Alahai Aisy (^_^)

4:42:00 pm Yana Yani 1 Comments

Semalam bertubi-tubi SMS aku terima dari Mak. Semuanya disebabkan Aisy yang demam. Mak memang macam tu, tiap kali anak-anak aku sakit dia akan jadi reporter. Aku yang tengah kerja jadi tak senang duduk, kepala otak ini asyik dok teringat anak-anak. Rasa nak cepat balik aje.

Malam tadi Aisy merengek tak berhenti. Risaunya tuhan aje yang tahu. Lepas masukkan ubat ke lubang dubur Aisy, aku minta izin encik suami nak tidur dengan Aisy malam tu. "Pergilah" jawab beliau tanpa langsung menoleh ke arah aku. "Orang lelaki!" dengus hati kecil aku.

Pagi tadi, demam dia makin panas. Makin bertambah risau hati seorang Mama ini. Aku ambik keputusan untuk tak pergi kerja hari ini. Rekod kedatangan aku makin teruk kebelakangan ini, silap hari bulan mau kena terminate. Lantaklah! Kerja boleh cari, anak tak boleh! Itu prinsip aku.

Petang ini nampak dia okay sikit. Alhamdulillah. Lega Mama rasanya.

Badan tak sedap, merengek aje

Air hidung pun meleleh

Abang jelous Mama asyik layan Adik aje. "Mama ambil gambar Abang dengan T-Rex"

1 comment:

  1. bila anak tak sihat,memang kita ni risau lebih,suami buat biasa2 je kan

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...