Blog Diari Seorang Mama | Bertukar Wajah

12:01:00 pm Yana Yani 46 Comments

Blog Diari Seorang Mama | Bertukar Wajah
Menukar wajah blog Diari Seorang Mama ni dah macam acara tahun. Tiap tahun mesti YY ambil initiative dok tukar dia punya rupa bentuk.

Diulang sekali lagi, ACARA TAHUNAN! Kena tekankan sikit perkataan acara tahunan tu sebab takut ada orang dok kata kita tiru dia. Hehe!

Kali terakhir penukaran hanya melibatkan header dan footer seperti yang pernah diceritakan di sini.

Ini kali punya perubahan agak drastik sebab YY ambil pendekatan untuk keseluruhan template blog yang lebih ke arah mesra Search Engine Optimization (SEO).

Perubahan kali ini juga melibatkan penglibatan secara langsung MyChintaHati. Disebabkan itu, pertama kalinya sepanjang YY berblog, tak ada barang sekuntum bunga terselit pada wajah blog ni. Tapi macam ada pula dekat favicon (^_^)

Kebiasaanya MyChintaHati hanya bertindak sebagai penasihat dan penyumbang idea secara tak langsung untuk hampir ke setiap entry yang pernah diterbitkan. Untuk perubahan wajah blog ni memang dia paling banyak mengomen. Mungkin sebab dia penyumbang dana. Hehe!

Kali ini juga buat pertama kalinya YY menggunakan perkhidmatan +Kathy R'bain sepenuhnya. Sebelum ni Kak Kathy banyak bertindak sebagai penasihat. Biasanya apa-apa masalah pada blog, memang dia orang pertama YY dok rujuk. Mungkin faktor perkenalan yang dah agak lama menyebabkan YY selesa cari dia dulu sebelum orang lain (^_^)

YY berpuas hati dengan perubahan kali ini. Apa pula pendapat korang sebagai pembaca?

Kalau ada apa-apa kesukaran untuk korang access blog ni atau mungkin cadangan dan kritikan yang membina, sila jangan teragak-agak untuk maklumkan pada YY ye. YY sebagai penulis dan pemilik blog ini amat mengalukan pandangan korang sebagai pembaca.

P/S - Sedang mengumpulkan tenaga dan idea untuk review blog yang tersenarai dalam senarai top pengomen gorgeous bulan lepas. Idea...ku seru namamu. Silalah datang....

46 comments:

  1. Oh, kiranya memang dah ada dalam plan lah nak tukar wajah blog tahun ni! Bukan main tiru-tirulah kononnya ya ^_^ Okey, alasan diterima ^_^

    Nampak okeylah sekarang. Lebih kemas. Bagus juga takda sekuntum bunga pun di taman ni. Lega I tau. Kita bukan minat sangat 'bunga-bunga matahari' ni (eh tetiba ternyanyi pulak....)

    Satu ajelah YY kalau nak dikomen pun. Saya ni memanglah rabun. Suka betul tulisan besar-besar sebab senang nak baca. Tapi kalau tulisan gedabak macam dalam bloglist di tepi ni, memang konfirmlah saya tak akan pernah tersalah baca. Besar betul ^_^

    Tadi suruh beri ideakan, ahah, jangan dimarah pulak kita yang tak berdosa ni. Kita nampak tu dia tengah singsing lengan sambil cekak pinggang ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tulisan besar ke apa ni?
      tak pahamlah MD ni
      font size ni saya memang tak boleh tukar
      sebab template ni memang dah setkan jenis font dan size
      so kena hadap ajelah

      kali ni memang lari sikit dari bunga-bunga
      tapi tak tahulah sejauh mana boleh bertahan...hehe

      Delete
    2. Oh, size fontnya tak boleh adjust ya, YY? Memang sesuailah untuk orang yang rabun (macam saya). Tapikan saya yang rabun ni nampak tulisan ni besar sangat. Kalau kecil sikit tu bestlah juga ^_^

      Dah tak boleh nak tukar, nak buat camnakan... Hadam ajelah. Tapi jangan bimbang saya tetap akan terus ke sini untuk bergosip :)

      Delete
    3. tak boleh sebab dia memang dah siap ada dalam template
      kalau kita pakai yang blogspot punya template tu
      boleh tukar ikut suka kita...hak ni tak boleh
      saya ni pun rabun juga, tapi jauhlah
      kira ni oklah ye MD...bajet tahun depan pula tengok camne =)

      MD kalau tak datang sini, memang mengamuk saya! hehe
      rumah u nanti i sampai ye...sekarang ni tak sempat

      Delete
  2. Kakak ni YY jenis tak particular sangat dgn template blog
    Kalau masuk blog siapa pun terus terjah entri yg latest baca dan komen
    Cuma kalau yg jenis tulisan kecil sangat kakak kurang minat. Jadi YY punya ni kategori kakak sukalah - senang nak baca:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak zakie ye
      hargai sangat kunjungan kak zakie =)

      Delete
  3. Haha.. acara tahunan gitu.. nak perli sapa la kat situ? Kalau saya lak, acara bila mood stress datang, banyak kali tukar terutamanya header.. kalau rasa bosan je mula la cari gambar anak dan edit sdiri ikut suka hati..

