Blog Review | My Little Amazing World
Salam Awal Muharram buat semua pembaca Diari Seorang Mama (DSM). Hari ini YY nak review blog seterusnya yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di DSM. Mungkin sebahagian daripada pembaca DSM mengenali empunya blog yang sorang ni.Lagipun dia agak terkenal dengan kesungguhan dia meninggalkan komen yang panjang berjela dan juga antara salah seorang blogger yang mempunyai pasukan bom komen tersendiri. Boleh bersepai juga tangan nak approve semua komen dia yang panjang berjela tu. Hehe!
Ini sebenarnya petunjuk baik dan menggambarkan betapa bersungguh dia membaca setiap patah perkataan yang kita tulis. Bukan senang nak dapat reader macam ni (^_^)
Klik banner untuk ke blog My Little Amazing World |
Orang yang YY maksudkan, siapa lagi kalau bukan Akak Mummydearie (MD) kita ni. Seorang ibu yang berkerjaya dan mempunyai dua orang hero yang sangat cute I tell you dan juga suami import (Masa tulis ni tutup mulut sambil gelak jahat. Hehe!)
Blog My Little Amazing World ni sebenarnya hampir sama dengan blog personal yang lain yang banyak bercerita mengenai keletah dua hero MD yang salah seorangnya YY dah cop jadi menantu. Hehe! Boleh dak gitu? Cuma perbezaannya adalah bagaimana penulisan MD mampu membuat seolah kita turut sama dalam cerita yang dia ceritakan.
Keunikkan blog ini adalah terletak pada MD yang mampu menggarap cerita sehingga kita ketawa tak peduli orang kelilling. Entry dia kadang kosong tanpa sekeping gambar tapi mampu buat kita baca sehingga ke noktah terakhir. Lagipun dia antara blogger yang menulis tanpa kaitan dengan tajuk.
Kadang kita tak mampu relate tajuk dengan isi di dalam entry beliau tapi percayalah itu yang menarik mengenai blog ini. Malahan ini antara teknik terbaik untuk detect siapa yang baca cerita kita dari mula sampai habis dengan berpandukan komen yang ditinggalkan. Hehe!
Watak penting dalam blog My Little Amazing World |
Blog MD sangat ringkas dan agak senang diakses. Ia juga agak ringan mungkin kerana MD hanya menggunakan template Blogspot yang sedia ada. Widget juga tak banyak tapi MD mungkin perlu mempertimbangkan untuk meletakkan widget yang perlu ada pada sesebuah blog contohnya macam enjin carian dan juga ruangan hubungi penulis bagi memudahkan dia dihubungi.
Siapa yang belum pernah mengenali MD ni, silalah berbuat demikian sebab dia memang seseorang yang seronok untuk diajak berbicara. Kadang terasa sudah mengenali dia berkurun lamanya disebabkan keramahan dia walau tak pernah melihat rupa beliau. How's she looks like is still an unsolved mystery.
Tapi kalau tengok kecomelan kedua hero dia ni, dah boleh bayangkan sedikit sebanyak bagaimana raut wajah MD. Dengar cerita dua hero beliau ni dah jadi retis. Tak caya cuba tengok TV AL-Hijrah (^_^)
YY rasa sampai di sini sahaja review YY untuk kali ini. YY minta ampun dan maaf khususnya buat MD sekiranya ada mana-mana bahagian dalam entry ini menyinggung perasaan MD. Kita kan bakal besan. Hehe!
Masih ada enam lagi blog yang masih belum YY review. Siapa seterusnya? Tungguuu...
