Baraka Allahu Lakuma: Nazhan dan Azila (^_^)

11:44:00 pm Yana Yani 32 Comments

Minggu lepas aku menghadiri lebih kurang empat atau lima majlis perkahwinan termasuklah sepupu Encik suami yang aku pernah ceritakan di sini.

Time tu sebelah perempuan, kali ni sebelah lelaki pula.

Kali ni punya kenduri memang sungguh punya rewang sampai tak berkesempatan nak snap gambar pengantin time bersanding. Hehe!

Sampai aje ke dewan di mana majlis berlangsung, aku tolong arrange meja beradap. Tapi yang sebenarnya aku tolong letak lauk aje untuk santapan raja sehari. Hehe!

Lain tu semua kerja Encik suami dan sepupu-sepupu dia. Yang berdiri paling kiri tu, dia punya turn hujung minggu ni.

Aku pernah cerita pasal majlis pertunangan dia di sini.


Afif juga cukup rajin membantu hari tu.

Suruhlah buat apapun, dia menurut sahaja tanpa banyak bicara. Dia seronok sangat sebab selain dari membantu, dia dapat main secara tak langsung.

Memula tu dia susun cenderamata daripada pengantin untuk tetamu atas meja. Tapi part ni dia buat kejab aje sebab dia kata penat.


Paling dia suka buat pula adalah basuh cawan!


Camne tak suka, dapat main air! Habis basah lencun!

Bila ditanya kenapa basah baju, dia kata sebab nak dapat pahala. Dia kata hari tu dia dapat banyak pahala sebab tolong orang basuh cawan.

Mama dia nak marah pun tak jadi (^_^)


Aisy pula berubah karakter. Selama ni dia adalah manusia paling ligat! Sukar aku dan Encik suami nak monitor pergerakkan dia.

Ada aje kerja atau urusan yang perlu dia selesaikan. Pendek kata tak reti duduk diam!

Tapi semalam dia dah macam robot. Suruh duduk, dia duduk. Suruh makan, dia makan. Aku pula yang pelik dengan sikap dia tu.

At the same time, bangga! Hehe!


Secara keseluruhan, Aisy mendapat 100% markah untuk perangai molek yang dia pamerkan semalam.

Good girl! (^_^)


Part paling kelakar dalam majlis kali ni adalah time pengantin baling gula-gula.

Time aku sibuk dok sibuk snap gambar, tiba-tiba ada bunyi "kelentung". Sakit rasanya.

Aku meraba bahagian kepala yang terasa sakit. Rupa-rupanya kepala aku terkena gula-gula yang dibaling. Patutlah rasa macam biul kepala. Hehe!

Dari jauh aku dengar pengantin kata, "Sorry kak!"



Dekat bawah ni pula adalah gambar pengantin yang sempat aku snap.


Gambar aku dan pengantin juga haruslah ada. Hehe!


Lepas tu aku dan Encik suami jadi pengantin pula! Afif dan Aisy jadi pengapit. Hehe!


Sempatlah juga Encik suami menyumbang suara untuk majlis tu. Dah lama dia tak berkaraoke sejak berkahwin. Kasi can lah! (^_^)


Lepas tu terus balik rumah. Letih betul rasanya.

Anyway buat Nazhan dan Azila, semoga sentiasa dirahmati ALLAH, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Paling penting berbahagia hingga ke jannah. (^_^)

Tiba-tiba teringat lagu Maher Zain: Baraka allahu lakuma wa baraka alikuma, wa jamaah baina kuma fee kahir (^_^)

32 comments:

  1. selamat pengantin baru kepada semua pengantin baru...yipppiii...
    cantik pelamin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...
      saya pun suka tengok...kelassss gitu =)

      Delete
  2. rajin afif membantu yer sampai basah lencun dah tengok dia..hehehe..

