Mesej Melalui Lagu (^_^)

1:36:00 pm Yana Yani 50 Comments

Tak lama dulu YY pernah terbitkan entry mengenai Makna Disebalik Lagu dan sehingga ke hari ini ia merupakan antara entry paling popular dalam blog Diari Seorang Mama ni.

Anyway, sama ada kita sedar ataupun tidak, sesebuah lagu ditambah dengan susunan muzik atau melodi yang cantik dan menarik pendengaran mampu menyentuh terus ke jiwa seseorang manusia.

Sebab tu YY galakan korang semua untuk bukan setakat mendengar lagu tu sahaja, tapi menghayati mesej yang cuba disampaikan dari sesebuah lagu tu.

Selain dari hanya mendengar lagu sebagai satu bentuk hiburan, bila kita dengar dengan menghayati bait lagu secara tak langsung merangsang otak kita untuk berfikir.

Lagu kalau dihayati ada banyak jenis. Ada yang mengajak ke arah kebaikan dan ada yang tidak. Malahan ada orang pernah membunuh keluarga sendiri hanya kerana mendengar lagu.

Nampak tak betapa tingginya nilai sesuatu lagu jika kita benar-benar menghayati? So hari ni YY nak bercerita mengenai mesej yang disampaikan melalui lagu.

Kenal Michael Jackson?

Selain terkenal dengan masalah peribadi, mendiang Michael Jackson juga terkenal dan cukup cenderung menyampaikan lagu berbentuk kemanusian.

Hampir kebanyakkan lagu dia kalau dihayati dengan betul mempunyai mesej tersendiri terutama tentang warna kulit dalam Black or White dan They Don't Care About Us.

Masalah peperangan dan pencemaran alam boleh didengari di dalam Heal The World dan Earth Song. Keganasan rumahtangga turut pernah dinyanyikan dalam lagu berjudul Smooth Criminal.

Selain itu penyanyi kelahiran Syria, Michael Heart juga pernah menyanyikan lagu berjudul We Will Not Go Down. Lagu itu dinyanyikan sebagai menyokong perjuangan rakyat Palestine.

YY pernah ceritakan mengenai penyanyi dan lagu yang dinyanyikan itu di sini.

Malahan kumpulan rock popular dari German, Scorpions juga sering menyanyikan lagu berunsur kemanusian seperti Humanity, Under The Same Sun dan Wind of Change.

Ada juga lagu yang dinyanyikan secara bersama seperti We Are The World dan Tears Are Not Enough. Lagu bahasa lain yang cukup memberi kesan pada YY adalah Anak.

Lagu berbahasa Tagalog nyanyian Freddie Aquilar ni cukup popular dan dinyanyikan dalam lebih 27 bahasa di seluruh dunia. Mesej tentang anak itu cukup memberi kesan.

Selain itu lagu berbahasa Melayu juga mempunyai banyak lagu yang mempunya mesej tertentu. Terbaru lagu nyanyian Faizal Tahir, Assalamualaikum yang jelas mesej yang cuba disampaikan.

Tak lupa juga lagu nyanyian Najwa Latif berjudul Aku.

Selain itu Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad selain terkenal sebagai seorang yang patriotik, beliau adalah penyanyi yang paling aktif menghasilkan lagu yang mempunyai mesej tertentu.

Boleh dikatakan semua lagu beliau walau kedengaran mudah tapi ada mesej seperti Pesan Abang, One Thousand Million Smiles, Kulit, Abang Jangan Cuba, Warisan dan banyak lagi.

Zainal Abidin juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu yang mempunyai mesej tersendiri jika dihayati. Paling popular adalah lagu Hijau dan Manis.

Sebenarnya ada banyak lagu yang mempunyai mesej yang mengajak kita melakukan kebaikan dalam pelbagai rentak muzik dan tentu sekali bahasa.

Tak mampu YY nak senaraikan kesemuanya dan kalau boleh buat pun ianya tak jadi entry blog, tapi dah jadi buku yang mempunya banyak muka surat (^_^)

Kebiasaannya bait-bait lagu cukup mudah diingati dan dipelajari terutama di kalangan kanak-kanak. So beringatlah untuk sentiasa memilih lagu atau muzik yang didengari.

Fahami dan selamilah sesebuah lagu, bukan hanya mendengar sahaja.

Moral di sini adalah mendengar muzik itu tak salah sekiranya kita tahu menilai mesej yang disampaikan dan paling penting, tidak melalaikan (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

50 comments:

  1. Betul tu yana..")

    Wawa suka demgar lagu maher zain..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. maher zain memang terkenal dengan mesej dalam lagu =)

      Delete
  2. paling feel dengar lagu Michael Jackson.. memang sampai ke hati la

    ReplyDelete
  3. Lagu anak tu mmg menyentuh jiwa
    Tak silap akk ada drama jga based lagu tu
    Nice sharing YY

    - kak ani puchong-

    ReplyDelete
  4. betul tu YY..
    setiap bait2 lagu tu ada maksud dan mesejnya tersendiri..
    kita kena pandai menilai.
    kalau lagu inggeris sekarang ni, ira tak berapa sgt. hihi..
    Tapi lagu2 yang YY sebutkan tu semua ira suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu ira...
      sebab dia secara tak langsung sampai terus ke hati

      Delete
  5. saya paling suka lagu2 Sudirman..walaupun lagu patriotik tapi boleh layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam dah genap 23 tahun sudirman
      menemui pencipta dia...yang tinggal hanya lagu