Gambar tuan empunya diri tak da eh? Gambar kadang tak perlu pun, tapi penulisan tu yg penting.. Sis ni memang ada bakat yg baik dlm menulis.. :)
ReplyDeletetak ada syida. rasanya memang tak ada siapa pun penah tengok
Deletedia dah buat perjanjian dengan suami import dia
yang dia tak akan reveal muka diorang suami isteri dalam blog
sape? saya ke? hehe...tetiba rasa macam ringan aje badan
cam terapung di awangan plak...hehe
antara blogger yang intro lebih panjang dari isi penting...hihihihi
ReplyDeletehehe...tu memang tepat sekali
Deletesempat kita minum kopi habis secawan..hehe
Cuba beritahu kat mana lagi boleh habis secawan kopi selain di blog kita? Ini nasib baik kopi tak disediakan sekali setiap kali datang membaca, kalau tidak memang tak balik-balik rumah sendirilah jawabnya ^_^
Deleteeh ada blog lain..tapi tak ingat kat mana...hehe
Deletebagus juga idea sediakan kopi tu MD
kalau boleh neslo ais ye..favorite tu..hehe
suami import? hahahaha..tumpang gelak seround
ReplyDeletememang betullah kan? hehe
Deleteuishh...jangan gelak lelebih, dia nampak nanti
Mood tengah baik ni, maklumlah mak saudara pengantin (nak muntah-muntahlah, peduli apa pun.... ~_^) makanya takdalah kisah apa pun kalau orang gelak jahat macam sipolan dan sipolan tu .... ^_^
Deletewahaha..ada orang berasap juga rupanya
Deletenak kipas tak? nak tak? hehe
dah agak dah..mesti keluar kat TV al-Hijrah.jadi mak retis pas ni takdelah nak datang singgah blog kita selalu
ReplyDeleteada nampak aritu si bubbly abang dengan adik cute
Deletetulah kan..dah jadi mak retis, memang tak pandanglah kita
nama pun mak retis...silap haribulan minta karpet merah
kalau nak suruh dia datang blog kita...hehe
rasa dia dengar tak kita ngumpat dia ni sal =)
Eh, Sal... berapa kali tekan button mengomel ni? Penat akak tolong jawabkan untuk tuan empunya blog tau!
DeleteAmboi, kita bagi betis, 2 pc suits kita pun dia nak jugak! Kalau ya pun nak mengumpat, tengok-tengoklah kiri-kanan!
Budak-budak bawah umur tak baik tau mengumpat *_*
oops...MD dah marahlah
Deletelarrriiiiii.....
Haha.. dah sampai giliran blog Kak Ton ya.. kemain tepat lagi ulasan YY ni.. bagai dikata, memang saya pun dengan gaya penulisan Kak Ton yang unik tu..tak pasal2 ramai beratur nak jadi besan dia tu..
ReplyDeletetepat kan? memang gitulah blog kak ton yang dicintai ramai tu
Deletedia punya penulisan yang merapu tulah yang buat kita singgah
walhal tak ada gambar pun...entah2 dia ada letak ubat guna2 tak? hehe
Eh, kita mana pakai ubat guna2! Kita guna ubat gegat jerk!
Deleteubat gegat tu rupanya yang buat ramai nak p sana
Deleteshare sikit jenama apa
nak guna jugalah kat blog ni...hehe
akak dah follow lama blog MD ni, tapinya jarang-jarang berkunjung, macam biasalah masa membataskan akak untuk berkunjung ke mana-mana blog, melainkan yang biasa akak kunjungi hehehe..
ReplyDeleteso akak ni antara yang berjaya follow dia la ye
Deletesaya tak berjaya follow dia kak, retislah katakan...hehe
tak mengapalah kak...janji akka selalu datang sini
kira dah cukup marvelous lah tu =)
mmg syok bace celoteh md nie.... die bab bercerita mmg hebat.... takde pic pun entry die leh panjang berjela ...anak2 dah le hensem2...mix le kate kan ekekekeekek..
ReplyDeletenice review yana....
syok kan...terasa cam dekat aje walau kadang kosong
Deletetanpa sekeping gambar pun
dia punya ngomel tu yang buat kita stick aje tu
Wah... Hebat juga YY review blog. Pendapat dan idea yg bernas dan tepat. Bertuah sesiapa dapat review oleh YY!
ReplyDeleteBM ni suka buat saya malu sendiri tau
Deletesengih tak ingat dunia dah ni...hehe
terasa di awangan! =)
waaa..lamanya x g blog MD..
ReplyDeletesaya pun rasa dah lama juga tak jengah ke sana
Deletesibuk sikit bulan ni
waaa.....header baru ehhh....nmpk sgt dh lama xbuat onar kt sini.....
ReplyDeletesonok baca review YY nih...nnti nk terjah gak blog MD nih...nk berkenalan...tp titew malu...tutup muka....hehehe
hehe...kita pun dah lama tak ke blog kamu diana
Deletenak buat camne...belum ada peluang nak ke sana
terkejar-kejar dengan urusan lain
nanti kita sampai ye
eleh...tak usah malu. MD ni memang supporting sangat tau
peramah sangat i tell you! =)
Selalu singgah blog MD :D
ReplyDeleteada juga nampak nani ke sana =)
DeleteBesannnnnnnn!!!!
