Blog Review | Mizz Aiza
Blog kali ini adalah milik seorang blogger yang pernah menghilang seketika dalam dunia blogger. Kehilangan dia pernah YY coretkan di sini. Kemunculan semula dia dalam dunia blogger sekitar September lalu mengubat kerinduan.
Blogger yang YY maksudkan, tak lain dan tak bukan adalah +Mizz Aiza
Klik banner untuk ke blog Mizz Aiza |
Bagi yang belum pernah singgah ke blog Mizz Aiza, blog ini mempunyai niche berlainan berbanding blog lain yang YY pernah review sebelum ini. Blog ini agak unik. Aiza banyak berkongsi tips tentang kesihatan dan kecantikkan di dalam blog ini. Pendek kata apa sahaja petua mengenai kesihatan dan kecantikkan boleh diperolehi di blog ini.
Blog ini sangat kemas dan teratur. Aiza seolah memahami apa yang pembaca inginkan atau mungkin lebih tepat bagaimana blog ini perlu dilihat di mata pembaca. Setiap susun atur gajet mahupun widget diletak bersesuaian dengan kedudukan sepatutnya.
Mungkin atas faktor itu juga, blog ini agak ringan dan mudah di akses melalui mobile mahupun komputer. Jujurnya YY agak buntu untuk membicarakan mengenai blog yang diberi nama bersempena nama empunya blog. Tak banyak yang boleh YY perkatakan.
Cumanya kalau korang belum mengenali Aiza, YY sangat recommend korang untuk mengenali dia. Dia sangat peramah dan lagi satu yang unik mengenai Aiza adalah cara susunan ayat dia ketika melakukan serangan bom komen. Bahasa yang sangat teratur dan seolah kita sedang berurusan dengan seorang guru Bahasa Melayu (^_^)
YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. YY minta maaf khususnya buat Aiza sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Aiza. YY bukan seorang yang mahir dalam bab ini. Apa yang dicoretkan hanya berdasarkan pandangan peribadi (^_^)
Ini bermakna hanya tinggal lagi sebuah blog sahaja lagi yang masih belum YY review. Insya ALLAH kalau tiada aral melintang, Jumaat nanti YY akan review blog yang terakhir. Blog siapa yang YY maksudkan? Tungguuu...
Kemas kan blog dia :-)
ReplyDeleteyup! tak nafikan tu =)
Deletedah follow mizz aiza
ReplyDeletefollow dah ye kak
Deletebaguih! cam gini! sambil buat simbol thumb up
kalau akak nampaklah...hehe
Lom kenal blogger ni
ReplyDeletenanti kak yan cuba berkenalan ye =)
Deleterasanya dah follow blog mizz aiza nih., hikhik2
ReplyDeleterasanya? baik confirm bebetul wak..hehe
Deleteaiza juga sangat rajin bw.
ReplyDeletebetul...dulu susah nak atasi rekod dia =)
DeleteSapa yang tak kenal dengan blog mizz aiza kita ni...walaupun satu ketika dulu blog ini menyepi seketika... kini kembali lagi...tahniah kepada blog Mizz Aiza...
ReplyDeletekan bunda...sape yang dah agak lama dalam dunia blogger ni
Deleteconfirm kenal dia sebab dia rajin BW
hopefully dia terus aktif
nice sharing..
ReplyDeleteYer ke fakta. Or auta sahaja.. hahaha
ReplyDeleteMamamyja follow back. Sibuk ngh kursus. Hahaa
mana-mana pun boleh..hehe
Deleteterima kasih mamamyja =)
Dah lama tak terjah blog dia. Nak terjah jap.
ReplyDeleteterjah jangan tak terjah fiza =)
Deletewahhh seronok kena review... boleh terjah blog Aiza nti.... :)
ReplyDeleteterjah nanti tau =)
DeleteYang ini pun kita tak pernah sampai lagi tau. Laa... I busy memanjang tak tahu buat apa ler.... nanti-nanti dah habis blogwalking rumah kawan-kawan terdekat dan terjauh, kita singgahlah pulak kat blog ni mengeratkan silaturrahim katanya.
ReplyDeleteErr... besan nak minta bantuan kita hantar skuad komen lagi ke tidak ni? Kalau nak katakan nak. Tidaklah hamba ternanti-nanti di rumah. WA jerk yerk ~_^
Hai... kalaulah bulan ni kita masuk carta dan tetiba dia terniat nak buat blog review lagi, memang rumah kita jugalah yang kena review. Ni kena beli cat baru nampaknya ni! Alahai...tetiba terasa glamour melimpah ruah dalam diri tau!
laa...nak buat ye buat aje
Deletetak payah minta izin pun..lahai...cam tak biasa plak
lagi suka saya ni tau
kurang sikit kerja...hehe
you tak qualify untuk di review
hanya sekali dalam tempoh enam bulan...
wahhh...nampak? kejam punya statement =)
Hi YY , hi Mizz Aiza..mummy dah kenai dah.. Follow pun udah.. Hehhehe :)
ReplyDeletehai mummy!
Deletebaguih2...hehe
Ha a....yelah dia pernah menyepikan diri sekejap dulu. Lama dah tak singgah blog dia
ReplyDeletetulah..ni dah muncul balik dah
Deletebestnya berkongsi banyak tip.. Insyaallah nanti nak singgah sana
ReplyDeletesinggahlah syida
Deletekot boleh dapat tips or petua yang sesuai =)
pun dah terjah dan follow
ReplyDeletebaguih...baguih =)
Deletennti nk terjah jugak lah....leh kenal2....hehehhe
ReplyDeleteterjah jangan tak terjah ye =)
Deleteni pun aida mau terjah juga, YY.
ReplyDeletemesti kena terjah aida =)
Deleteterima kasih di atas review ini yana.. terharu aiza.. hehe.. ;)
ReplyDeletealahai...ni biasa aje aiza
Deleteterima kasih kerana menyokong saya selama ni ye =)
Semua yang Kak Yana review, auni dah follow termasuk mizz aiza... hihi... motif nak kenal lebih ramai blogger.. maklumlah... kawan kite kat sini cuma suami... alam maya laa tempat nak berjimba pun.. hee ~
ReplyDeletesamalah akak pun auni
DeleteBW ni lah medium untuk beramah mesra walau kadang tak sempat juga =)
blogger Mizz Aiza ni pun sis JM kenal...rajin gak tinggalkan komen di blog sis tu
ReplyDeletesamalah dengan blog saya pun JM
Deleterajin dia mengebom
terbaiklah kak Aiza... Dulu saya jugak terpk mungkin kak Aiza dah xmau berblog sebab lama sangat menyepi.. Tapi Alhamdulillah kini dah kembali :D
ReplyDeletekan...memang lama betul dia menyepi
Deletetetiba muncul balik =)
blog dia pun saya selalu terjah..biasalah menulis blog perlukan keunikan
ReplyDeleteyelah kan..tu yang jadi daya penarik
Delete