Malasnya! (^_^)

8:38:00 am Yana Yani 0 Comments

Mengingatkan esok hari Isnin pun dah buat aku rasa malas. Nak buat apa-apa pun rasa tak bersemangat. Encik suami lepas balik kerja tadi terus tidur. Anak-anak pun masih lagi lena dibuai mimpi.

Kerja rumah menanti aku dengan setia tu. "Alahai, malas betul nak buat kerja rumah ni" keluh aku sendirian. Encik suami kalau kerja shift malam, mesti tengahari baru bangun. Kalau dia bangun nanti, mesti dia ajak kami sekeluarga round the world! Sementara nak tunggu dia bangun itulah yang buat aku rasa malas!


Bila hari Ahad aje aku mesti ada perasaan macam ini especially bila encik suami kerja shift malam dan pagi. Kalau shift pagi lagilah dahsyat. Dia layan OT hari Ahad!

Akulah yang kebosanan dekat rumah. Al-maklum, kaki berjalan! Nasib baik aku tak pandai drive. Kalau pandai, habislah!

Aisy dengan Afif ini pun bilalah nak bangun, Mama dah kebosanan dah ini. Tetiba terdengar, "Mama tak kerja ke?"

Aku tersenyum sendirian, sambil jawab "Tak"

Afif dah bangun, ada juga kawan ini! Apapun kepada mereka yang di luar sana kot ada menyinggah di blog aku yang tak seberapa ini, Selamat Hari Minggu!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...