Juadah Bersempena Aidil Adha
Besok dah 1 Muharram 1437H, tapi YY baru hari ni sempat nak update cerita mengenai juadah yang YY sediakan sendiri bersempena Aidil Adha baru-baru ini. Nak buat camne, selagi masalah laptop tu tak selesai, terpaksalah hadap keadaan ini dalam tempoh yang YY sendiri tak pasti.Anyway, selama lapan tahun usia perkahwinan YY dan MyChintaHati, baru inilah pertama kali YY memasak sendiri hidangan untuk juadah Hari Raya tanpa pertolongan sesiapa. Nak kata sedih tu tak, YY sebenarnya amat teruja. Hari sebelum Aidil Adha tu, YY sikit punya excited menyenaraikan menu untuk dihidangkan di Hari Raya Aidil Adha.
Tapi MyChintaHati tak approved atas pelbagai alasan yang bila dipertimbangkan ada kebenarannya. Lagipun YY bekerja hari sebelum Aidil Adha, memang pastinya kelam kabut kalau YY bertegas nak menyediakan juga juadah yang YY senaraikan sebelumnya. Tapi minda kotor YY ni kata, mungkin MyChintaHati nak bagi hint yang YY masak tak berapa nak sedap. Hehe!
"Habis tu nak masak apa kita ni? Kesianlah adik-adik sayang tu nanti" tanya YY pada MyChintaHati.
"Masak yang simple sudahlah. Nak seksa diri tu pasal apa?" tegas MyChintaHati.
YY akhirnya akur dengan keputusan yang dibuat MyChintaHati. Tak lama lepas tu, YY terima message daripada salah seorang adik MyChintaHati yang berbunyi, "Kak Yana balik ke? Buatkan kitorang kek batik boleh tak?"
Banyak-banyak benda yang boleh dimasak, dia suruh kakak ipar dia yang kiut-miut ni buat kek batik aje! Ciss! Tak mencabar langsung! Bukan nak riak, tapi kek batik tu YY boleh buat guna sebelah mata aje tau! Suruhlah buat nasi ayam ke, rendang ke, barulah berpeluh Kak Yana korang ni kat dapur. Ni kek batik? Alah!
YY tunaikan jugalah hasrat diorang nak makan kek batik. Malam tu sampai aje rumah parent in law, YY terus buatkan. Besok paginya YY cadang nak potong kek batiknya bagi senang makan, dah hilang separuh kek batik tu. Nampak sangat memang teringin bebudak ni (^_^)
Ini ajelah yang tinggal untuk dipertontonkan |
Pagi tu juga kami menerima banyak juadah seperti rendang, ketupat dan kuah kacang daripada adik-adik Abah yang tinggal di kawasan berhampiran. Syukur Alhamdulillah. Rezeki kami. Terharu juga bila Bibik dan Paman sanggup bersusah payah hanya kerana mengingati kami yang tiada orang tua ketika itu.
Dengan juadah yang sudah banyak terhidang, so YY hanya bercadang nak masak pada sebelah petang. Pagi tu sempat melihat acara menyembelih lembu di masjid yang terletak tak jauh dari rumah parent in law YY. Cerita pasal ni nanti YY cerita di lain entry. Tayang gambar Afif dan Aisyah di pagi Hari Raya Aidil Adha buat yang merindui (^_^)
Bukan main ceria sebelum nampak lembu. Lepas tu, asyik ajak balik aje |
Yang ni pula terlalu berani dengan lembu. Mama dia yang seram |
Petang tu YY masak dua menu aje. Jadilah ye dak. Walaupun simple, berpeluh juga ketiak sebab tak pernah masak dalam kuantiti yang besar. YY main hentam aje campak apa yang patut. Janji boleh dimakan. Sedap tak sedap tu belakang cerita. Yang penting, harus confident! Hehe!
First time masak Ayam Rendang Pindang ni. |
Seperiuk buat masak lodeh. Hehe! |
YY tak dengar sebarang feedback tentang rasa masakan YY. Tapi mungkin paling tepat YY sendiri tak sanggup nak dengar sebarang feedback. Hehe! Nampak jugalah masakan yang YY masak tu dimakan. Mungkin adik-adik ipar YY pun tak berani nak cakap lebih pada Kakak ipar diorang yang kiut-miut ni. Kang kalau dikata, mau tujuh keturunan dia tak mau ke dapur. Hehe!
Anyway yang seronoknya bila bercerita tentang Hari Raya Aidil Adha ni atau lebih dikenali sebagai Raya Korban dalam masyarakat kita adalah pemberian daging korban. Time ni lah boleh kata tiap-tiap hari makan daging korban. Menu yang paling awesome sudah pastinya Sup Tulang!
