Blog Review | AIDA'S HOME SWEET HOME
Ini adalah blog yang ketiga YY review bersempena dengan kesungguhan mereka meninggalkan jejak di Diari Seorang Mama sepanjang September yang lalu. Blog yang seterusnya ini adalah milik seseorang yang juga penggemar bunga seperti YY.Bezanya YY tidak mempunyai kegemaran khusus pada sesuatu jenis bunga. Asal nama bunga aje sudah menarik minat YY untuk mendekati. Tapi kawan kita yang seorang ni sangat meminati bunga ros. Minat beliau pada bunga ros dapat dilihat pada header blog di bawah ni.
Klik banner untuk ke blog AIDA'S HOME SWEET HOME |
Beliau yang YY maksudkan adalah +adianiez AIDA, ibu berkerjaya dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Berdasarkan pemerhatian YY, Kak Aida kita ni dah secara konsisten menulis di blog sejak 2009. Maknanya beliau dah jadi blogger lebih daripada enam tahun! Ni dah boleh dikategorikan senior dalam dunia blogging.
Blog ni dari pandangan mata kasar memang nampak cantik dengan bermotifkan bunga dan warna yang sangat soft memperlihatkan ciri kelembutan empunya blog. Pengisian blog juga lebih bersifat personal dengan banyak bercerita perihal anak-anak Aida yang semakin membesar dengan pelbagai ragam yang kadang-kala mampu membuat kita yang membaca juga tersenyum.
Sekali sekala Aida ada bercerita mengenai produk Qaseh Gold di mana beliau adalah pengedar di kawasan Melaka dan Seremban. So siapa yang berminat dengan produk Qaseh Gold bolehlah liaise directly dengan Aida. Manalah tahu dia boleh bagi harga kasih sayang. Hehe!
Puas dok cari gambar empunya blog. Jumpa juga akhirnya (^_^) |
Dari segi susun atur blog berdasarkan pandangan peribadi YY, mungkin Aida perlu pertimbangkan untuk membuang atau memindahkan mana-mana widget yang tidak perlu kerana blog Aida terlalu berat dan kadangkala menjejaskan tempoh loading blog. Selain dari widget, mungkin juga disebabkan gambar yang Aida upload tidak dikurangkan sebelum diupload yang menyebabkan blog ini agak berat.
Overall blog ni perlu korang letakkan antara yang patut korang kunjungi sebab Aida antara blogger yang sangat generous terutama kepada pengomen tegar blog beliau. Penghargaan yang Aida berikan pada pengomen blog dia memang terbaik!
Takat ni YY dah dapat dua kali menerima barangan yang sangat awesome daripada Aida. Terasa sangat-sangat terharu-haru. Nanti YY cerita separately pasal ni.
Bagi sesiapa yang belum mengenali ibu yang bekerja dalam unit beruniform ini, silalah berbuat demikian. Aida yang YY kenal sangat friendly and nice to dealing with. Aida ni pun agak rajin melakukan pengeboman komen di blog YY. Boleh demam jugalah bila tiba time dia datang mengebom tu. Hehe!
YY rasa sampai di sini sahaja review YY pada kali ini. YY pohon seribu kemaafan terutama buat Aida sekiranya ada mana-mana bahagian dalam entry ini yang menyinggung perasaan. Semoga hubungan persahabatan alam maya ini berkekalan.
Dengan habisnya review ini, bermakna YY ada lagi tujuh blog yang perlu direview sehingga penghabisan Oktober. Siapalah pula yang akan direview seterusnya? Tunggguuu....
Asalamualaikum yy..singgah pagi disini :-))
ReplyDeletewalaikumussalam kak yan
Deleteselamat pagi
Memang blogger yang gigih Kak Aida ni.. konsisten dia buat entry dan BW..
ReplyDeletetulah kan cikgu AN
Deletesaya pun tak mampu nak buat cam dia =)
jom terjah
ReplyDeleteyokkk! =)
DeleteBagus review yana.. Kena serbu blog aida lepas ni.. ;)
ReplyDeleteserbu aiza, jangan tak serbu...hehe
Deletecomel je banner dia.. :)
ReplyDeletetulah. saya pun suka tengok
Deletebestnya kena review...memng terbaik..
ReplyDeletebuat pun sebab saya ada masalah laptop
Deletesenang sikit nak review ni tanpa perlu banyak gambar
kena selidik blog tu aje
tak tahulah nak teruskan idak bulan depan...hehe
Kalau ikut ranking, patutnya lepas ni besan punya turn pulak. Hahaha...
