Kepulangan Yang Dinanti
Pemergian mereka untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima sepertimana yang YY pernah ceritakan di sini mengundang perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Disusuli tragedi kren tumbang menambahkan perasaan tidak keruan kami yang menanti khabar berita di sini. Jesteru kepulangan parent in law YY pada awal Oktober lalu diikuti biras YY beberapa hari kemudian sememangnya dinanti.
Afif dan Aisyah terlalu kerap bertanya. Kadang soalan yang sama diaju walau mereka dah ada jawapannya. So bila dikhabarkan Nenek dan Atuk akan pulang, reaksi mereka sangat priceless.
YY juga antara orang yang sangat excited menanti kepulangan parent in law YY. Perasaan rindu untuk melihat wajah yang sudah 47 hari tidak dilihat wujud dengan sendirinya dan bukan dibuat-buat. Malahan sepanjang ketiadaan mereka, pulang ke kampung tiap kali cuti hujung minggu terasa sangat kosong.
Makcik dan sepupu MyChintaHati yang sangat supporting |
Sesampai kami di KLIA, umat manusia terlalu ramai. Khabarnya pesawat jenis Boeing yang dinaiki oleh parent in law YY untuk pulang ke Tanah Air memuatkan lebih 400 jemaah. Tempat yang begitu luas pun terasa sesak sebab masing-masing tidak sabar menanti ketibaan wajah-wajah yang dirindui.
Hasil perkongsian blogger +Nora Karim mengenai laman sesawang yang boleh menjejaki setiap penerbangan yang pernah beliau ceritakan di sini, penerbangan balik parent in law YY kali ini YY jejaki menggunakan laman sesawang yang sama. Terperasan macam bekerja di bahagian kawalan trafik udara pula. Hehe!
Laman sesawang flightradar24.com |
Despite dengan suasana hiruk-piruk, ia sedikit pun tidak menjejaskan keceriaan Afif mahupun Aisyah. Mereka bertambah seronok apabila perasaan tu dapat dikongsi bersama sepupu-sepupu mereka.
Afif dan Aisyah bersama Rayyan |
Akhirnya saat yang ditunggu tiba jua apabila susuk kedua parent in law YY dapat dilihat dari kejauhan. Berkejaran kami anak-beranak cuba mendapatkan mereka berdua. Terasa perjalanan untuk sampai kepada mereka terlalu jauh ketika itu. Kami terpaksa menempuh lautan manusia yang sangat ramai!
Sebaik dapat mendekati mereka, tangisan kecerian mula kedengaran. YY sendiri entah berapa kali mengalami ketumpahan air mata yang sangat serius terutama apabila dirangkul oleh Mak Mentua YY. Hangat pelukan berlatar belakangkan lagu tangisan kerinduan masih jelas dibayangan YY.
Tangisan kecerian menyambut kepulangan parent in law YY |
Selepas meluahkan segala perasaan rindu, sempat jugalah kami bergambar dengan saudara-mara yang turut hadir menyambut kepulangan parent in law YY. Masa tu terperasan glamour jugalah sebab banyak sangat kamera yang tertumpu ke arah kami sehingga tak tahu nak pandang ke arah mana. Hehe!
Bergambar kenangan dengan saudara-mara yang hadir |
Suasana yang pada mulanya sayu bertukar dengan gelak ketawa apabila parent in law YY mula menzahirkan kerinduan mereka dengan makanan di Tanah Air. "Jom kita pergi makan! Abah lapar!" kata Abah YY ketika kami mula melangkah keluar dari KLIA. Ia kemudian disahut dengan Mak Mentua YY, "Jom! Mak teringin nak minum air sirap"
Berborak di kedai makan dengan segala cerita sepanjang mereka berada di Tanah Suci menginjak ke pukul satu pagi dan disambung sehingga ke rumah melewati tiga pagi. Terasa macam satu malam mereka nak habis semua cerita. Bila teringat terasa kelakar pun ada (^_^)
Tiga hari kemudian, kami ke KLIA semula menyambut kepulangan biras YY pula yang juga berpeluang menunaikan Rukun Islam yang kelima.
Antara ahli keluarga biras YY yang hadir |
Aisyah pula asyik dok belek sepupu dia yang baru beberapa bulan menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni. Nampak gaya dah boleh bagi title Kakak pada dak Aisyah ni.
Tapi setakat ke hari ini, doktor belum bagi YY permission untuk meneruskan hasrat di hati. Tak mengapalah. Perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik. YY sangat yakin tentang itu.
Aisyah dan baby Rabiatul Adawiyah |
Setelah beberapa ketika menanti, akhirnya kelibat biras YY mula kelihatan. Anak dara dia yang berusia dua tahun adalah orang terawal yang mengejar. Mereka berdua ni memang sangat rapat. Sebak juga bila dok tengok respond Ainul Mardhiah bila didukung oleh Abi dia.
