang lagi susah dari kita.
    Dari kecil parents ajar sy dan adik beradik bersyukur dengan apa yang ada.
    kalauntak dapat apa yang kita nak, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tunyang sy cuba tanamkan dalam diri sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..terima kasih farhana kerana memahami entry
      yang cuba disampaikan =)
      tu lah kan, manusia memang susah nak bersyukur
      suka buat perbanding walhal itu yang terbaik buat mereka

      Delete
  20. Wahhhhh seram ni.....lepas baca entri ada pop kuiz haha....
    Darah macamana? Ok tak?
    Betu tu YY...mmg best main hujan, tp takut ar nak main hujan takut ada guruh! Huhu....
    Kanak kanak kat Pantai Timur bukan hujan lagi dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. darah apa? keputusan ujian darah tu?
      okay kak, alhamdulillah
      insya ALLAH dalam hujan lebat kebiasaannya tak ada guruh

      Delete
  21. Kat KLni mmg x blh nk bg main.. Hujanasid.. Kena sikit dh demam.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan asid memang biasa nya ada di kawasan kota
      memang bahaya =)

      Delete
  22. nostalgia sungguh ni..
    tringat zaman kecik dlu mandi hujan ramai2 dgn kawan2.. syoknya..
    asya xpernah mndi hujan sbb dia sensitif.. msti trs demam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kan lya
      dulu time kecik mesti sonok giler kalau dapat main hujan
      biasa yang buat demam tu hujan renyai-renyai

      Delete
  23. seronoknya dapat main hujan...dah lama tak bermain hujan macam tu

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...