Ujian-Nya (^_^)

11:20:00 pm Yana Yani 2 Comments

"Kringgggg" bunyi jam loceng pagi tadi mengejutkan aku dari lena. "Dah pukul 6:30" hati kecilku berbicara tanpa langsung melihat jam. Tapi aku terasa sakit bila cuma mematikan jam loceng. Seluruh anggota badan terasa sakit sangat, terutama dekat bahagian pinggang. Nak menangis rasanya. Encik suami yang baru balik dari shift malam menegur bila nampak keresahan aku, "Kenapa?"

"Ayang rasa sakit sangat badan ini, macam kena pukul!" jawab aku dalam nada hampir nak menangis. "Kalau dah sakit tak payah pergi kerja, nanti kita pergi klinik" kata dia sambil terus baring sebelah aku. Kata-kata dia seolah-olah memberikan keizinan untuk aku menyambung tidur semula.

"Mama tak pergi kerja ke?" tanya Afif pada aku. "Mama tak sihatlah sayang" jawabku perlahan. "Alamak, Abang lupa nak sembahyang tadi" kata dia padaku. Kata-kata itu seperti satu tamparan pada aku kerana dalam keadaan sakit yang amat tadi aku lupa tanggungjawab aku kepada-Nya. Jam sudah melewati pukul 10 pagi.

Aku gagahkan diri untuk bangun dan menemankan Afif untuk sembahyang.


Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang menjaga solat dan jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa beriman kepada-Mu Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. Amin. 

2 comments:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...