Afif Di Hari Pertama Sekolah Kebangsaan (^_^)

7:14:00 am Yana Yani 46 Comments

Terasa macam dah lama sangat tak ketuk keyboard laptop ni selepas kali terakhir YY menulis mengenai Afif Di Hari Pertama Sekolah Rendah Agama.

Tak sangka dengan hanya menguruskan anak bersekolah menjadikan YY begitu sibuk berbanding hari lain walhal YY bercuti sepanjang minggu tu. Sampai DEMAM! (^_^)

Walau dah lewat seminggu, YY sambung juga cerita hari ni dengan hari pertama Afif di Sekolah Kebangsaan pula. Cerita panjang ye, sila bertabah membaca (^_^)

Anyway Afif ke Sekolah Kebangsaan pada sesi petang.

Afif tak sihat pada hari pertama persekolahan. Tapi dia tetap gagahkan diri ke sekolah. Senyuman tetap mampu diukirkan walau dalam kesihatan yang agak terbatas.

Kagum dengan semangat dia (^_^)


Sebelum keluar rumah tu sempat juga dia bising pasal kasut dia yang kotor sebab kena pijak dengan kawan katanya, "Mama tengok kasut Afif ni kotor dah! Kawan Afif pijak!"

Tengok keadaan kasut tu memang buat YY nak menangis padahal dia baru bersekolah pada waktu sesi pagi. Belum masuk sesi petang dah kotor macam seminggu tak basuh!


Jarak Sekolah Kebangsaan tak berapa jauh dari rumah kami duduki sekarang. So kami empat beranak hanya merempit ke sekolah walau dalam keadaan cuaca yang panas terik.

Ternyata kami membuat pilihan yang tepat sebab jalan terlalu SESAK! Sampai tak boleh langsung keluar ataupun masuk. Even motor pun tak boleh nak menyelit.

Memang itu adalah fenomena yang sangat RARE! (^_^)


Sampai pula di kawasan sekolah bertambah membuat kami pening kepala dengan bilangan pelajar ditambah dengan parents yang terlalu ramai!

Keadaan di sekolah memang begitu tak terurus berbeza sama sekali dengan Sekolah Rendah Agama pada sesi pagi. YY rasa bilangan pelajar pada sesi petang sahaja melebihi 1000 orang.

Sesi petang merangkumi pelajar Darjah Satu sehingga Darjah Tiga. Darjah Satu sahaja ada lebih 500 orang belajar. Kalau campur semua sekali, memang rasanya lebih 1000 orang.

Boleh bayangkan tak betapa crowded suasana pada hari tu?


Bila dah sesak tu, memang macam-macam perangai students ada.

Menangis tak usah cakaplah! Dah macam satu jangkitan virus yang menular terlalu cepat! Bahaya sungguh! Bayangkan orang depan menangis, orang belakang pun menangis!

Tu belum cerita adegan berguling seperti kena histeria. Siap ada parents lain terpaksa pegang dia beramai-ramai bagi dia bertenang. Suspend okay!

Yang tengah tidur time duduk ada. Yang kencing dalam seluar pun ada! Tak sangka YY berpeluang tengok semua tu di depan mata sendiri.

Tak tahulah nak ketawa atau bersimpati (^_^)


Tapi semua tu kes terpencil.

Mostly semua students Darjah Satu Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Klang mampu mengawal emosi masing-masing. Termasuklah Afif (^_^)

Cehwah! Puji anak sendiri pula! Hehe!


Masa dalam perbarisan ni dan bila lihat anak orang lain, YY baru perasan betapa kecilnya badan Afif. Masa ni lah YY pula terasa nak menangis. Mulalah bayangkan yang bukan-bukan.

Risau kena bulilah, apalah.


YY, MyChintaHati dan Aisyah menemankan Afif sehingga ke pintu kelas. Afif nampak okay walau dia masih kelihatan lemah disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan.

Kami kemudiannya meninggalkan Afif di dalam kelas.

