Bos Mama Jahat! (^_^)

10:32:00 pm Yana Yani 2 Comments

Biasanya Encik suami yang akan hantar aku ke tempat kerja. Tapi bila dia shift pagi, Abah yang akan hantar. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, hari ini Abah tak dapat hantar. Nak tak nak, terpaksalah aku naik bas. Ya tepat sekali, aku memang tak pandai drive apatah lagi menunggang motorsikal! Basikal pun dah ingat-ingat lupa.

Sebelum kelahiran Aisy, aku memang biasa naik bas bila encik suami tak ada. Tapi sejak aku mengandungkan Aisy sampai sekarang, memang tak pernah!

"Long kau tak payah kejutkan budak-budak tu, Mak datang rumah kau. Kesian dia orang" kata Mak menerusi telefon. "Tapi Afif tu kalau bangun pagi nak kena nampak Along. Menangis nanti" jawab aku dengan nada agak risau. "Inikan Mak. Pandailah Mak menguruskannya nanti" jawab Mak sebelum memutuskan panggilan telefon.

"Alahai tak dapatlah tengok muka budak manja ini bila bangun tidur" keluh aku sendirian.


Dipendekkan cerita, petang tadi balik aje dari kerja aku terus ke rumah Mak. "Mama ni jahatlah!" jerit Afif bila nampak kelibat aku. "Mama kan pergi kerja" jawab aku dengan nada memujuk. "Kenapa tinggalkan Afif dengan Wan?" tanya Afif dengan muka masam mencuka. "Mama kerjalah sayang" jawab aku lagi.

"Mama tak payahlah kerja lagilah" rayu Afif. "Afif tak suka pergi rumah Wan. Biar Papa aje kerja" tambah Afif. "Mama kena kerja sayang. Nanti bos Mama marah" jawab aku.

"Bos Mama tu jahatlah!" jerit Afif lagi. "Afif sayang Mama, tak payahlah pergi kerja" dengan nada hampir nak menangis. Dalam hati aku jawab, "Mama bukannya popular macam Ben Ashaari sayang oi! Belum mampu lagi nak duduk rumah sepenuh masa" (^_^)

Fuh, agak lama juga aku malakukan percubaan untuk memujuk anak bujang bertuah aku ini.

"Mama Afif nak jadi dinosour tau!" jerit Afif untuk sekian kalinya. Emm, itulah tanda Afif dah sejuk!

2 comments:

  1. kalau boleh memang taknak kerja nak jaga anak2 sendiri,tp nak buat macammana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      tapi nak buat camne, kita ada tanggungjawab perlu dilaksanakan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...