Bosannya Malam Ini (^_^)
Lepas habis tengok Buletin Utama tadi aku mencari remote control nak tengok channel mana ada cerita best malam ini. Tekan punya tekan, tertekan saluran 104. Anugerah Blockbuster."Macam best" aku fikir. Ditambah pula dengan pengacara yang boleh tahan bestnya, Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki. Malangnya ia tak seperti yang aku harapkan. Hampeh! Especially Zizan, entah apalah yang dia merapu meraban pun aku tak tahu. Nampak sangat syok sendiri.
Aku rasa persembahan artis yang lebih menghidupkan suasana macam Sleeq, Alif Satar dan Amy Search (itu aje yang aku sempat tengok sebelum Encik suami alih channel) "Ada bolalah malam ini" kata Encik suami yang baru bangun tidur. Remote control pada tangan aku terus diambil. "Siapa lawan?" tanya aku. "Kelantan dengan Selangor" jawab encik suami tanpa langsung memandang aku.
Aku pun tengok ajelah. "Kasi can" bisik hati kecil aku. Lagipun kejab lagi dia nak pergi kerja. Encik suami kerja malam minggu ini. Sambil menyuap makanan ke mulut, mata tak beralih langsung dari skrin TV.
Dulu masa anak dara aku minat sangat bola. Sanggup berjaga bila Piala Dunia, especially bila favorite team aku, Jerman lawan. Tapi sekarang bila dah ada dua orang anak. Minat tu makin kurang pula. Encik suami alih channel bila Kelantan lead dengan 1-0. "Malas nak tengok" kata dia yang merupakan peminat setia Selangor. Aku tersenyum sendirian.
Aku siapkan bekalan untuk encik suami bawa ke tempat kerja. Dia memang rajin bawa bekal especially bila shift malam. Aku jenguk Aisy dengan Afif dalam bilik. "Amboi sedapnya kamu berdua tidur" kata aku dengan nada hampir berbisik. Takut mengejut anak-anak bertuah aku yang sedang nyenyak tidur .
"Abang nak pergi kerja dah ni" kata encik suami. "Jaga anak elok-elok ye" pesan beliau. "Ye" jawab aku ringkas sambil mengucup tangan beliau. "Hati-hati bawa motor tu ye yang" pesan aku kepada encik suami. Pesanan aku itu hanya dijawab dengan senyuman dari encik suami.
"Bosannya" keluh aku sendirian selepas encik suami pergi kerja. Remote control di atas meja aku ambil dan tekan 701. "CSI New York" kata aku dengan nada agak excited. "Dah tengok dah ni" kata aku sendirian.
Aku ambil keputusan untuk tengok juga siri TV kegemaran aku ini walau aku dah tengok banyak kali episod itu.
Tapi yang pasti malam ini memang bosan sangat!
akak pun suka tengok csi,criminal minds..dan cerita yg seangkatan dengannya
ReplyDelete