Juadah Bersempena Aidil Adha

7:26:00 am Yana Yani 36 Comments

Besok dah 1 Muharram 1437H, tapi YY baru hari ni sempat nak update cerita mengenai juadah yang YY sediakan sendiri bersempena Aidil Adha baru-baru ini. Nak buat camne, selagi masalah laptop tu tak selesai, terpaksalah hadap keadaan ini dalam tempoh yang YY sendiri tak pasti.

Anyway, selama lapan tahun usia perkahwinan YY dan MyChintaHati, baru inilah pertama kali YY memasak sendiri hidangan untuk juadah Hari Raya tanpa pertolongan sesiapa. Nak kata sedih tu tak, YY sebenarnya amat teruja. Hari sebelum Aidil Adha tu, YY sikit punya excited menyenaraikan menu untuk dihidangkan di Hari Raya Aidil Adha.

Tapi MyChintaHati tak approved atas pelbagai alasan yang bila dipertimbangkan ada kebenarannya. Lagipun YY bekerja hari sebelum Aidil Adha, memang pastinya kelam kabut kalau YY bertegas nak menyediakan juga juadah yang YY senaraikan sebelumnya. Tapi minda kotor YY ni kata, mungkin MyChintaHati nak bagi hint yang YY masak tak berapa nak sedap. Hehe!

"Habis tu nak masak apa kita ni? Kesianlah adik-adik sayang tu nanti" tanya YY pada MyChintaHati.

"Masak yang simple sudahlah. Nak seksa diri tu pasal apa?" tegas MyChintaHati.

YY akhirnya akur dengan keputusan yang dibuat MyChintaHati. Tak lama lepas tu, YY terima message daripada salah seorang adik MyChintaHati yang berbunyi, "Kak Yana balik ke? Buatkan kitorang kek batik boleh tak?"

Banyak-banyak benda yang boleh dimasak, dia suruh kakak ipar dia yang kiut-miut ni buat kek batik aje! Ciss! Tak mencabar langsung! Bukan nak riak, tapi kek batik tu YY boleh buat guna sebelah mata aje tau! Suruhlah buat nasi ayam ke, rendang ke, barulah berpeluh Kak Yana korang ni kat dapur. Ni kek batik? Alah!

YY tunaikan jugalah hasrat diorang nak makan kek batik. Malam tu sampai aje rumah parent in law, YY terus buatkan. Besok paginya YY cadang nak potong kek batiknya bagi senang makan, dah hilang separuh kek batik tu. Nampak sangat memang teringin bebudak ni (^_^)

Juadah Bersempena Aidil Adha
Ini ajelah yang tinggal untuk dipertontonkan

Pagi tu juga kami menerima banyak juadah seperti rendang, ketupat dan kuah kacang daripada adik-adik Abah yang tinggal di kawasan berhampiran. Syukur Alhamdulillah. Rezeki kami. Terharu juga bila Bibik dan Paman sanggup bersusah payah hanya kerana mengingati kami yang tiada orang tua ketika itu.

Dengan juadah yang sudah banyak terhidang, so YY hanya bercadang nak masak pada sebelah petang. Pagi tu sempat melihat acara menyembelih lembu di masjid yang terletak tak jauh dari rumah parent in law YY. Cerita pasal ni nanti YY cerita di lain entry. Tayang gambar Afif dan Aisyah di pagi Hari Raya Aidil Adha buat yang merindui (^_^)

Juadah Bersempena Aidil Adha
Bukan main ceria sebelum nampak lembu. Lepas tu, asyik ajak balik aje
Juadah Bersempena Aidil Adha
Yang ni pula terlalu berani dengan lembu. Mama dia yang seram

Petang tu YY masak dua menu aje. Jadilah ye dak. Walaupun simple, berpeluh juga ketiak sebab tak pernah masak dalam kuantiti yang besar. YY main hentam aje campak apa yang patut. Janji boleh dimakan. Sedap tak sedap tu belakang cerita. Yang penting, harus confident! Hehe!

Juadah Bersempena Aidil Adha
First time masak Ayam Rendang Pindang ni
Juadah Bersempena Aidil Adha
Seperiuk buat masak lodeh. Hehe

YY tak dengar sebarang feedback tentang rasa masakan YY. Tapi mungkin paling tepat YY sendiri tak sanggup nak dengar sebarang feedback. Hehe! Nampak jugalah masakan yang YY masak tu dimakan. Mungkin adik-adik ipar YY pun tak berani nak cakap lebih pada Kakak ipar diorang yang kiut-miut ni. Kang kalau dikata, mau tujuh keturunan dia tak mau ke dapur. Hehe!