    ReplyDelete
  3. mesti penat jadi rewang ni kan...; seronok jugak tapi kalau org Jawa yg buat majlis memang letih giler...3 hari 3 malam kan..tapi sy tak pernah dijemput pun sampai 3 hari..biasanya datang time makan last day saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pula part 3 hari 3 malam tu
      biasanya paling sibuk masa malam berinai
      dan ketika bersanding, tak tangan layan tetamu

      untuk majlis yang ni diorang buat ahad je
      memang penant sebab kita gunakan tenaga kan
      tapi at the same time seronok =)

      Delete
  4. Yan D...dari hari tu okje tengok awak pakai seluar yek....nape tak pakai dress....barulah kalah pengantin hehe
    Ramai org kot tu yg bertukar jadi robot si Aisy tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah agak soalan ni akan keluar dari okje
      saya memang tak suka pakai baju kurung atau yang sewaktu dengannya
      memang pakai casual aje...hehe
      lagipun senang sikit bergerak =)

      part aisy tu saya tak pasti pula
      bukannya dia tak biasa p kenduri
      entah kenapa dia jadi baik gitu...tapi baguslah
      senang hati mama dia =)

      Delete
  5. wah..meriah majlis...mesti seronok kumpul ramai² kan sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah kak...menantu sulung
      betul-betul...bukan selalu dapat berkumpul dak? =)

      Delete
  6. Wahh cayalah Afif.. you are the man!!!... rajin sungguh dia.. alhamdulillah..
    Tahniah juga buat kesemua pasangan pengantin yg menaiki jinjang pelamin... semoga sentiasa berbahagia, ceria & diberkati kehidupan di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapak borek anak rintik kan en khir? hehe
      memang dia bersungguh rewang aritu =)

      Delete
  7. tahniah buat pengantin... wrna block.. :)

    ReplyDelete
  8. fuhh yana pakai jeans? terbaik laaa sempooooiiiii...hahaahah senang kan nak rewang bile pakai seluar nie...kehulur kehilir laju jee haaaaa heheheeheh

    afif ni lebih nak main air sebenarnye...tapi takpe laa yana at least kite tau die tak berkeliaran ke sane kemari...dok diam basuh cawan...lega gak hati kite...tang basah tu pandang sebelah mate jek laaa ekekekekekeek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nape? tak pecaya ke lieya?
      saya kalau p kenduri memang suka pakai kasual aje
      jarang pakai baju kurung, lantaklah orang nak kata apa
      senang sikit melangkah =)

      tu memang hakikatnya lieya, sonok main air aje sebenarnya
      at least menolong juga lah kan =)

      Delete
  9. mama dia wat tugas plg penting..
    jd photographer kan???kan..
    salam kenal juga..:)

    ReplyDelete
  10. eh kita dah lama pun follow dia..ishk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? nape tak perasan huh...hehe
      mekacih ye

      Delete
  11. kenapa org suka bergambar dgn pengantin ? ... heheheee ... buat2 tak faham saya ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a lah kan...kenapa ye?
      entah...tak ada jawapan pula
      rasa cam bergambar dengan retis sebab tu kot =)

      Delete
  12. Best rewang camni... walaupun penat, tapi seronok beramai2... Rajin Afif tolong basuh cawan... dah kenapa plak Aisy jadi cam robot tu? gamaknya ramai orang dia malu kot...
    Kalau k nrl memang x boleh nak menolong sangat, anak2 k nrl x mau ngan orang lain, dok berkepit ngan kita je... dah lama x menolong orang kenduri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne saya boleh termiss comment akak ni ye? hehe
      anyway memang best walau kepenatan tahap maksimum! hehe
      tapi dia bukan jenis pemalu tau, fakta tu
      hari tu tak tahu lah kenapa =)

      Delete
  13. Bila berkumpul dan rewang mcm.nih memg best...selamat pengantin baru buat sepupu suami yana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, buat seketika hilang penat
      lepas tu aje baru rasa menggeleter kaki tangan..hehe

      Delete
  14. aisy faham mama dan papa dia busy dgn kerja2 kenduri, tu yg dia baik jer tak buat perangai... hihihih... seronok tol wat keje2 kenduri gini, penat tapi best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya lah zura
      biasa dia ligat sangat, tak boleh buat kerja
      hari tu aje dia jadi baik semacam...hehe

      tu saya setuju, penat camne pun berbaloi rasanya =)

      Delete
  15. banyak tu kenduri kawin, akak cuti dok rumah je...

    wah pandai afif ye, banyak pahala afif dpt tu sbb rajin tolong basuh cawan..

    aisy gud girl...comel3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? saya banyak terima jemputan kak
      hehe..tulah kan kak
      budak dah besar ni, senang sikit jaga
      aisy memang gud girl =)

      Delete
  16. salam perkenalan... :)

    nasib baik yang kena kat kepala tu gula2 jer kan... kalau batu... hahaha... nayerrr... :D

    Follower #76

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan =)
      hehe...tu lah pasalnya
      mekacih follow sini ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...