ReplyDeleteKita datang ni!
Sengajalah datang mengomen lambat sikit, nak bagi dia peluang gelak jahat, takut tahun depan tak cukup pulak dosa nak minta maaf di pagi raya ^_^ Takpa, takpa...gelak ler....
*Mood serius*
Oh, I lap you so much! You nak I lap guna tuala mandi ke tuala muka ke atau bath mat? Which one, which one? You tell me...
Saya dok cakap kat HD adalah besan sorang ni kata HD tu suami import. Gelak jahat HD tau ^_^ Lepas tu mulalah HD kena sawan perasannya yang dah lama tak mai tu. Nak buat macamana, sebagai isteri mithali kita redha ajelah dah suami import suka sangat sawan perasankan!
Bab-bab teknikal tukan YY saya ni memanglah tak pandai. Kalau saya terlebih pandai, dah lama dah saya tukar ke dotcom blog saya tu tau. Lagi hebat saya begakan :)
Apa-apa pun terima kasihlah buat review untuk pengomen ngetop kat blog ni yerk. Lain kali tu buatlah lagi ^_^
alahai...dia mai dah! tak dan nak bentang karpet merah MD wei
Deleteawat tak kabor nak datang...ish...ish...buat sesusah aje
datang tangan kosong aje ke...lain kali tapau lah neslo sebungkus
itu pun nak kena bagitau =)
HD kena sawan perasan ke? cam boleh terbayang pula sawan perasan dia tu
dah tu MD tak kena jangkitan ke.
sawan jenis tu biasanya mudah berjangkit...hehe
sat..dot com tu teknikal juga ke? tu bukan cam beli rumah sendiri ke =)
saya buat masa sekarang hanya mampu menyewa
tapi MD elok rasanya gilap apa yang patut
MD ada peminat tersendiri...rata-rata kat sini semua kenal MD =)
apapun keep it up ye
Dia punya kona ayat sebelum sampai isi penting tu memang jauh. Mcm nak gi KLCC lalu ikut penang.
ReplyDeletewahaha...benar sekali apa yang dikatakan wahai lyd
Deleteyang peliknya kita pun terikut sekali dia punya kona tu! hehe
hahahhahahha...saya kenal blogger nih........kalau dtg komen entry saya,siap letak point2 lagi........satu satu dia komen ...........She is very sporting and baca blog dia pon dah tau dia kaki melawak....hahahhahhahahha.......waiting siapakah yg akan direview nnti!
ReplyDeletekenal juga ye. tak perasan pula AM pernah ke sana
Deletetapi memang rasanya perwatakan MD begitu
kadang wonder juga macamana dia dalam dunia realiti
Siapa yang tak kenal MD tu kan...yang suka berceloteh panjang lebar tu dia lah si Mummydearie...
ReplyDeleteYang punya 2 orang cute boys... n hensom HD...hensem.. bunda dah boleh agak walaupun MD tak pernah tonjolkan HD dia... hehe
tulah kan bunda...dia punya celoteh memang berjela
Deletekalah mak nenek kat kampung...hehe
alah bunda ni...kang dia ngintai komen bunda ni
mesti kena sawan perasan tahap kronik
payah dah cari ubat nanti...
boleh backspace tak komen tu bunda? hehe
semoga menjadi blogger hebattz ;p
ReplyDeleteMD ni memang antara blogger hebat yang saya kenali
DeleteAuni masih belum sempat mengenali blogger MD... selalu nampak dia komen kat blog akak.... gaya penulisan dia pun ala kakyong gittew.... muahahhaa.... kk harini baru nak terjah... tertinggal bas jauh sangat dah ni...
ReplyDeletehak ni bukan kak yong...kak ton ok!
Deletememang jenis taklative kak ton kita ni
cubalah auni singgah blog dia kalau nak tahu kebenarannya =)
ok jap nak pi terjah...=D
ReplyDeleteterjah farah, jangan tak terjah
Deleteselalu baca komen MD ni,memang panjang berjela. Best !!
ReplyDeletehehe...dia terlalu banyak untuk dibicarakan =)
Delete