Hati YY ni sebenarnya berat nak meninggalkan dia dalam keadaan tak sihat tu. Terasa nak bawa balik aje. Tapi MyChintaHati bagi jelingan yang cukup buat YY sedar diri (^_^)

Sebelum nak balik tu, sempat juga YY pesan pada Afif yang kami akan kembali semua ketika dia rehat nanti. Dia hanya mengangguk.


Masa nak rehat tu, YY rasa macam kaki nak cepat melangkah ke kelas Afif. Bukan apa, takut demam Afif bertambah teruk. Risau tak usah kata!

Tapi cover juga takut kena hidu dengan MyChintaHati. Nanti kena ceramah free! Hehe! Tapi YY terkejut tengok Afif macam orang tak sakit bila YY sampai ke kelas dia.

Dia boleh berbual mesra dengan kawan yang dia baru kenali. Lega rasanya (^_^)


Rehat untuk murid Darjah Satu diasingkan dari murid Darjah Dua dan Tiga. Walau dah diasingkan pun, sesak sungguh! Mujur Afif ada bawa bekal.

Tengok keadaan tu memang buat YY rasa kena sentiasa bekalkan Afif dengan makanan.


Dalam keadaan sesak tu, memang tak sempat rasanya nak beli makanan sebab rehat hanya 20 minit sahaja sebelum loceng berbunyi menandakan habisnya waktu rehat.

Kepala ligat berfikir bagaimana nak uruskan semua tu. Teringat Lieya Latif yang cukup hebat dalam menyediakan bento untuk anak-anak ke sekolah.

Boleh ke YY melakukan seperti dia? Emm...

Anyway sebelum masuk ke kelas selepas waktu rehat, kesemua pelajar Darjah Satu diminta berbaris. Afif kelihatan begitu selesa dengan suasana baru ni.


Oh ya, masa dalam pelajar yang ramai dan keadaan yang sesak tu, YY jumpa Anuar Ibrahim! Tak sangka dia pun ada di sini! Ye! Betul! Anuar Ibrahim ada!

Cuma dia agak kecil dan muda berbanding di kaca TV (^_^)


Petang tu ketika nak habis sesi persekolah pada hari pertama, YY excited nak fetched Afif. Tak sabar rasanya nak dengar cerita dia pada hari pertama.

Tapi masa YY jumpa dia dalam ramai-ramai pelajar yang ada, YY nampak dia lemah. Jelas sekali suhu badan dia kembali naik. Luluh pula rasa hati tengok dia macam tu.


Sementara nak menunggu MyChintaHati mengambil motorsikal, kami dua beranak hanya menunggu sambil memerhati lalu lintas yang sesak.

Jalan seperti pada waktu masuk ke kelas, memang sesak teruk.


Afif sampai rumah selepas mandi dan makan terus tidur. First time dalam tempoh enam tahun sebulan, dia tidur seawal tu. Kesian YY tengok dia.

Badan dia panas sangat. Risau sungguh tengok dia macam tu. Terasa nak transfer seluruh kesakitan yang dia rasa tu pada diri YY. Kalau korang seorang Ibu pasti faham apa yang YY rasa.

Afif jarang demam tapi bila dah demam, TERUK!


Begitulah Afif ketika hari pertama di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama. Overall dia berperangai elok cuma kesihatan sahaja tak mengizinkan.

Insya ALLAH besok YY akan bercerita lagi mengenai Afif dan selitkan sikit cerita Aisyah yang seperti kehilangan bila Abang dia mula bersekolah (^_^)

Assalamualaikum.