Dapat besar camni, memang lupa orang keliling |
Even anak-anak YY cukup suka makan sup tulang. Tu gambar dekat atas, berebut diorang nak makan. Padahal terlalu panas sebab baru masak. Memang sedap sebab bukan YY yang masak. Hehe! Kalau YY masak, entah rupa apa jadinya tulang tu.
So begitulah cerita mengenai juadah bersempena Hari Raya Aidil Adha pada kali ini. Satu pengalaman baru bagi YY sendiri. Sekaligus mengajar YY banyak perkara terutama tentang skop pengorbanan yang bukan hanya pada wang ringgit malahan ianya melebihi daripada apa yang kita mampu fikirkan.
Itu ajelah bebelan YY pada hari ini. Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)
P/S - Selamat menyambut Awal Muharram
wow sedapnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletetak tahulah nak kata sedap ke idak
Deleteni orang yang tak rasa pun kata sedap, sedap sungguhlah kot...hehe
kalau sayalah kena masak sorang-sorang macam tu, confirm seram sejuk..tak pandailah, dah biasa kalau juadah raya ni memang Mak yang kena lead.kalau tak,rasa kureng je..apa-apa pun,tahniah lah ye kak YY. kalau habis, sedap lah tu gamkanya..hehe.parent in law dah balik kan? kirim salam pada mereka.
ReplyDeleteakak rasa excited mungkin sebab fikir masak tuk adik-adik
Deletekalau masak tuk orang lain tu mungkinlah...hehe
tulah, memang biasa ada aje orang lead. kita tukang potong apa yang patut
tapi haritu, semua buat sendiri. tapi puas hati jugalah
tak habislah sayang wei, ambik masa dua hari juga
tu pun masuk tong sampah sebab basi...hehe
alhamdulillah balik dah. insya allah, nanti akak sampaikan ye
Tak payah dengar komen mereka yg makan YY
ReplyDeleteKalau licin dimakan mereka sah sedaplah apa yg YY masak.
Lepas korban biasalah rata-rata semua rumah ada sup tulang:)
tapi bukan habis sebab licin dimakan kak zakie
Deletelicin sebab basi...hehe
saya pun masak banyak sangat sedangkan ada banyak menu lain
memang tak berapa pandai nak bajet. tak apalah
satu pelajaran yang berguna =)
alhamdulillah berjaya juga memasak ye...kalau akak pulak memang akak suka masak sorang2 tanpa gangguan, jadi kita boleh buat apa yang kita suka, kalau ada ramai didapur mulalah serba tak kena, nak pegang pisau pun rasa kekok, sebab tu kalau balik rumah mentua, jika disuruh memasak baru akak masak, jika tidak akak tolong tengok aje...hehehe
ReplyDeletebetul juga kak. kalau reramai tu jad pening kan
Deletebenda tau pun tetiba jadi tak tu...hehe
saya kerap juga ke dapur tu, tapi lebih kurang sama macam
akak juga kesnya...tak disuruh, memang tak tolong
entah apa punya menantu entah..hehe
Terbayang kalau kena ujian masak sengsorang ni... Tak tahulah boleh handle ke tidak.... Tapi Kak Yana punya cintahati sama macam auni punya suami, tak kasi kita susah2kan diri... haha....
ReplyDeletepenat juga yunk wei...tapi seronok
Deletedia memang camtu auni, seban dia tahu akak punya level kesihatan
akak ni kalau penat, tak boleh tidur malam
mudah sakit di bahagian pinggang, dia tahu, tu yang dia tak bagi...hehe
Waktu Aidil Adha tu, saya baru mula alahan. Tak dpt feeling pun makan juadah raya. Huhu... Bau sup tulang pun buat perut rasa loya sgt.
ReplyDeleteSelamat le adik2 ipar mintak buat kek batik je. Kalo suruh buat kek chocolate indulgence ke, baru la panik kakak ipar dia. hehe.
alahai kesiannya lyd...
Deleteteringat pula masa mengandung anak no 2 dulu
mabuk teruk betul, berapa kali masuk wad sebab kurang air dalam badan
hehe...ye tak ye juga kan
tapi kalau diorang suh buat kek gitu, ada alasan lyd
oven kat rumah mak tak elok! hehe
Kita anggap ajelah sedap walaupun adik beradik MyChintaHati tak berani nak komen. Tujuh keturunan weyh dia tak mahu masuk dapur kalau kata tak sedap, siapa yang berani :)
ReplyDeleteSaya pun suka sup tulang ni tapi takdalah dapat merasa sejak dari Raya Korban tu. Daging kalau kat rumah kami ni kalau tak jadi sup, jadi kari atau pun goreng dengan kentang. Lain-lain memang takda siapa pun pandang!
