Alahai Aisy III (^_^)

11:26:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kalau dalam entry sebelum ini aku cerita pasal Aisy masuk wad. Hari ini aku nak cerita pengalaman Aisy dekat wad pula.

Sebelum Encik suami balik, dia tinggalkan aku slip Kebenaran Menjaga Anak Berumur 12 tahun ke Bawah. Dia simpan satu, aku simpan satu.

"Apa-apa nanti beritahu ye" pesan Encik suami pada aku sebelum meninggalkan kami berdua.


Tak lama lepas Encik suami meninggalkan kami, datang doktor menemu bual aku. Soalan seperti kenapa, mengapa dan bagaimana adalah antara yang ditanya oleh doktor lepasan siswazah tersebut.

"Puan tolong bawa anak puan ke bilik rawatan di belakang. Kita nak cucuk anak puan untuk drip" kata doktor tersebut. Aisy aku letakkan ke atas katil yang disediakan setiba di bilik rawatan yang dimaksudkan.

"Puan tunggu di luar ye" kata doktor tu lagi. Aku hanya menurut tanpa membantah. Terasa lama menunggu di luar. Hati risau memikirkan apa yang doktor buat pada Aisy dekat dalam bilik rawatan itu.

Tak lama kemudian Aisy keluar dengan esakan tangis dan tangan yang berbalut.

  
Lepas Maghrib aku didatangi staff nurse, "Ibu, mari bawa anak pergi x-ray" kata beliau dengan senyuman terukir di bibir. Selepas x-ray, aku terasa letih sangat. Mata melilau mencari tempat strategik untuk tidur.

Jam menunjukkan hampir sebelas malam. Teringat pesan staff nurse tadi suruh ambil sample najis Aisy esok pagi dan masukkan dalam botol yang disediakan.


Aku nekad tidur satu katil dengan Aisy walau tertera larangan Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan duduk / tidur di atas katil. Katil hanya untuk pesakit. Dalam hati aku kata, "Ada aku kisah!"   

Pagi 13 Oktober iaitu hari kedua, aku perasan drip yang di masukkan sejak malam tadi macam tak jalan. Macam biasa bila di wad akan datang doktor untuk buat pemeriksaan setiap pagi. "Puan bawa anak ke belakang. Kita tukar drip" kata doktor tersebut. Seperti sebelum ini, aku disuruh tunggu di luar. 

Sekali lagi Aisy keluar dengan esakan tangis dan kali ini di kaki. Tapi aku agak tidak puas hati dengan cara balutan doktor tersebut. Aku takut terbuka memandang usia Aisy yang tengah ligat.


Atas inisiatif sendiri, aku balut kaki Aisy dengan kain. Takut terbuka.


Aisy dah mula menunjukan tanda takut tiap kali didatangi oleh mereka yang berbaju putih a.k.a doktor! Dia akan mula menangis bila disentuh oleh doktor atau staff nurse.

Dia hanya akan rasa tenteram bila dapat hisap jari.


Hanya pada hari ketiga 14 Oktober, barulah aku dijelaskan dengan terperinci tentang apa yang Aisy hidapi. Menurut doktor pakar, Aisy disyaki menghidap jangkitan paru-paru (pnuemonia) atau lung infection dalam bahasa englishnya. 

Dalam masa yang sama, dia juga disyaki menghidap tibi (mycrobacterium tuberculosis) disebabkan sejarah aku terhadap kuman tersebut.

"Anak puan agak kritikal berdasarkan x-ray ini. Paru-paru dia penuh dengan kahak. Kalau orang normal kita ambil x-ray, paru-paru dia hitam" kata doktor pakar tersebut sambil menunjukan x-ray Aisy kepada aku. "Maksud doktor yang putih tu semua kahak?" tanya aku. Beliau mengangguk.    

Ya, Allah! Mama tak tahu anak Mama teruk rupanya. Hanya sedikit warna hitam yang aku lihat pada x-ray tersebut. "Kenapa selama ini bila bawa pergi klinik doktor hanya kata dia batuk biasa?" tanya aku kepada diri sendiri. Aku mula menyalahkan diri sendiri.

"Kita akan bagi dia antibiotik. Dia perlu ambil selama 10 hari berturut-turut. 3 hari pertama kita akan bagi melalui drip lepas tu baru bagi dia syrup. Dalam masa yang sama kita juga perlu buat ujian tibi pada anak puan sebab puan ada history tibi kan?" tanya doktor pakar tersebut.

"Tapi saya dah complete treatment even sebelum mengandungkan dia" jawab aku dengan nada defensive.

"Walaupun puan dah complete treatment, berkemungkinan kuman tersebut masih ada lagi. Ini semua kita perlu lakukan untuk pastikan kita beri rawatan yang betul pada anak puan. Nothing to worry!" terang doktor pakar tersebut dengan panjang lebar.

Nak tau apa jadi seterusnya? Seperti biasa, kita sambung lagi kemudian. Tungggguuuu! Hehe 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...