Blog Review | Jari Manis Travel List

7:38:00 am Yana Yani 85 Comments

Bermula hari ini, YY akan review blog mereka yang berada dalam senarai Top Pengomen di blog Diari Seorang Mama (DSM) sepanjang September yang lalu seperti yang YY ceritakan di sini.

Blog pertama yang YY review adalah milik seorang traveler yang sangat sweet orangnya. Dia juga adalah antara pengomen yang meninggalkan komen lebih dari satu dalam setiap entry YY.

Disebabkan kerajinan dia maka dia berada di tangga teratas Top Pengomen di blog DSM sepanjang September lalu. Orang yang YY maksudkan adalah saudari Jari Manis (JM)! Yeah!

Sila tepuk tangan! Kuat sikit tepuK tangan tu, tak dengar ni (^_^)

Blog Review | Jari Manis Travel List
Klik banner untuk ke blog Jari Manis : Travel List

Masuk aje blog Akak JM kita ni, kita akan disambut dengan banner di atas dengan berlatarbelakangkan gunung yang YY kurang pasti di mana. Tapi gambar tu memang cantik.

Anyway, berdasarkan nama blog korang dah boleh agak yang blog JM ni menggunakan niche pelancongan. Niche seperti ini memang mampu meraih pageviews yang tinggi.

Sebab tu tak pelik dengan jumlah pageviews yang cecah jutaan walau usia blog YY dan JM tidak jauh berbeza. Niche seperti ini memang menjadi dambaan dan meraih kunjungan trafik berterusan.

JM pun ada banyak berkongsi tips dan guideline untuk ke setiap negara yang dia pernah lawati. Contoh macam jumlah perbelanjaan, makanan halal dan sebagainya ditulis secara details.

Gambar-gambar pun sangat menarik buat kita rasa macam berada di tempat yang sama.

Blog Review | Jari Manis Travel List

Blog JM sangat ringkas. Nak access pun senang tak berat sebab blog dia tak banyak widget.

Tapi kalau timbang dekat sini, blog JM dikategorikan berat berdasarkan saiz yang melebihi saiz saranan iaitu di bawah 100kb. Saiz blog JM kalau ikut time YY timbang ni adalah 218.65kb.

Mungkin dia kena kuruskan sikit saiz blog dia tu (^_^)

Blog Review | Jari Manis Travel List

Lagi satu yang menarik pasal blog JM ni adalah kesetiaan pembaca blog dia.

JM yang YY kenali agak jarang update blog. Mungkin sibuk dengan tugasan harian dan mungkin juga disebabkan kekerapan dia travel menjadi faktor utama.

Tapi satu entry dia mampu meraih ratusan komen!

Kalau orang macam YY pergi blog dia dengan niat untuk tersenarai dalam top pengomen, rasa macam mission impossible! Orang hak yang duduk tangga teratas tu tinggalkan ratusan komen!

Padahal paling banyak JM terbitkan entry adalah di bawah sepuluh entries setiap bulan. Entah ilmu apa diorang semua dok pakai. Hairan betul! Ada perewang agaknya memasing (^_^)

Rasanya YY nak kena pergi bertapalah baru boleh tersenarai top pengomen kat blog JM (^_^)

Blog Review | Jari Manis Travel List

Tengok gambar dekat atas, sweet kan Akak JM kita ni? (^_^)

Kalau siapa yang belum berkenalan dengan JM, silalah berbuat demikian dengan klik pautan di sini. Khabarnya dia ke Indonesia pula kali ini. Which part of Indonesia? Kurang pastilah pula.

Yang pasti, YY baru sangat baca entry dia yang travel solo di Bangkok bebaru ni. Ni dia travel lagi. Ish, syok betul rasanya! Entah bila YY pula berpeluang naik kapal terbang (^_^)

Itu sahaja buat masa ini. Minta maaf terutama buat Akak JM kita kot ada mana-mana bahagian dalam entry ini yang menyinggung perasaan. Sorry tau sebab ambil gambar tak minta izin (^_^)

Siapa pula yang kena review lepas ni? Tungggguuuu! (^_^)

85 comments:

  1. Kaki jalan JM ni YY:)
    Sekarang ni pun dia tak ada di Malaysia
    Jerebu pun sebab semua dah di planning tetap dia ke Indonesia juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye saya tak nafikan
      memang kerap sangat dia teroka ke tempat yang saya hanya boleh mimpikan =)
      tu lah pasalnya, nampak juga yang dia kata ke Indonesia tu

      Delete
  2. saya pun suka kawan ngan kak JM ni..tak kedekut ilmu.kadang-kadang segan sebab kita komen sikit je, dia balas berbelas-belas.

    p/s:memang manis orangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah. dia memang baik orangnya
      dia kalau datang sini pun berdas-das dia tembak =)

      p/s-sal pun apa kurangnya =)

      Delete
    2. adoi!!! haahahah senyum baca komen korang nu

      Delete
    3. mesti senyuman memanjang tu =)

      Delete
  3. Mcm nama pena dia Jari Manis, orangnya pun manis jugak. Okje dah kenal JM ni. Beberapa kali jugak ke blognya. Nanti nak singgahlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. sweet aje sesuai dengan nama pena dia =)
      singgahlah OKje

      Delete
    2. kak Hainom Okje....kat mana yang manis nya....Jari je yang MANIS heheeheh

      Delete
    3. ala JM ni...merendah diri plak
      memang sweet apa! =)

      Delete
  4. aida follower JM jugak.
    baru lagi bersahabat dgn JM di alam maya :)
    alhamdulillah. luas perjalanan, byk pengetahuan yg JM share dgn kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya. dia pun sangat peramah
      pengalaman yang dia kongsi tu boleh jadi guideline buat kita

      Delete
    2. Adianiez AIDA....terima kasih..muahh!