P/S - Maaf sebab aktiviti blog walking terpaksa ditangguh buat masa ni. YY juga masih berhutang blog review buat pemenang Simple Giveaway by Licha. Ini semua beyond expectation

46 comments:

  1. comelnyaaaaa anak bersekolah..lama tak jejak sekolahh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..samalah
      akak rasa dah berpuluh tahun tak ke sekolah
      ni kena pergi pula sebab menghantar anak =)

      Delete
  2. Tahniah dik, dah masuk darjah 1...anak saya pon sebaya afif...good boy afif, demam pon kuat semangat ke sekolah jugak ya..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa juga suruh dia sekolah, ari pertama kan
      alhamdulillah second day dia dah okay =)

      Delete
  3. Kesiannya dia tapi auntie puji walau demam Afif kuat semangat dan cekal.
    Kakak ni YY dari dulu sentiasa bawakan anak-anak bekal tapi tak berbento pun. Habis juga dimakan. Anak kakak semua perempuan jadi dia tak suka leceh beratur di kantin. Semua bekal pun kakak bungkus dgn kertas yg selalu kalau beli kat warung tu yg coklat. Senang lepas makan buang sekali dgn sudu/garpunya (beli set sudu/garpu kat mall banyak). Senang sikit buat anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari pertama pun time tu kak, kena juga bagi dia sekolah
      kalau tak banyak juga benda tak tahu nanti
      mujur juga hari tu aje dia sekolah

      saya pun memang biasa buatkan bekal untuk afif
      bezanya saya tak deco jadi bento yang menarik
      memang campak aje, janji ada benda dalam tupperware...hehe
      saya ada plan nak buat gitu, tapi memikirkan environment
      lebih molek kalau guna tupperware aje

      Delete
  4. masuk sekolah demam terus... nasib dia nak terus sekolah... dulu saya mak suruh masuk tadika... tapi sebab cikgu pakai spek mata besar terus takut terus lari balik... terus tak sekolah tadika...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia dah biasa pun satu hal NA
      mengikut perangai mama dia yang juga cukup rajin
      ke sekolah satu masa dahulu
      walau belajar tetap dapat nombor corot...wahaha

      Delete
  5. Alahai... Kesiannya dia... Moga cepat smbuh ye afif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dia okay dah sikit
      mula masuk sekolah tu pun
      terkejut badan

      Delete
  6. Salam Ukhwah, Jemput join Segmen GA Mycherita yang sedang berlansung sekarang ye.. Ini Link nya..>>> Segmen Giveaway MyCherita

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jemput
      maaflah ye, terlepas dah

      Delete
  7. kuat semangat afif ni..takpe..nanti demam tu baik ye..tapi kalau tak larat tak perlulah ke sekolah ye afif..
    yakin boleh YY berbento untuk afif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu hari pertama mar, terpaksa juga ke sekolah
      mujur juga hari kedua dia dah okay
      buat bekal tu saya memang biasa buat
      tapi nak deco bento memang tak penah buat...hehe

      Delete
  8. kesian..awal tahun dah demam..terkejut dengan suasana baru kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga berpendapat camtu
      taoi alhamdulillah okay dah takat ni

      Delete
  9. kuat semangat afif ni . klu saya , panas badan sikit je dah x d mood dah . nak berehat saja ... teringat my kakak cerita ; qistina bila nampak keta aku jer bukan main seronok dia . bila masuk keta , terus je senyap - tidur ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan hari tu hari pertama sekolah vee
      kena juga bagi sekolah, kalau tak tahu apa-apa nanti
      mujur juga second day dia dah okay

      Delete
  10. wahhh.. bestnye.. perasaan excited tu memang tak dapat nk tipu.. tapi kine cover2 jugak.. hiihihih.. insyallah semua ok..! kecik2 cili api..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      biasanya mak budak yang melebih
      anak relax aje..hehe

      Delete
  11. Ble la anak nk bersekolah ni... Huhuhu


    Jom la join GA Papaglamz..
    RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar papaglamz
      kang anak dah sekolah, awak pula yang tak terlayan kang =)

      Delete
  12. Afif sebaya anak idah Nabihan rupanya... :) semoga afif menjadi anak kebanggan ibu dan ayah yer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah idah
      saya pun baru perasan masa idah cite pasal hari
      graduasi dia dulu =)
      amin...mekacih acik idah