Anyway yang seronoknya bila bercerita tentang Hari Raya Aidil Adha ni atau lebih dikenali sebagai Raya Korban dalam masyarakat kita adalah pemberian daging korban. Time ni lah boleh kata tiap-tiap hari makan daging korban. Menu yang paling awesome sudah pastinya Sup Tulang!

Juadah Bersempena Aidil Adha
Dapat besar camni, memang lupa orang keliling

Even anak-anak YY cukup suka makan sup tulang. Tu gambar dekat atas, berebut diorang nak makan. Padahal terlalu panas sebab baru masak. Memang sedap sebab bukan YY yang masak. Hehe! Kalau YY masak, entah rupa apa jadinya tulang tu.

So begitulah cerita mengenai juadah bersempena Hari Raya Aidil Adha pada kali ini. Satu pengalaman baru bagi YY sendiri. Sekaligus mengajar YY banyak perkara terutama tentang skop pengorbanan yang bukan hanya pada wang ringgit malahan ianya melebihi daripada apa yang kita mampu fikirkan.

Itu ajelah bebelan YY pada hari ini. Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)

P/S - Selamat menyambut Awal Muharram

36 comments:

  1. Replies
    1. tak tahulah nak kata sedap ke idak
      ni orang yang tak rasa pun kata sedap, sedap sungguhlah kot...hehe

      Delete
  2. kalau sayalah kena masak sorang-sorang macam tu, confirm seram sejuk..tak pandailah, dah biasa kalau juadah raya ni memang Mak yang kena lead.kalau tak,rasa kureng je..apa-apa pun,tahniah lah ye kak YY. kalau habis, sedap lah tu gamkanya..hehe.parent in law dah balik kan? kirim salam pada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rasa excited mungkin sebab fikir masak tuk adik-adik
      kalau masak tuk orang lain tu mungkinlah...hehe
      tulah, memang biasa ada aje orang lead. kita tukang potong apa yang patut
      tapi haritu, semua buat sendiri. tapi puas hati jugalah

      tak habislah sayang wei, ambik masa dua hari juga
      tu pun masuk tong sampah sebab basi...hehe

      alhamdulillah balik dah. insya allah, nanti akak sampaikan ye

      Delete
  3. Tak payah dengar komen mereka yg makan YY
    Kalau licin dimakan mereka sah sedaplah apa yg YY masak.
    Lepas korban biasalah rata-rata semua rumah ada sup tulang:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bukan habis sebab licin dimakan kak zakie
      licin sebab basi...hehe
      saya pun masak banyak sangat sedangkan ada banyak menu lain
      memang tak berapa pandai nak bajet. tak apalah
      satu pelajaran yang berguna =)

      Delete
  4. alhamdulillah berjaya juga memasak ye...kalau akak pulak memang akak suka masak sorang2 tanpa gangguan, jadi kita boleh buat apa yang kita suka, kalau ada ramai didapur mulalah serba tak kena, nak pegang pisau pun rasa kekok, sebab tu kalau balik rumah mentua, jika disuruh memasak baru akak masak, jika tidak akak tolong tengok aje...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kak. kalau reramai tu jad pening kan
      benda tau pun tetiba jadi tak tu...hehe
      saya kerap juga ke dapur tu, tapi lebih kurang sama macam
      akak juga kesnya...tak disuruh, memang tak tolong
      entah apa punya menantu entah..hehe

      Delete
  5. Terbayang kalau kena ujian masak sengsorang ni... Tak tahulah boleh handle ke tidak.... Tapi Kak Yana punya cintahati sama macam auni punya suami, tak kasi kita susah2kan diri... haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat juga yunk wei...tapi seronok
      dia memang camtu auni, seban dia tahu akak punya level kesihatan
      akak ni kalau penat, tak boleh tidur malam
      mudah sakit di bahagian pinggang, dia tahu, tu yang dia tak bagi...hehe

      Delete
  6. Waktu Aidil Adha tu, saya baru mula alahan. Tak dpt feeling pun makan juadah raya. Huhu... Bau sup tulang pun buat perut rasa loya sgt.

    Selamat le adik2 ipar mintak buat kek batik je. Kalo suruh buat kek chocolate indulgence ke, baru la panik kakak ipar dia. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesiannya lyd...
      teringat pula masa mengandung anak no 2 dulu
      mabuk teruk betul, berapa kali masuk wad sebab kurang air dalam badan

      hehe...ye tak ye juga kan
      tapi kalau diorang suh buat kek gitu, ada alasan lyd
      oven kat rumah mak tak elok! hehe

      Delete
  7. Kita anggap ajelah sedap walaupun adik beradik MyChintaHati tak berani nak komen. Tujuh keturunan weyh dia tak mahu masuk dapur kalau kata tak sedap, siapa yang berani :)

    Saya pun suka sup tulang ni tapi takdalah dapat merasa sejak dari Raya Korban tu. Daging kalau kat rumah kami ni kalau tak jadi sup, jadi kari atau pun goreng dengan kentang. Lain-lain memang takda siapa pun pandang!

