Alahai Aisy V (^_^)

4:54:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kalau sebelum ini aku cerita "kekejaman" doktor terhadap Aisy. Kalau ini aku nak cerita kecerian Aisy di hari-hari terakhir di Wad Pediatrik 6B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Pada hari ketiga 15 Oktober, seperti biasa akan ada doktor pakar datang menjenguk selepas doktor lepasan siswazah. Doktor pakar kali ini yang berketurunan tionghoa memberitahu yang mereka akan meneruskan ujian tibi ke atas Aisy.

"Kita akan ambil sample kahak dari dia selama tiga hari berturut-turut dengan memasukkan tiub ke dalam tekak dia lepas tu kita sedut" kata doktor pakar tersebut.

"Sakit tak?" tanya aku. Beliau hanya menggelengkan kepala.

"Lepas tu kita akan cucuk sikit di bahagian lengan dia untuk ujian tibi. Kita juga terpaksa mengasingkan anak puan sebab kita takut virus tersebut tersebar kepada kanak-kanak lain" terang doktor pakar tersebut.

Aku mengangguk tanda faham.

Pagi itu aku dan Aisy dipindahkan ke bilik belakang di mana hanya aku dan Aisy sahaja penghuninya! Paling best aku ada katil aku sendiri! Wah macam ada dekat wad first class pula. Hehe! Bahagia ku rasa!

Berbalik pada Aisy, sejak diberikan antibiotik dia dah mula tersenyum. Dah mula nak main. Aku rasa seronok sangat.

Macam ni barulah anak Mama!


Petang hari ketiga aku didatangi oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan.

"Puan saya datang ni nak buat ujian tibi ke atas anak puan" sambil terus cucuk bahagian lengan Aisy.

"Dia akan sakit sikit bila ubat ni mengembung" kata beliau sambil membulatkan tempat dicucuk dengan pen.


"Tempat yang dicucuk tu jangan dikenakan air atau apa-apa bahan beralkohol seperti tisu basah" terang beliau. "Puan tak usah risaulah" kata beliau sebelum meninggalkan aku dan Aisy.

Hari keenam 18 Oktober, aku diberikan berita yang menggembirakan.

"Puan, dua ujian kahak ke atas anak puan adalah negatif. So hari ini kita benarkan anak puan balik. Tapi dia kena habiskan antibiotik yang kita akan berikan dalam bentuk syrup" terang doktor pakar tersebut.

"Alhamdulillah" spontan aku menjawab. Tetiba Aisy menjerit keriangan. "Eh kamu faham ke apa doktor cakap?" tanya doktor pakar tersebut sambil mencuit pipi Aisy disusuli ketawa.

Aku excited sangat dapat balik. Aisy pun macam tu. Beria-ria dia tolong aku mengemas. We are coming home!


Sebelum balik aku dibekalkan surat pengesahan dan kad temujanji untuk follow up.


Malam tu aku dapat tidur dengan lena di rumah dan atas katil sendiri. Wah best sangat! Aisy dan Afif pun excited sebab boleh bergusti atas katil balik.


Apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang concern especially family members yang banyak bagi support.

Tak lupa pada staff nurse Wad Pediatrik 6B yang sentiasa ceria, helpful and friendly. You all memang terbaik! Juga pada student medical dari MMU yang sentiasa datang menceriakan Aisy especially pada yang bagi toy pada Aisy (sorry lupa tanya nama!)


All the best and hopefully you all baca entry ini!

Apapun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak! Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
1. Alahai Aisy
2. Alahai Aisy II
3. Alahai Aisy III
4. Alahai Aisy IV
5. Alahai Aisy V

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...