Ainul di dalam dukungan Abi dia |
Kakak ipar YY pula kelihatan malu-malu apabila suami tersayang mula menghampiri dia. Sweet sangat. Kalau YY, tak adalah nak buat malu-malu gitu. Hehe!
Kakak ipar YY |
Afif dan juga Aisyah tak ketinggalan bersalaman dengan Wak Ustaz mereka. Kenapa nama dia Wak Ustaz? Okay, meh YY share sejarah sikit.
Nama biras YY ni sebenarnya sama dengan MyChintaHati. Yang berbeza hanya ejaan sahaja. Disebabkan beliau adalah seorang Iman di salah sebuah masjid di Banting, maka kami semua sepakat mengekalkan nama Ustaz sebagai gelaran pada beliau. Nama gelaran tu kekal sehingga ke hari ini (^_^)
Afif dan Aisyah berbaris untuk bersalaman dengan Wak Ustaz |
Minggu lepas majlis kenduri doa selamat telah diadakan di rumah parent in law YY sebagai tanda kesyukuran di atas kepulangan mereka bertiga ke Tanah Air. Tak banyak gambar boleh dikongsikan sebab YY agak sibuk pada hari tersebut.
Gambar di bawah ni pun YY perolehi dari group WhatsApp family (^_^)
Majlis doa selamat |
Wah, panjang pula YY membebel kali ni. Alang-alang dapat pegang laptop MyChintaHati ni, kita kasi habis panjang terus. Kang entah bila pula boleh bercerita lagi. Hehe!
Anyway begitu cerita bagaimana kami sekeluarga menanti kepulangan insan-insan yang kami sayang dan sanjungi. Agak sukar sebenarnya untuk tidak menangisi saat itu walau ada yang melarang kami berbuat demikian. Sesungguhnya kami hanya manusia biasa. Perasaan sedih dan gembira adalah sesuatu yang cukup sukar disembunyikan.
Yang pasti kepulangan mereka sememangnya amat dinanti (^_^)
sebak plak baca entry ni..Alhamdulillah, mereka selamat sampai.
ReplyDeleteakak time menulis pun tetiba tersebak...hehe
Deletekiranya sampailah mood tu pada sal =)
kalau kak YY mesti takde malu-malu gitu, terus terjah je chenta hati..ihihi.
ReplyDeleteeh mana kau tau, kau sekodeng ke?
Deletetapi memang gitulah akan ku buat
ada ku kisah...hehe
Insha Allah,satu hari nanti ada rezeki Aisha jadi kakak
ReplyDeleteitulah harapannya sal wei
Deleteada rezeki, tak ke mana kan
Alhamdulillah dah selamat balik semua ahli keluarga YY ya. lega macam tu, pergi dan balik dengan selamat..alhamdulillah balik dgn sihat ya.. meriah ya yang pergi ke airport tu.. untung ahli keluarga semua dekat-dekat sini tinggalnya...
ReplyDeletetulah cikgu AN, lega sungguh bila dah bertemu empat mata tu
Deletetak berapa sihat juga diorang sejak pulang ke tanah air
batuk n selesama, tapi mungkin sebab cuaca
keluarga sebelah suami saya memang semua duduk sekampung
senang nak buat perjumpaan =)
Kak YY..rindu nk tinggalkan jejak kt entri akak ni..hehehe..Nur baca sebak tetiba mengalir air mata..huhu..dasar ratu air mata (jolokan Nur sejak zaman sekolah)..huhuhu..alhamdulillah semua selamat..seronok tengok orang dapat jejak kami ke sana..
ReplyDeletep/s: kalau aisyah dah dapat title kakak bagitau la Nur ye..=)
nur!! lamanya menghilang! kamu ke mana?
Deletehehe...tak tahu pula kamu ratu air mata. comel =)
alhamdulillah mereka selamat pergi dan kembali
anyway blog dah update ke? kang akak terjah ye
p/s- insya allah yunk...kalau ada rezeki, adalah =)
salam jumaat., ;p
ReplyDeleteerr..arini isnin
Deletesalam isnin =)
Alhamdulillah... Segalanya selamat. Teringat pula semasa ambil arwah ayah dulu...huhu
ReplyDeleteMesti sejak mula jumpa sampai sekarang tak abis2 mereka cite pasal kat mekah :)
betul BM! memang ada aje cerita yang nak diceritakan
Deleteseronok mendengarnya
terasa macam berada di sana juga =)
Alhamdulilah..... dah selamat sampai semuanya.
ReplyDeleteMemang sedih YY kalau sambut org balik haji ni, entah kenapa rasa gembira, sayu semuanya bercampur....
Orang balik dari Mekah mmg excited YY, semua cerita mereka nak kongsi, kita pun mmg suka nak dengar hihi....
Ohhh... confirmed le depa teringin makanan Malaysia, lama dah tinggal tu YY hihi....
