Blog Review | Belog Kathy R'bain

11:03:00 am Yana Yani 36 Comments

Kalau sebelum ni YY dah review blog Jari Manis kerana menjadi antara pengomen gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama ni, kali ini pula adalah blog +Kathy R'bain.

Secara jujurnya, YY tak tahu apa nak komen mengenai blog Kathy R'bain ni sebab dia menyediakan perkhidmatan editing blog. Ikut logik akal, pastinya dia lebih tahu apa yang terbaik untuk blog dia. Betul tak? Hehe!

Yang pastinya YY sangat suka header dia. Header tu kalau sekali pandang, memang kelihatan simple. Tapi kewujudan barcode tu buat ianya kelihatan unik.

Blog Review | Belog Kathy R'bain
Klik banner untuk ke Belog Kathy R'bain

Keseluruhan blog juga sangat ringkas dan menggunakan template mesra SEO. Template macam ni Google suka sangat sebab senang atau lebih cepat diorang nak index entry kita.

Blog ni secara keseluruhan banyak bercerita mengenai tips dan tutorial untuk penambahbaikan blog. Kadang-kala dia ada juga menyelitkan kisah anak-anak dia yang semakin meningkat remaja. YY suka bila dia bercerita pasal Alia. Baca cerita Alia, teringat dak Aisyah (^_^)

Kalau cerita pasal berat blog pula, blog ni agak berat berbanding berat yang disyorkan. Tapi secara keseluruhan berdasarkan tahap kelajuaan internet yang YY gunakan, blog ni memang sangat mudah diakses sama ada melalui mobile ataupun komputer.

Blog Review | Belog Kathy R'bain
Blogger Kathy R'Bain

Selain dari Belog Kathy R'bain, Kak Kathy ni juga mempunyai dua blog lain iaitu blog Diari Resipi yang berkongsi resipi hasil air tangan beliau dan juga blog Hasil Pena Ku yang memperlihatkan sisi lain Kathy R'bain sebagai seorang penulis cerpen dan puisi.

Kak Kathy ni juga menyediakan perkhidmatan editing blog seperti YY ceritakan pada awal tadi. Nampak tak keadaan blog YY sekarang ni? Ini semua adalah hasil air tangan beliau. Satu lagi yang best mengenai perkhidmatan Kak Kathy ni, dia hanya akan let go sehingga kita puas hati. Tu yang seronok tu (^_^)

YY rasa ini sahaja yang mampu YY coretkan mengenai Belog Kathy R'bain. Dah puas belek dah, tak tahu nak komen apa lagi sebab overall memang terbaikkkk! Ini bukan ayat bodek tau (^_^)

Buat Kak Kathy, saya minta maaf bebanyak kalau ada mana-mana bahagian di dalam post ini yang menyinggung perasaan. Semoga persahabatan yang dibina di alam maya ini, berkekalan. Aaminn.

So lepas ni giliran siapa pula untuk YY review? Tunggguuu...

P/S - Blog walking belum dapat dilakukan untuk permulaan bulan ni. Biasanya nanti dah tengah bulan baru kurang sikit sibuknya. Jangan serik ke sini ye (^_^)

36 comments:

  1. salams YY, Kmieja pon suka tgk blog header kathy:)

    ReplyDelete
  2. Nanti terjah..yan lom kenal blogger khaty ni

    ReplyDelete
  3. unik je header kak khaty..")

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya malu tau nak baca review tentang blog sendiri. Lama dah tak kena review. Hehehehhe.. Apapun tqsm sis atas review yang ikhlas dan mendalam serta buat promo sekali pasal biz kecil2an kathy tu. template berat yer? aiseh..tak boleh jadi,kena setting lagi nampaknya ni. hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...alahai kak, nak malu mendanya
      ni aje pun mampu saya coretkan
      time saya timbang tu, dia memang kata berat kak
      mungkin sebab gambar atau wiget...tak tahulah
      tapi loading laju =)

      Delete
  5. Blogger yg dah matang dlm berblog siapa tak kenal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...sape tak kenal kak kathy kita ni =)

      Delete
  6. beliau seorang kawan yang baik di alam maya & sentiasa menyokong blogger puaka yang tidak di sukai ramai macam saya. dalam orang lain memandang saya pada sudut negatif dia still memandang saya dari sudut positif. i love u kak Kathy

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak nafikan dia memang kawan yang baik
      eh cop, mana suria tahu suria tak disukai ramai =)

      anywhere, inilah satu keunikkan mengenai kak kathy
      dia bukan judgemental =)

      Delete
  7. sis kathy, hai hai hai :)
    memang aida follow ketat blog sis kathy.

    ReplyDelete
  8. pernah terjah sekali 2.. tapi tak drop komen.. mungkin lepas ni cuba "bermesra" komen dgn kak Kathy ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah syida. ramah tau kak kathy ni
      ayat bermesra tuk, menyeramkan...hehe

      Delete
  9. Bagus review yana.. Kathy memang baik..

    ReplyDelete
  10. Blog yang ni rasanya memang pernah masuklah tapi tak kerap. Kalau dah dia buat editing blog memang terrorlah. Saya ni lagilah tak tahu apa-apa. Nasib baik survive juga :)

    Eh, tetiba saya pun tak tahu nak komen apa! Bukan apa, nak mengejarkan waktu balik kerja. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu memula pun cam MD juga
      banyak buat sendiri..ikut suka hati sendiri
      tapi lelama saya rasa saya perlu serahkan pada yang pakar
      saya memang tak berkebolehan untuk sentuh coding..hehe

      cepat juga ye MD balik...untunglah
      saya pukul 6 ptg baru kuar, sampai rumah lebih kurang 6:30

      Delete
  11. antara rakan alam maya yang terawal, sampai sekarang..rajin kak kathy ni, manage sampai 2,3 blog sekali.ni baru namanya blogger tegar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita
      dia antara supporter kuat dan terawal menyokong DSM
      baik orangnya...kagum dia punya semangat
      kebolehan dia dok edit blog tu, belajar sendiri aje
      kalau akak, memang ke laut jawabnya...hehe

      Delete
  12. blog ni pun akak tak pernah singgah rasanya, bolehlah akak singgah dan follow nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgahlah kak
      lama juga dia ni dalam dunia blogging ni
      orangnya pun ramah aje =)

      Delete
  13. Kak Kathy jugak seorang peramah dan pengeLIKE tegar kat FB auni... hahaha... kalau celik mata tengok kemain banyak notification dari beliau.... Ada keinginan nak jumpa beliau depan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! tepat sekali
      akak pun ada keinginan yang sama
      dia antara blogger yang akak nak jumpa sangat

      Delete
  14. Siapa yang tak kenal blog Kathy ni! Blogger yg hebat sampai boleh edit dan buat tempahan blog lagi!

    p/s: Template YY ni pasang sendiri ke? Bagus! ada kemajuan dan berani berubah. Menarik dan saya sukakannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...tak patut kalau tak kenal kak kathy kita ni

      p/s-idaklah BM. mana saya pandai buat benda gini. terima kasih. tetiba kembang pula kena puji dengan otai =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...