Alahai Aisy II (^_^)

11:34:00 pm Yana Yani 0 Comments

Hari tu aku ada cerita pasal Aisy yang tak sihat. Disebabkan masalah kesihatan dia tu lah yang buat aku tak update blog untuk seketika. Anak wei! Tidak ternilai dari nyawa sendiri!

Hari Khamis 11 Oktober, Aisy nampak sihat pagi tu. Aku gagahkan diri untuk pergi kerja walau hati terasa berat meninggalkan dia. Tak sampai beberapa jam dekat pejabat, Mak telefon beritahu Aisy demam lagi. Menggeletar rasa badan! Rasa nak cepat aje sampai rumah. Masa tu boleh terfikir, "Kalaulah aku boleh terbang!"

Aku minta balik half day. Redah naik bas aje time tu sebab Encik suami kerja shift pagi, tak boleh nak ambil aku macam selalu.

Rasa berkecai hati bila sampai rumah tengok dia merengek. Mesti dia tengah sakit sangat. Dalam hati aku berkata, "Kalaulah Mama boleh transfer semua kesakitan anak Mama ni pada Mama!"


Aku tekad nak bawa dia pergi ke hospital. Tapi tunggu punya tunggu, Encik suami tak juga balik-balik. Baru aku teringat dia kena ambil kereta Angah dekat bengkel. Dah petang juga baru dia sampai rumah.

Bila dah petang, Aisy okay balik macam hari tu. Encik suami kata tak payah bawa ke hospital dulu bila nampak dia makin sihat. Tapi keesokan paginya 12 Oktober Aisy makin teruk, langsung tak mahu makan atau minum. Tuhan aje yang tahu perasaan aku masa tu.

Mak suruh pergi Klinik Kesihatan dulu. Agak lama juga nak kena tunggu sebelum nombor giliran kena panggil. Dipendekkan cerita, doktor kata darah Aisy okay. "Secara fizikal dia sihat, tapi dia kena masuk wad juga sebab tak mahu makan. Kita takut dia dehydration. Bahaya especially untuk baby macam dia" kata doktor.


Dengan berat hati, aku dan Encik suami bawa juga dia pergi hospital. Dalam masa yang sama berat hati nak meninggalkan anak yang lagi seorang dekat rumah Mak. Malangnya, aku terpaksa!


Sampai aje di bahagian Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, hati aku berbunga bila terpandang papan tanda yang tertulis, "Keutamaan diberikan untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah dan ibu mengandung"

Tapi berkecai bila kami terpaksa menunggu hampir 4 jam baru selesai semua urusan. Sakit hati? Memang! Tapi bila tengok ramai orang keliling yang sakit, aku bermonolog sendiri "Tak payahlah nak perbahaskan isu lapuk ni!"

Aku bertambah sakit hati bila doktor dekat bahagian kecemasan tak pandai nak cucuk untuk drip pada Aisy. Kiri kanan dia buat. Fail! Remuk hati tengok anak menangis. Dia boleh dengan selamba kata, "Biar doktor wad lah buat!"


Dan bermulalah episod duka dalam hidup Aisy di wad Pediatrik 6B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang akan aku ceritakan dalam entry seterusnya.

Entri lain yang berkaitan:
1. Alahai Aisy
2. Alahai Aisy II
3. Alahai Aisy III
4. Alahai Aisy IV
5. Alahai Aisy V

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...