Insyaallah nanti kalau hang dah stabil, bolehnya tambah lagi YY hihi
tulah OKje, alhamdulillah mereka dah selamat kembali
Deletehehe...memang sampai sekarang tak habis cerita lagi OKje
aamin OKje...terima kasih =)
akak pula yang bergenang airmata membacanya seolah-olah akak juga berada ditempat yang sama pada waktu ini...alhamdulillah semuanya selamat kembali...
ReplyDeletemoga kita juga akan sampai ke sana satu hari nanti..inshaAllah
tulah kak...sebak betul masa moment diorang sampai tu
Deletemula tak rasa apa tau...tapi diorang nampak kita
diorang meraung dulu...saya ni pantang nampak orang nangis
mulalah...tak berhenti =)
insya allah kak, moga panjang umur dan murah rezeki
kita untuk ke sana
Sayu rasanya bila baca entri ni sis. Alhamdulillah selamat sampai semua yang di nanti. Bilalah peluang kita nak pergi ke Tanah Suci ye?
ReplyDeletetulah kak, alhamdulillah selamat sampai
Deleteinsya allah, kalau ada rezeki kita
sampailah nanti =)
in shaa ALLAH saya doakan akak dapat peluang untuk ke sana juga ye ^^,
ReplyDeletehehe. rindu betul dengan masakan Malaysia ye sampai terus cari makan ha. hahahaha. kawan saya pun bukan main rindu dah ha dengan parents dia. lama x jumpa.
aaminn..memang berharap ke sana
Deletetapi insya allah, ada rezeki nanti sampailah
tulah pasalnya. naik keta terus kata nak makan macam-macam
kitorng pun layankan aje. seronok pun ye juga =)
sebak pula membaca entri yana ini.. Alhamdulillah semuanya selamat kembali..
ReplyDeletealhamdulillah aiza, selamat semuanya
Deleteperjalanan pergi dan balik diorang pun dipermudahkan
sebak aida baca entry YY ni.
ReplyDeletesebab semestinya pernantian YY dan famili amat la penuh dgn debaran, kan.
ditambah dgn semua kejadian yg berlaku di sana. Allahu Akbar!
alhamdulillah...
terkenang aida dulu sambut abah emak balik dari umrah ~ gembira & sayu rasa hati bila nampak abah emak kuar dari airport tu.
tulah aida...tak tahulah nak kata macamana
Deletebayangkan tak dengar suara langsung sepanjang tempoh tu
hanya bergantung pada biras yang juga ada di sana
kerungsingan tu tak tergambar
tapi alhamdulillah, semuanya sudah selamat
tu yang bila berjumpa terasa sebak semacam
Alhamdulillah! Mereka dah selamat pulang ke tanahair. Gembira tak terkatalah pada yang menunggu dengan penuh kerinduan terutama menantu tercinta ni ^_^ Bayangkanlah kalau satu penerbangan sampai 400 jemaah, yang menunggu tu pulak berapa ramai? Surelah bersesak-sesak. Macam saya ni hantar ahli keluarga pergi umrah je pun segerombolan kita pergi ke KLIA, memanglah meriah!
ReplyDeleteLaaa...kenapa tak bawa sekotak tisu premier masa pergi ambil mereka? Bukan ke dah tahu memang hati sendiri tu banyak taman bunga, memanglah bantai menangis punya. Yang sebenarnya kalau dah lama tak berjumpa waima pi bercuti aje, tetap juga kepulangan mereka yang tersayang ni dinantikan.
Padanlah banyak entri tertinggal. Rupanya dapat guna laptop suami tercinta,dibalun habis yerk. Selalunya saya refresh balik-balik entri tentang besan jerk yang ada ^_^ Ke saya yang rajin refresh entri tu? Hahaha!
hehe...komen penuh dengan ayat perli!
Deletetak apa, tak apa...kasi can...hehe
manalah saya nak tahu mak mentua saya nak meraung
kalau saya tahu dia nak meraung
memang dah berkotak tisu saya bawa
sudahnya...lap pada tudung ajelah...hehe
aritu memang ramai banding masa ambil biras saya
bayangkan yang pergi dua orang, yang jemput sampai satu bas
memang penuh giler tempat tu
yelah MD wei...sejak laptop saya rosak
memang kena guna dia punyalah
tu yang kurang tulis entry ni...nasib juga ada buat blog review
idak banyak lompong...hehe
Kalau YY mesti dah terkam kan...ekekeke...
ReplyDeleteAlhamdulillah...semuanya dah selamat sampai. Moga rezeki kita plak untuk jadi tetamuNYA satu hari nanti.
hehe...harus! =)
Deletetulah fiza, lega sangat tau
aaminn...memang itulah harapan saya
harap dapat buat ketika usia masih muda =)
Alhamdulillah mereka selamat pergi dan balik... :D
ReplyDeletesyukur alhamdulillah =)
Deletesyukur alhamdulillah...
ReplyDeleteselamat kembali