ReplyDeleteOh, saya tak pernah ke blog ni! Mungkin boleh terjah juga bila ada masa terluang. Blog personal ni lebih dekat di hati walaupun jauh dari pageviews juta-juta gitu. Apa-apa pun bila membaca blog seseorang, kita nak have fun. Malas nak fikir topik yang berat-berat. Sesekali tu bolehlah juga baca bahan berilmiah. Kalau selalu sangat, memang lebih baik belajar semula kat uni ^_^
yes...tepat sekali. memang dah review pun
Deletesilalah pergi menelaah! hehe
betul. saya setuju sebab blog camni yang buat kita jadi rapat
kadang tak kenal, baca cerita buat kita rasa macam dah kenal sangat
saya dulu belajar uni pun banyak tak pass...hehe
Wahhhh...rajinnya YY buat review blog..tahniahhhh.....boleh jadi editor buku nih hehehhe
ReplyDeletesebab nak tunaikan janji saya cikgu
Deletelagipun mereka semua ni pengomen gorgegous di blog saya
masa bulan september aritu...tanda penghargaan juga ni =)
yeke? tetiba macam malu sendiri plak
ok..nanti nak gi berkenalan.saya memang suka baca blog Mak mak ni, tak tau kenapa.haha
ReplyDeleteterjahlah sal
Deleteblog mak-mak ni biasanya lebih dekat
diorang buat kita rasa macam part of the story
mungkin lepas ni akak boleh terjah blog aida, tapi akak ni untuk membaca blog tu terhad sikit waktunya, akak cuma baca blog2 yg biasa akak baca je...hehehe
ReplyDeletesaya pun sama kak
Deletemasa memang agak membantaskan
tapi cuba jugalah terjah sebagai tanda terima kasih =)
Segera terjah... sama macam Salbiah.... suka baca blog mak2 ni... agaknya sebab dah kawin kot... walaupun takde anak, lebih teruja baca blog warga2 ibu... heee
ReplyDeleteTahniah Kak Aida :)
akak rasa blog mak-mak ni lebih mudah didekati
Deletekadang cerita diorang dalam kehidupan seharian
memang lebih real berbanding blog yang niche berbeza
terjah jangan tak terjah
Oh, ejen Qaseh Gold ke ni? Heheh.
ReplyDeletebukan saya, tapi aida...hehe
Deletetak pernah jumpa blog ni ... tejah lepas ni ...
ReplyDeletesilalah terjah ye vee
Deleterugi kalau tak terjah...hehe
Amatur nak review blog senior... Kalau saya, memang takut ler...hehe
ReplyDeleteApa pun, review YY memang kena pada pandangan umum sebagai seorang pengunjung blog. Yg review perlu ikhlas dan yg kena review pula kenalah terima.
hehe...memang takut BM wei. bukan orang sebarangan nak review.
Deletesaya review berdasarkan apa yang saya nampak
terima kasih atas kata-kata perangsang tu ye BM
saya ta tahulah macam mana bloger nih bertahun2 konsisten dan beristiqamah dalam berblog..ahahahhahaa...saya nih sekejap ada,sekejap tader........macam mana lah nak jd blogger berjaya macam Fatin Liyana tuh..ahahahhahahahahhaha...........saya rasa nak bom bom je nak dpt review dr akak YY ..BOLE TAK GITTEW ...hahahhahahaa
ReplyDeleteKlik-klik nuffnang kat sini...awat meriah sgt nih.......!Klu nampak nuff melayg2 kat nuff kita,klik2lah...buat duit tabung .. :3
benda ni sebenarnya adalah disebabkan minat sayang wei
Deleteminat yang menyebabkan kita mampu bertahan
kalau kita letak target terlalu tinggi, maksudnya di luar batas kemampuan
tu yang buat ianya sukar. jangan nak jadi macam fatin liyana
tapi contohi fatn liyana. lihat camne dia berjaya...jangan angan aje tau =)
amoi...akka review ni hanya untuk bulan september aje sayang wei
akak tak tahu mampu teruskan ke idak untuk bulan oktober nanti
cam ramai pul yang minta di review ni
hehehehehe.. Mama Aida pun kena review.. hehehehe. terbaik dan ikhlas.
ReplyDeletekena..dia rajin anto skuad mengebom...hehe
DeleteTq YY. Lovely. Aida suka...
ReplyDeletex bleh komen lelebih kat entry ni :-)
sorry aida..tak perasan komen aida ni
Deleteglad aida suka...sorry ye kalau ada apa-apa yang tak menyenangkan hati