      Delete
  13. betol tu YY... rutin hidup lya pon berubah sjk asya msk sekolah.. mcm x ckp masa aje.. mmg penat sgt... siannya afif..dugaan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lya...memang totally berubah
      dulu masa tadika tak terasa sangat tau
      ni masuk standard 1, pergh...memang penat giler badan dibuatnya
      semua benda nak buat tu, tapi mungkin juga saya pun masih dalam proses
      menyesuaikan diri

      Delete
  14. Semangat tu...walaupun demam tapi sebab hari pertama, pergi juga! Memang ramai sungguh, boleh buat kelas utk ibu bapa juga...hehe
    Semoga Afif sihat segera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah BM, hari pertama kan
      kena jugalah ke sekolah
      tapi alhamdulillah dia sihat untuk hari2 yang seterusnya =)
      hehe...tulah pasalnya. mak bapak yang terlebih excited =)

      Delete
  15. alolo....semangat membara tu..dah beso dah afif..

    ReplyDelete
  16. Afif semangat nak ke sekolah sampai demam. =)

    Kalau ramai sangat pelajar, memang eloklah bekalkan makanan, risau juga kalau tak sempat nak makan dengan waktu rehat yang sekejap tu. Buatnya beratur panjang-panjang, bila tiba je nak beli makanan, makanan pula dah habis.

    Semoga Afif sentiasa bersemangat ke sekolah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa sekarang memang sentiasa bekalkan
      walau hanya untuk benda yang simple sperti roti
      sebelum sekolah tu pun dah pastikan dia makan dengan kenyang
      duit belanja bagi pun dah pandai guna untuk menyimpan =)

      Delete
  17. Semangat sungguh adik afif.
    Walaupun x sihat, tetap bersemangat pi skolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah doktor
      lagipun hari pertama pun satu hal
      alhamdulillah dia sihat lepas tu =)

      Delete
  18. wahhh meriahnya sekolah Afif :-)
    anak saya pun hari pertama darjah satu tahun ni... saya teruja nk tgk dia gi sekolah hehehe.. tapi lom sempat nak update dlm blog. baru sempat update ttg adik dia yg juga first day (tadika)..

    Salam kenal,
    Fara
    http://amfarra.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebayalah anak kita ye =)
      kita yang jadi parent ni yang terlebih excited kan...hehe
      anyway salam kenal farra =)

      Delete
  19. Dah rasakan 'penangan' dan memori indah anak masuk sekolah :) Memang gempaklah sampai bila-bila pun kita sebagai ibu tak akan lupa. Sama juga macam ketika melahirkan mereka!

    Mujurlah Afif ni kental dan kuat semangat walaupun kecil aje saiz tubuh. Saya tengok dalam satu gambar tu macam sama tinggi aje murid-murid sebaya Afif ni. Tapi kalau namanya emak, apa-apa lain sikit pun dah buat kita cuak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...rasa dah MD wei
      mak aii, tuhan ajelah yang tahu betapa penat dan kelam kabutnya saya
      memang totally different kalau dibandingkan dengan tadika dulu

      mungkin lah kot MD, saya rasa anak saya ni kecik sangat
      orang lain rasa sama aje, maklumlah mama kan
      paranoid dia semacam skit =)

      Delete
  20. Serba salah jugakkan kita YY kalau first day dah tak dtg sekolah....Tu yg gagahkan jugak Aliff tu yeh....
    Tak delah kecik sgt si Aliff tu....lebih kurang jer dgn budak lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya OKje
      terpaksa juga sekolah walau sebenarnya saya tak memaksa
      dia yang excited walau demam

      hehe...saya nampak dia kecik sangat OKje =)

      Delete
  21. bagus afif masih bersemangat walapon tak sihat..belajar rajin2 ye sayang,acik doakan afif diberi kesihatan yg baik selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah setakat ni dia okay aje
      hari tu memula sekolah aje
      terkejut agaknya badan dia
      terima kasih kak ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...