Blog Review | SuperMOM With SuperKIDS

11:20:00 am Yana Yani 28 Comments

YY sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai urusan yang rasa macam tak akan pernah selesai. Anyway, despite dengan segala kesibukkan ini, YY akan cuba sedaya upaya untuk lunaskan janji untuk review kesemua sepuluh blog yang aktif meninggalkan komen di blog YY sepanjang September lepas.

Blog kelima yang YY review ini adalah milik +Fiza Rahman, ibu kepada dua orang putera yang sangat handsome dan seorang puteri yang cukup manis bila tersenyum. Blogger yang ni juga kategori senior sebab dia dah konsisten menulis di blog sejak 2009. YY nak review blog dia ni pun terasa seram. Hehe!

Blog Review | SuperMOM With SuperKIDS
Klik banner untuk ke blog SuperMOM With SuperKIDS

Blog SuperMOM With SuperKIDS ni kalau sekali pandang kita tak akan perasan ianya milik seorang ibu terutamanya header hanya menunjukkan wajah manis si empunya blog. Mujur nama blog sudah cukup menggambarkan position terkini Fiza. Hehe!

YY juga cukup yakin Fiza adalah seorang penggemar warna biru kerana ia adalah warna yang menghiasi hampir di setiap genap ruangan blog Fiza. Kebiasaannya individu yang meminati warna biru ini adalah seorang yang tenang dan penyabar. Tapi sejauh mana kebenarannya hanya empunya diri boleh bagi jawapan (^_^)

Blog Fiza banyak berkongsi tips parenting terutama breastfeeding berdasarkan pengalaman peribadi beliau sendiri. Fiza adalah antara ibu yang memang actively breastfeed ketiga-tiga anak dia. Anak dia yang paling kecil berusia tiga tahun juga khabarnya baru sahaja berhenti menyusu. Ini menggambarkan kesungguhan Fiza memberikan breastfeed pada anak-anak dia.

Blog Review | SuperMOM With SuperKIDS

Fiza juga antara blogger wanita yang YY kenali sangat aktif menglibatkan diri dalam event. Sebab tu tak hairan kalau blog dia selain dari berkongsi tips parenting, ada banyak juga review mengenai pelbagai produk dan servis. Pendek kata bab review ni YY yakin Fiza mampu lakukan hanya dengan petik jari. Hebat Fiza ni (^_^)

Overall blog Fiza sangat mudah diakses sama ada menggunakan mobile ataupun laptop. Blog Fiza tidak berat tapi masih boleh "dikuruskan" mengikut spesifikasi yang disarankan di laman sesawang ini.

So pada sesiapa yang belum mengenali Fiza, YY sangat galakkan korang mengenali blogger senior ni sebab dia tidak lokek berkongsi pengalaman dia sepanjang aktif bergelar blogger. YY juga pernah tanya beberapa perkara terutama apa yang perlu dibuat apabila menerima jemputan event (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja blog review YY untuk kali ini. YY minta ampun dan maaf khususnya buat Fiza sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Fiza.

Anyway, ada lima lagi blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga penghujung bulan Oktober untuk lunaskan janji YY. So blog siapa seterusnya? Tungguuu...

P/S - Aktiviti blog walking masih belum mampu dilakukan buat masa ini. Sorry sesangat.

28 comments:

  1. Replies
    1. rezeki diorang. first time juga buat ni =)

      Delete
  2. Thank you so much yana. Terharu iolls. Kita blogger biasa² jer ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. you deserve it fiza! =)
      mana boleh biasa-biasa aje. fiza memang luar biasa =)

      Delete
  3. Lama dah follow kak fiza ni.. tapi lama dah tak bertandang... yup.... dari dulu sampai sekarang biru saja warnanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ko sorang aje auni...akak pun lama juga tak ke sana
      tak sempatlah...sibuk manjang
      yeke memang dari dulu biru? so betullah gamaknya
      dia minat biru =)

      Delete
  4. a'aaaaaaaaa laaaaaaaaa....tgok rupa macam anak dara..tak expect pon mak anak tiga...fuiyooooooooooo~~`awet muda anti aging sgt nih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? nampak cantik aje orangnya
      dah ada anak bujang ok! hehe
      tapi kata orang kalau breastfeed memang lambat tua =)

      Delete
  5. Walaupun bz..tapi YY tetap rajin luangkan masa untuk review blog.
    Terbaikkkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berjanji cikgu wa
      janji harus ditepati =)

      Delete
  6. selalu jugak menyinggah di blog fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kalau berkelapangan, ke sana juga =)

      Delete
  7. Tahniah Fiza.. salam perkenalan dr mama jue yer Yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan mama jue
      terima kasih singgah sini ye
      nanti ada masa saya balas kunjungan

      Delete
  8. Oh, kenal sangat dengan Fiza ni tapi itulah, bukan awak sahaja, saya pun dah lama tak sempat nak menyinggah ke blog Fiza. Fiza ni pun rajin juga kalau datang bertandang, dia bawa 'buah tangan' - bom komen ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalkan...memang dia rajin bawa skuad pengebom
      kita aje yang belum sempat hantar skuad
      memasing sibuk tak ingat! hehe

      Delete
  9. terbaiklah review yana.. blog kak fiza memang selalu dok terjah jugak..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? hehe...
      selalu juga saya pun, cuma tak lately tak sempat =)

      Delete
  10. turn sis fiza pula kena yer?

    ReplyDelete
  11. akak dah follow fiza ni lama dah, memang best baca entri di blog fiza

    ReplyDelete
  12. Bukan senang nak review kan sis.. tapi baguslah review sis boleh buat readers lain kenal sedikit sebanyak tentang blog tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah yunk wei! susah sangat rasanya
      macam dah serik pun ye juga...wahaha
      apapun ianya hanya pandangan peribadi semata

      Delete
  13. ohhhhhhh..nice info..!breastfeeding menyebbkn seseorg itu nampak lebih muda..wow!

    ReplyDelete
  14. haah lah best nyer kena revew blog...bertuah tuan yang punya blog....
    Bunda pun kenal blogger Fiza Rahman ni...suke baca kisah anak2 beliau yang tiga orang yang cute2 dan aktif tu...

    Semoga blog Super Mom With Super Kids terus maju jaya... begitu juga dengan blog Diari Seorang Mama ni... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lakukan ni hanya untuk mengisi kekosongan slot
      entry sebab laptop rosak bunda =)
      apapun terima kasih bunda
      terima kasih kerana selalu menyokong blogger seperti saya

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...