Autisme Dalam Kehidupan Afif (^_^)
Satu ketika dahulu, aku pernah
dok suspek anak bujang bertuah aku
ni ada autisme.
Mungkin disebabkan terlalu
paranoid bila tengok perkembangan Afif agak berlainan kalau dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya dia.
Pada usia dua tahun dia masih belum mampu bertutur dengan jelas. Bila main pun dia akan menyusun barang mainan dia secara memanjang atau menegak.
Contohnya kalau dia main lori atau kereta, dia akan kumpulkan semua mainan tersebut. Lepas
tu dia akan susun semua mainan tu dalam bentuk barisan.
Pernah dia susun daripada pintu depan rumah sampai ke bahagian dapur.
Jiwa seorang insan bernama Mama
ni mula
dok tak keruan lebih-lebih lagi bila kebelakangan
ni ada banyak maklumat didedahkan mengenai autisme melalui pelbagai
medium.
Berdasarkan analisa sendiri melalui maklumat yang diperolehi, sah Afif ada autisme! Sepanjang malam
dok menangis membayangkan masa depan dia.
Aku tekad
nak bawa dia berjumpa pakar. Hasil dari carian di Google, aku dapat tahu mengenai Klinik Pediatrik Adek yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam.
Hampir lebih setengah jam Dr. Amdan
dok diagnose Afif.
Lepas tu dia cakap
something yang buat aku tarik nafas lega, "
Definitely bukan autisme. Dia
normal macam budak-budak sebaya dia"
"Doktor pasti ke?" tanya aku balik. Yelah, kita risau
kan. Lepas
tu Dr. Amdan terangkan segala macam mengenai austisme.
"Autisme
ni adalah satu bentuk kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi. Dia ada beberapa tanda, antaranya
tak fokus atau
tak memandang mata kita apabila kita panggil atau bercakap dengan dia. Tapi Afif bagi
respond yang baik bila kita panggil nama dia" kata Dr Amdan.
"Budak yang mempunyai masalah autisme
ni tak suka dipeluk. Cuba peluk Afif. Elok
aje kan? Tak perlu rsau,
definitely bukan austisme" tambah Dr Amdan. ""
"Dia mungkin agak lambat kalau
nak dibandingkan dengan budak-budak sebaya dia. Tapi
tak adil
nak bandingkan dia dengan kanak-kanak yang lain sebab setiap seorang individu itu berlainan dari setiap segi" terang Dr. Amdan.
Lepas
tu Dr Hamdan cadangkan aku cuba bagi DHA pada Afif. Sekarang aku boleh dah tersenyum bangga dengan perkembangan Afif (^_^)
Apalah Mama seorang
ni kan, mudah sangat buat
self justification!
Moral of the story, mintalah nasihat daripada mereka yang lebih pakar! Huhu
|
Mainan favorite Afif! |
|
Jadi dah rumah! |
|
Tengah dok sibuk buat sampan ni, "Mama janganlah kcau!" |
|
Jadi dah kan, "Tada!!" |
|
Afif punya sampan |
|
Menatang ni lah yang Afif dok minum hari-hari. Sodap katanya! |
|
Sempat lagi dok promote. Huhu! |
4 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