Rindu Atuk! (^_^)
Tengah dok belek-belek gambar lama, terjumpa gambar lama Atuk tengah bagi pose special ini. Rasa rindu pula dekat Atuk.Rasa tak sabar nak balik ke Kuala Lipis, Pahang sempena Hari Raya Haji ini. Memang dah agak lama plan nak balik ke sana. Lagipun Raya Puasa hari tu kami tak balik.
Kalau tak silap, last kami balik sebelum puasa hari tu. Lama juga dah tak balik. Afif pun sibuk dok tanya bila nak jumpa Tok Yang. Dulu tiap kali tahu kami nak balik ke kampung, Atuk adalah antara orang paling sibuk sediakan pelbagai juadah untuk kami.
Lemang, rendang kawah dan sup tulang adalah antara makanan yang akan dia sediakan. Mengingatkannya saja dah buat meleleh air liur. Atuk memang terror bab tu!
Tapi tu dulu, masa arwah Nenek ada lagi. Lepas Nenek pergi kira-kira dua tahun dulu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Haji yang kedua kerana kanser perut, Atuk dah tak ceria macam dulu.
Dia pun makin tak sihat. Kesihatan dia tak stabil sejak kebelakang ini lebih-lebih lagi selepas hilangnya tunjang utama dalam hidup dia. Sukar nak lihat dia tersenyum macam dulu lagi.
Kalaulah atuk dapat baca semua ini, Along nak Atuk tahu yang Along sayang sangat dekat Atuk! Tunggu kami balik ye!
Apapun dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia yang baca dan paling penting faham entry ini. Berhati-hati di jalan raya!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