    Pssttt...malam ni lepas Maghrib cubalah tengok TV AlHijrah...mana tau nampak menantu dalam TV ^_^ Kalau tak malam ni, lepas malam ni selama setahun yerk ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah. sape berani kutuk kan
      laki sendiri pun terpaksa cakap sedap
      kalau mogok, menangis semua kelaparan...wahaha

      saya ni kalau tak kerana bibik dan juga mak saya sendiri
      memang tak akan merasalah
      sebab saya belum sepenuhnya mahir buat
      lagi satu, rumah saya ni terbalik dari MD
      sup tulang laku, selain dari tu memang tak laku

      ada nampak dah, part of commercial break kan
      sekali pandang terus boleh detect adik cute dengan bubbly abang

      Delete
  8. Nampak sedap kek batik tu yana.. Meriah raya kalau saudara datang.. Aiza pagi hari raya dah bersiap pergi kerja.. Tak cuti pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda mudah aiza, memang nampak sedap aje
      kalau kat selangor tak macam kampung mak saya
      pelik orang kalau kita datang ke rumah...hehe

      alahai, kesiannya aiza. tapi tak apalah
      tu part of pengorbanan juga

      Delete
  9. Pandai ye YY masak,,.banyak pulak tu..sebab YY masak sedap la yang adik2 tak berani nak komplain tu..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai gitu-gitu aje diana
      rasa diana lagi hebat dari saya ni...hehe
      wahaha...masuk akal juga tu diana

      Delete
  10. amboiiii cutenya si berbaju pink dan hijau tu:)
    sedapnya tgk lauk pauk YY.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah pagi raya kak
      memasing melaram lebih...hehe

      bolehlah kak, nak kata sedap tu...segan juga. hehe

      Delete
  11. biasanya org ni lbh suka ada mknn dr tak ada . sedap ke idak , janji blh mkn ... heheheee ... mcm sedap je ayam rendang pindang tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul juga kan vee
      daripada tak ada...hadap ajelah sedap ke tak...hehe

      senang aje nak buat pun vee rendang tu
      sama aje bahan macam ayam masak kicap
      bezanya tambah kerisik aje...pastu saya letak daun limau
      bagi wangi sikit

      Delete
  12. comey sungguh sikecik berbaju pink tu..

    ReplyDelete
  13. Perempuan ni, kalau masak apa pun dan main campak2 ajer pun sedap! Kalau xpercaya... tanya suami... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke BM? pandai aje BM ni tau
      tapi saya masak memang tak sedap pada tekak saya
      kalau tanya suami saya, dia kata sedap aje...hehe

      Delete
  14. huihhhhh...rajinnyeeee YY masak...sy masak kari daging jer....tu jer yg mmpu...hehehehe....

    opss...lupa nk tegur...waaaa...blog berwajah baru....cantik....heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa diana wei! kalau bukan sebab terpaksa,
      memang tak sentuh...hehe...

      cantik ye? hehe...nak beralih angin pula

      Delete
  15. Kalau lah saya disuruh masak,tak tahulah apa jadi...tak apa tak pandai memasak seklipon,at least mencuba tuh penting!!!!Praktis lelama nnt jd perfect laaaaa...saya rasa macam sedap j ayam rendang tuh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang tu air tangan yang jadi faktor
      sedap ke idak sesuatu masakan tu. cam akak ni
      air tangan memang tak berapa sedap...tak kiralah
      praktis berapa lama pun...orang nak makan pun segan...hehe

      Delete
  16. sup tulang antara feveret kathy jugak. memang makan sampai berpeluh-peluh. hehehehehe. mesti nak maikan time panas juga. baru best. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu, akak pernah cerita sebelum ni
      panas sangat susah nak makan kak wei! terbako tangan (^_^)

      Delete
  17. Sedapnya lahai rendang ayam. meleleh liur tgk. Uishhhhh, sup tulang tuu. pergh pergh. I cannot. Ler ler ni rasa nak pergi cari. Hujan2 ni sedap pekena sup tulang..... Panaihh2 thorbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang main bantai buat
      bukan penah buat sebelum ni pun. gasaklah kan =)
      sup tulang memang menu terangkat!
      sape yang tak paham kenikmatan dia, memang rugi

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...