Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Korang pernah tak hadiri perlaksanaan ibadah korban? Kalau korang pernah hadiri, pasti korang dapat melihat kemeriahan di sebalik perlaksanaan ibadah korban tersebut. Secara peribadi perlaksanaan ibadah korban banyak memupuk amalam murni dan salah satunya adalah amalan bergotong-royong sepanjang perlaksanaan ibadah korban berlangsung.Bagi yang tidak tahu, ibadah korban merupakan acara sinomin ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat akan perintah oleh ALLAH S.W.T. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sejak berkahwin, menghadiri perlaksanaan ibadah korban merupakan rutin biasa bagi YY tiap kali sambutan Hari Raya Aidil Adha. Salah satu faktor yang menyebabkan YY dan family kecil tak pernah terlepas menghadiri perlaksanaan ibadah korban adalah disebabkan kedudukan masjid yang terletak tidak jauh dari rumah parent in law YY. YY pernah ceritakan di sini.
Sebahagian daripada orang kampung yang hadir yang sempat di snap |
Kebiasaanya selepas solat sunat Hari Raya, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan masjid akan berkumpul untuk mengikuti perlaksaanan ibadah korban. Pelbagai peringkat usia tanpa mengira jantina hadir menambahkan lagi kemeriahan perlaksanaan ibadah korban tersebut.
Anak-anak YY juga sangat teruja untuk melihat secara lebih dekat perlaksanaan ibadah korban. Aisyah hanya pada permulaan aje dia berani. Once dia masuk aje kawasan masjid dan nampak lembu yang masih hidup, dia sibuk ajak balik. Mulut asyik dok ulang, "Adik tatut"
Disebabkan takut, Aisyah asyik menyorok disebalik Papa dia |
Afif pula mungkin disebabkan nature sebagai seorang lelaki menyebabkan dia kurang rasa takut. Kadang tu berani tak bertempat buat YY pula yang jadi gerun. Kadang budak ni dia punya keterujaan melihat benda yang jarang dilihat memang boleh buat kita kena heart attact. Hehe!
Hanya memerhati dari jauh. Nak dekat kena marah (^_^) |
MyChintaHati pula adalah antara orang yang diberi tanggungjawab untuk menumbangkan lembu-lembu yang terlibat sebelum perlaksanaan ibadah korban. Kerja yang nampak mudah. Tapi kalau tengok gambar, macam dia pula yang nak kena tumbang dengan lembu. Hehe!
Relax brother, brother relax |
Mana mau lari Encik Lembu wei? |
Akhirnya, berjaya ditumbangkan |
YY tewas apabila tiba di bahagian penyembihan. Mata ni tak mampu melihat warna merah darah yang pekat mengalir. Selalunya bila tiba part ni memang mata YY akan alihkan ke tempat lain. Tak cukup kuat nak melihat.
Anyway YY kagum dengan kepantasan kakitangan masjid melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Belum sempat YY kelipkan mata, lembu tersebut sudah pun selesai disembelih.
Perlaksanaan ibadah korban |
Aisyah pula lebih kurang macam Mama dia. Walau acapkali menyebut takut, tapi mata dia langsung tak dialihkan dari melihat lembu-lembu tersebut disembelih. Kadang aksi dia yang mungkin terasa ngeri melihat lembu disembelih buat YY nak tergelak.
Arghh, ngerinya! |
YY tanya juga pada Aisyah sama ada dia faham tujuan lembu tersebut disembelih. Dia jawab, "Kita nak atan lembu tu. Nanti Mama buat cup (sup) ye?"
Beratus kali dia ajak balik sebab tatut |
YY dan Aisyah tak tunggu sehingga selesai. Tak larat rasanya jiwa nak melihat. Hehe! Lagipun YY perlu sediakan lauk untuk hidangan kami pada petang tu. Punya semangat nak masak! Hehe!
Kami pulang ke rumah parent in law YY masa orang lain sedang bergotong-royong melapah daging korban. Afif dan MyChintaHati pula masih lagi setia menunggu. Lagipun diorang antara pasukan gotong-royong khas pada hari tersebut. Hehe!
Antara yang hadir bergotong-royong melapah daging lembu |
Yang pasti memang terasa kemeriahan di sebalik perlaksanaa ibadah korban. Semangat berkerjasama dari setiap peringkat umur yang hadir menyemarakkan kemeriahan pada hari tersebut. Seriously terasa seronok sangat! Even orang yang kita tak kenal pun bila berborak mengenai lembu terasa macam dah berkurun lamanya kenal. Hehe!