    Nampak lawa n kemas YY.. for me, semuanya ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah orang tu baru tukar cat rumah dia
      nanti dia kata saya tiru dia plak...hehe
      saya ni tak berapa pandai buat sendiri cikgu AN
      memang harap orang buatkan

      tu yang setahun sekali baru buat =)

      Delete
  4. simple...font pun senang baca, tapi tak nampak macam blog mak-mak la kak..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nak lari sikit dari imej tu
      so far kamu dengan kak kathy aje kata gini =)

      Delete
  5. Cantik dan kemas. Next turn kita plak...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang best dengar tu
      nak tukar cat rumah juga ye
      all the best =)

      Delete
  6. Ok ja template kali ni.. nampak kemas skit dan nampak luas.. klu boleh letaklah box kat komen ni sebab mlas nak scroll ke bawah nuu klu bnyk komen.. hehek

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi kamu syidah, ianya sudah dilaksanakan =)
      so kena rajin komen ye..wahaha
      cakap orang...dia sendiri pun jarang komen
      sibuk sikit...nanti sampai ye. tunggu tau =)

      Delete
  7. Rajin yana tukar template.. Bagus guna template mesra SEO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. konon nak menambahkan semangat =)
      tulah...saya dengar ramai kata bagus
      senang google nak indeks

      Delete
    2. Semoga yana terus bersemangat untuk menulis blog.. ;)

      Delete
    3. insya allah...saya memang harap begitu juga

      Delete
  8. kemas lah blog Kak YY ehehe.. CT tu blog macam budak2 ngeh2.. bunga sana sni..
    ada gak terpkir nak edit blog jadi mesra SEO tapi SEO pun ceq tak faham gapo dia ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak memang suka juga bunga CT wei
      tapi kali ni aje nak berubah sikit
      akak pun tak berapa paham sangat
      tapi insya allah boleh sikit2 kalau nak terangkan

      tapi kena ambik nombor lah ye kalau nak
      suh akak explain =)

      Delete
  9. Tengok template tahu dah mesra seo.. Tahniah.. Moga lebih bersemangat berblog ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni semangat dan idea ada aje cikgu MF
      masalahnya masa dan kemudahan
      tu aje yang buat biasanya tergantung keja

      Delete
  10. Wah,...rumah dah renovate! Tak de bunga-bunga dah,..

    ReplyDelete
  11. semuanya nampak sempurna dan cantik bagi akak.

    kalau akak pulak memang sesuka hati je bila nak tuker tu pun buat taram sendiri je hehehe
    macam segan nak minta orang buatkan, sebab blog akak tu blog picisan je follower pun tak bape nak ado hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. siap ada perkataan sempurna tu! hehe

      uishh...tak molek pikir gitu
      servis edit blog ni ramai orang blh buat
      akak kena pilih ikut bajet dan minat akak
      tapi kalau akak boleh buat..xde masalah rasanya

      Delete
  12. saya suka design ni..simple je..nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      nanti kerap lagi datang sini ye

      Delete
  13. ok laa yana pandai godek2...lieya ni buta it mmg tak reti...blog asal tu pun lieya upah org buatkan hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saya lieya wei
      saya tak pandai buat benda gini
      ni pun upah orang juga =)

      Delete
  14. ni la eh template barunya? okay okay :)

    kita pun suka tukar template. bukan acara tahunan. memang boleh kata setiap bulan tukar. kadang2 rasa mood nak tukar, terus berapa banyak kali ubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah sayang wei...okay tak? =)

      akak nak buat sentiasa tu, kos pula kena pikir
      nak buat sendiri memang tak reti
      upah orang ajelah jawabnya =)

      Delete
  15. Tahniah.. Banyak fitback positif psl template ni. Terbukti pilihan blogger Yana Yani memang ohsem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga tuk kak kathy
      kalau tak sebab akak..tak jadi juga semua ni =)

      Delete
  16. akak.. macam mana reply balik kat komen atas tu ? tatau nak tekan mane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen mana? ooo
      kiranya kamu nak reply komen akak tu ye
      klik reply aje pada komen asal
      so nanti dia akan pergi bawah komen akak tu
      paham dak ni? =)

      Delete
  17. ada sentuhan mr.asben ekk?
    best nyer :)
    mr.asben aida hanya penasihat isi kandungan aje.
    lain2 aida decide sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. this time memang ada sebab dia yang mengeluarkan bajet
      so kita pun menurut ajelah. lagipun ada kebenaran juga. hehe

      Delete
  18. Tenplate baru ni ringan je kak... jeles ai.... nak gak pakai template SEO ni cadangnya tapi sebab kita ni takde pembaca yang ramai... biaq pi dulu laa template lama yang maha berat tu...

    anyway, tahniah dah beralih kepada SEO... moga bertambah pembaca akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? akak timbang aritu akak berat juga
      tapi ok sikit berbanding sebelum ni...hehe
      cuba ajelah tukar auni, kot bertukar template, pembaca pun meningkat =)
      akak ni nak kata ramai sangat pmbaca pun idaklah, tapi bolehlah
      at least ada pembaca setia =)

      Delete
  19. ahaaa...wajah baru blog ni atas bantuan Kathy lah eh..dia mmg pakar bab template blog n SEO ni...pandai edit program..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...saya minta dia buatkan
      pengalaman pertama dan sangat berbaloi
      indeed, saya tak nafikan kepakaran dia tu

      Delete
  20. bagi sis JM template yang ni namak lebih educated dan mesra..sis JM suka..lebih kemas dan menarik..mempunyai ciri SEO itu yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM suka ye? lega nampak banyak feedback positive

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...