      Delete
  6. betul tu, saya sokong.. lagu2 sebenarnya ada mesej2 tertentu. Ada lagu2 yg mesej tak elok, kita kena paham lagu tu sebelum nak betul2 layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu QA
      semoleknya teliti dulu sebab lagu memang paling cepat sampai kat hati

      Delete
  7. Betul tu. Setuju dengan YY. Bila kita nak dengar lagu tu pilihlah lagu yang bermanfaat. Sebab dengan lagu juga boleh mempengaruhi seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatlah betul faarihin
      lagu mampu membuat kita berubah, fakta tu =)

      Delete
  8. Cara ni juga blh eartkan suami isteri juga... Pujuk isteri dgn lagu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugalah kan
      tak terfikir plak bab tu =)

      Delete
  9. Kadang-kadang lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut benar2 terjadi kpd diri mereka... Seperti lagu Gerimis Mengundang-Zamani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...gerimis mengundang cite pasal cinta
      cuma cara lagu tu dinyanyikan dan pada keadaan dia menyanyikan
      memang nampak ianya benar2 berlaku =)

      Delete
  10. lagu² MJ semua kathy minat.. under the same sun tu pun feveret kathy....

    ReplyDelete
  11. rajin YY menyenaraikan...betul tu ada lagu yang bagus mesejnya bukan sekadar lagu suka-suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm...kebetulan mar =)
      tapi memang betul, lagu ada banyak maksud tersembunyi

      Delete
  12. We will not go down.
    Antara lagu favourite sy.
    lately tak banyak lagu mahupun cerita2 di tv yang "berisi".
    Dan sy pula jenis yang susah nak minat sesuatu benda.
    kalau dengar sesuatu lagu ataupun tengok cerita, sy suka tanya balik diri sy apa yang sy dapat dari benda tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan lagu tu ana =)
      tv pun akak jarang tengok, tapi radio selalu juga
      emm...good afford. malangnya bukan semua seperti ana

      Delete
  13. Banyak lagu yang mempunyai mesej penyampaian yang baik.
    Tapi, saya ni bukan tau sangat lagu2 ni.
    Nama penyanyi pun jarang tau.
    Nyanyi ikit sedap mulut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun gitu
      kebanyakkan lagu yang disenaraikan pun lagu lama

      Delete
  14. betul YY...ada sesetengah lagu yang kita boleh ambil mesej dan boleh jadi penguat semangat...saya suka lagu Mariah Carey - They can't take that away

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu MA
      lagu mariah macam hero tu pun bagus juga maksud dia =)

      Delete
  15. Lagu allahyarham sudirman memg semua ada ceritanya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan budak...
      sudirman memang suka terap maksud
      dalam lagu dia sama ada tersirat atau tersurat
      semalam dah genap 23 tahun dia meninggalkan kita kan

      Delete
  16. byk lagu yg mahu menyampaikan mesej tapi tak semua yg mendengar itu tau menghayatinya ...

    ReplyDelete
  17. ya betul. tu..
    suka layan muzik
    tp kebanyakkan suka lgu ctdk je.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu siti nurhaliza kebanyakkan menjerus
      ke arah percintaan
      well tak salah dengar, cuma bukan sekadar mendengar =)

      Delete
  18. Lagu Freddy Aquilar, 'Anak' tu walaupun dengar dari zaman remaja sampailah sekarang ni dah jadi mak budak, tetap mampu mengalirkan air mata. Lagilah sekarang ni bila dah mempunyai anak, terasa so meaningful liriknya tu. Saya pun suka lagu-lagu rakyat Sudirman, dekat di jiwa kita sebagai rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan MD...lagu tu walau dalam apa bahasa pun memang meaningful
      buat jiwa kita ni touching hanya dengan mendengar lagu
      sudirman memang suka buat lagu berdasarkan isu semasa =)

      Delete
  19. Masa bercinta dulu rajinlah menelaah lirik.....lirik lagu cinta hihi.....La ni dah tak de masalah YY....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya zaman sekolah dulu aje
      tapi sekarang saya tapis juga terutama bila anak-anak dah pandai
      suka lagu itu dan ini
      saya selalu terangkan lagu tu tentang apa bila mereka suka menyanyi sesuatu lagu tu

      Delete
  20. betul tu yana..dengar dan hayatilah bait2 setiap lagu,mesej yg cuba disampaikan...apa khabar nyanyian joe flizzow juga penuh makna...akak tanya apa khabar? yana sihat tak? dah komen banyak entri baru nak tanya apa khabar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kot lagu tu jadi juara lagu. hehe
      betul saya tak nafikan lagu tu ada message tersendiri
      saya sihat alhamdulillah kak
      sibuk melampau aje lately =)

      Delete
  21. lirik lagu sekarang lg la..simple berbanding dulu penuh mkna n puitis

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple kalau ada mesej jelas, tak mengapa
      lagi mudah nak paham
      kalau terlalu puitis, orang tak paham =)

      Delete
  22. nak mintak tolong sket boleh? sy ada kena buat satu assgment course ctu(subjek agama). sy kena pilih satu lagu then kena ceritakan tentang lagu tersebut. boleh tak tlg ceritakan serba sedikit tentang setiap lirik lagu yg dinyanyikan dlm lagu tersebut? thanks ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak nak tolong,
      akak rasa elok cari sendiri bahan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...