Rasanya panjang juga YY membebel pada hari ini. Lain kali kita cerita lagi ye. Ni pun baru sempat bercerita mengenai Hari Raya Haji walhal dah masuk tahun baru. Nak buat camne lagi kan? Terpaksa hadap ajelah (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
kesian si kecik,nampak sangat dia takut..akak pun takut jugak tengok sembelih2 ni..
ReplyDeletesamalah kita kak...terasa ngeri kan
Deletekesian si kecik
ReplyDeletehehe...takut pun nak tengok juga tu
Deletebagus jugak galakkan Afif join..biar dia bergaul dengn orang dan latih sifat berani..saya pun kalau tengok, time sembelih tu pandang kat lain..hihi
ReplyDeletememang kami galakkan afif sertai bebenda camni
Deletedia bakal jadi pemimpin...kena tahu sedikit sebanyak
orang perempuan tak perlu tahu pun tak apa =)
amboii beraninya budak tecik dua orang tue tengok orang dok sembelih.. hehehe..
ReplyDeleteafif yang terlebih berani
Deleteaisyah dia takut-takut, tapi nak tengok juga =)
alolo..cian dak aisyah...
ReplyDeletehehe...ganas, tapi penakut =)
DeleteSuka makan daging korban..dagingnya manis..tak macam daging biasa
ReplyDeleteyeke kak yan?
Deletesaya makan daging time raya korban je
so tak dapat nak beza =)
acik pun takutlah aisyah kalau tengok lembu kena sembelih macam tu hehehe
ReplyDeleteboleh kawanlah camni dengan dak aisyah
Deletetak sanggup nak tgk binatang kena sembelih.. rasanya kalau tgk memang tak makan dah daging tu.. bukan geli ke apa, tapi kesian..
ReplyDeletesamalah syida...sebab tu tak tengok
Deletememang lepas tu dok teringat ajelah kalau tengok
kalau tak tengok, laju aje makan daging lembu =)
Sis dengan keluarga memang rajin join aktiviti masyarakat.. baguslah..
ReplyDeletesengaja nak didik anak-anak kenal orang =)
Deletekak YY ada lagi tak simpan daging korban?ke ada lagi dlm peti bhg freeze........buat rendang pos ke sini please..ahahahhahaa
ReplyDeletesetahu akak daging korban tak boleh disimpan lama
Deleteso dah lama dah habisnya...hehe
rendang? akak pandai makan aje dik wei =)
Berani jugak bebudak dua orang tu tengok orang menyembelih yer....sama macam zarif...pastu balek umah sibuk bercerita...
ReplyDeleteNampak kemeriahannya acara penyembelihan ni yer..
afif yang nampak lebih berani
Deleteaisyah dia curi-curi tengok aje
dia penakut sama macam mama dia...hehe
Bagus dapat memeperlihatkan mereka depan mata cara melakukan ibadah ini. Pada masa yg sama perlu diterangkan kenapa ia dilakukan.
ReplyDeleteHebat dan berani juga Afif ye!
memang tiap tahun saya bawa BM
Deleteexplain juga ikut level umur mereka,
kadang pening juga nak jawab persoalan diorang =)
afif memang beranilah part gini BM
tak apalah...budak lelaki. senang nak bergantung harap =)
meriah sambutan raya korban di sana ya.. aisyah nampak takut melihatnya.. hehe..
ReplyDeletebukan aisyah aje takut, mama dia pun...hehe
DeleteSaya lagi best. Sebab saya takut, anak-anak pun tak dapat tengok. Saya tak sangguplah nak tengok lembu kena sembelih. Terasa lain macam pulak. Baguslah Afif dah terbiasa dengan acara korban lembu ni. Takdalah takut sangatkan. Aisyah tu biasalah, tatut memanjang. Kalau boyfriend ada sebelah dah pasti terpeluk ni :)
ReplyDeletehok aloh...pasal takut habis anak2 tak ikut
Deletesaya ni lain sikit...walau tak berani
gagahkan juga diri tu...bukan apa..
senang nak berharap kemudia hari
insya allah dia idaklah takut sangat...bolehlah takat tengok tu
aisyah memang penakut...tu kalau dapat dia berpaut
memang tak lepas...sebab tu suh dia berdiri aje
idak patah pinggang dia bergayut
Masa kecik2 dulu ada lah. Dah beso ni tak berpeluang lagi nak gi :-(
ReplyDeletesaya dah kawin baru dapat peluang camni...hehe
Deletesebab memang dekat sangat rumah PIL dengan masjid =)