Pssttt...malam ni lepas Maghrib cubalah tengok TV AlHijrah...mana tau nampak menantu dalam TV ^_^ Kalau tak malam ni, lepas malam ni selama setahun yerk ^_^
hehe...tulah. sape berani kutuk kan
Deletelaki sendiri pun terpaksa cakap sedap
kalau mogok, menangis semua kelaparan...wahaha
saya ni kalau tak kerana bibik dan juga mak saya sendiri
memang tak akan merasalah
sebab saya belum sepenuhnya mahir buat
lagi satu, rumah saya ni terbalik dari MD
sup tulang laku, selain dari tu memang tak laku
ada nampak dah, part of commercial break kan
sekali pandang terus boleh detect adik cute dengan bubbly abang
Nampak sedap kek batik tu yana.. Meriah raya kalau saudara datang.. Aiza pagi hari raya dah bersiap pergi kerja.. Tak cuti pun..
ReplyDeletebenda mudah aiza, memang nampak sedap aje
Deletekalau kat selangor tak macam kampung mak saya
pelik orang kalau kita datang ke rumah...hehe
alahai, kesiannya aiza. tapi tak apalah
tu part of pengorbanan juga
kek batik..sedapnya...
ReplyDeletesedap dan mudah =)
Deleteamboiiii cutenya si berbaju pink dan hijau tu:)
ReplyDeletesedapnya tgk lauk pauk YY.....
biasalah pagi raya kak
Deletememasing melaram lebih...hehe
bolehlah kak, nak kata sedap tu...segan juga. hehe
biasanya org ni lbh suka ada mknn dr tak ada . sedap ke idak , janji blh mkn ... heheheee ... mcm sedap je ayam rendang pindang tu ...
ReplyDeletehehe...betul juga kan vee
Deletedaripada tak ada...hadap ajelah sedap ke tak...hehe
senang aje nak buat pun vee rendang tu
sama aje bahan macam ayam masak kicap
bezanya tambah kerisik aje...pastu saya letak daun limau
bagi wangi sikit
pandai gitu-gitu aje diana
ReplyDeleterasa diana lagi hebat dari saya ni...hehe
wahaha...masuk akal juga tu diana
comey sungguh sikecik berbaju pink tu..
ReplyDeletehehe...warna tu mungkin kena dengan dia
DeletePerempuan ni, kalau masak apa pun dan main campak2 ajer pun sedap! Kalau xpercaya... tanya suami... :)
ReplyDeleteyeke BM? pandai aje BM ni tau
Deletetapi saya masak memang tak sedap pada tekak saya
kalau tanya suami saya, dia kata sedap aje...hehe
huihhhhh...rajinnyeeee YY masak...sy masak kari daging jer....tu jer yg mmpu...hehehehe....
ReplyDeleteopss...lupa nk tegur...waaaa...blog berwajah baru....cantik....heheheh
terpaksa diana wei! kalau bukan sebab terpaksa,
Deletememang tak sentuh...hehe...
cantik ye? hehe...nak beralih angin pula
Kalau lah saya disuruh masak,tak tahulah apa jadi...tak apa tak pandai memasak seklipon,at least mencuba tuh penting!!!!Praktis lelama nnt jd perfect laaaaa...saya rasa macam sedap j ayam rendang tuh ^^
ReplyDeletekadang tu air tangan yang jadi faktor
Deletesedap ke idak sesuatu masakan tu. cam akak ni
air tangan memang tak berapa sedap...tak kiralah
praktis berapa lama pun...orang nak makan pun segan...hehe
sup tulang antara feveret kathy jugak. memang makan sampai berpeluh-peluh. hehehehehe. mesti nak maikan time panas juga. baru best. hehehehe.
ReplyDeletesaya tahu, akak pernah cerita sebelum ni
Deletepanas sangat susah nak makan kak wei! terbako tangan (^_^)
Sedapnya lahai rendang ayam. meleleh liur tgk. Uishhhhh, sup tulang tuu. pergh pergh. I cannot. Ler ler ni rasa nak pergi cari. Hujan2 ni sedap pekena sup tulang..... Panaihh2 thorbaik
ReplyDeleterendang main bantai buat
Deletebukan penah buat sebelum ni pun. gasaklah kan =)
sup tulang memang menu terangkat!
sape yang tak paham kenikmatan dia, memang rugi