      Delete
    3. tolong jawab kan tuk aida...sama-sama...muahh! =)

      Delete
  5. owh , memang blog kesukaan saya ni . byk gak dpt buah tgn dr dia . dia klu bom blog org , blh berjela ... mrk yg dok dlm senarai teratas blog jm tu sbb mrk dok bersembang kencang ...kelakar wey klu baca sembang mrk tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan. bezanya tak mampu nak laku cam diorang
      entah berapa lama diorang dok ngadap
      sebab tu saya kata diorang cam ada perewang =)

      Delete
    2. ahakss...Sumber Inspirasi...lawak lah hee...itu tempat mereka komain bukan komen eheheh

      Delete
    3. hehe..komain...istilah baru tu

      Delete
  6. Memang best baca belog JM. Orangnya pun peramah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. dia memang peramah

      Delete
    2. Terima kasih Kathy...sorry tau ..dah lama kita x ziarah blog Kathy tu ..huhuh

      Delete
    3. kita samalah JM
      saya pun tak singgah lagi blog kathy

      Delete
  7. JM memang peramah dalam blog.. katanya realti dia pemalu.. hehe.. org yg suka travel biasanya sedikit 'ramah' kan. yelah kata org malu bertanya sesat jalan.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. smua orang akan cakap camtu
      saya pun pemalu juga apa dalam dunia realiti..hehe

      Delete
    2. kih kih kih...mula-mula memang lah malu Suida lelama..haaa ko gelak x ingat dunia hehehe

      Delete
    3. hehe...saya pun gitu JM =)

      Delete
  8. Seronok baca kisah travel dia, tapi sayang dia sangat busy nak update blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang ralat kan
      kalau tak memang banyak benda menarik kita boleh tengok kan

      Delete
    2. sorry Suida...x sempat...almost byk travel trip nk masuk museum huhuh

      Delete
    3. hehe...lama sangat terperap, sampai masuk museum

      Delete
  9. JM ni mmg terkenal dengan meninggalkan komen berdas2 kat blog kita... hahahaha kita hantar 2/3 komen dia balas balik... berbelas-belas... malah pernah juga puluh... ish ish ish....

    Jap nak tanya.... "perewang" tu apa? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      ni yang unik pasal dia. pastu dia bukan takat komen kosong
      dia memang komen berdasarkan apa kita tulis
      menampakkan betapa komitednya dia =)

      perewang tu dalam bahasa jawa adalah pembantu
      kalau dekat indonesia macam ada unsur mistik di situ =)

      Delete
    2. Hai Nora!! jangan serik dgn JM tau...sakit tak kena banyak DAS tu hehehe

      Delete
    3. tak serik JM wei
      cuma tak mampu melakukan benda yang sama

      Delete
  10. Alamak! Rugi tak wat betul2 blogwalking masa bulan September

    ReplyDelete
  11. Saya selalu aje dengar nama JM ni tapi tak ingatlah pulak pernah ke blognya atau tidak. Tapi rupa sebenar JM ni, inilah kali pertama saya nampak. Selalu nampak nama JM ni di blog Dik Sal kita ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. p la beramah mesra dengan dia MD
      kaki bom blog orang dia tu
      MD kalau bom panjang kan
      dia kalau bom, tak sempat nak balas tau...bertubi-tubi

      Delete
    2. kah kah kah ...komen YY ni lawak!

      Delete
    3. hehe...tang mana lawaknya JM wei

      Delete
  12. Lately ni dah jarang singgah blog JM. Kekangan masa. Ada masa nnt nak singgah. SUka baca pasal travel dia tu ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya singgah juga kalau berkesempatan
      tapi tak mampu buat cam top komentor dia buat =)

      Delete
    2. Fiza Rahman..miss u!! sihat tak? lama x borak2 kan

      Delete
    3. fiza oo fiza...JM tanya tu
      jawab lah =)

      Delete
  13. Aiza baru terjah blog beliau.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aiza sudi singgah di blog JM

      Delete
    2. sama-sama, tolong jawabkan bagi pihak aiza =)

      Delete
  14. uuuish Kak YY siap timbang berat tu ngeh3..
    kalo timbang blog CT brapa agaknya.. timbang blog tau bukan timbang CT hahaha.

    ReplyDelete
  15. Dia rajin mengomen kat blog orang.. Tu rahsia yg dia boleh dapat beratus komen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu satu yang pasti
      kalau komen bukan sikit
      semua entry tinggal dia terjah =)

      Delete
    2. ehem ehem ehem....we as a blogger we support each other....sis JM blas kunjungan yg datang ;p

      Delete
    3. i like this statement
      we as blogger, we support each other

      Delete
  16. Akak JM kita ni sangat friendly. Tapi kaki kena ikat, kalau tak selalu je tak der kat Malaysia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang friendly sejak first day kenal dia =)
      kaki kena ikat? dengan sape?
      jeng..jeng

      Delete
    2. kah kah kah...kena ikat katanya...esok mlm dh x sabar nk tggu AA buat sale ni..22 hb tepat jam 12 g ada sale dari Air Asia...aduss...baru lan nk rehat sikit tahun depan tp mcm tak boleh je ;p

      Delete
    3. mak ai! jealous sungguh ni
      nak travel lagilah tu...ke mana destinasinya JM

      Delete
  17. kita kenal sangat kak JM. hahahaha. memang sungguh rajin tinggalkan komen banyak2. kak JM rajin travel. jeles tengok. harap2 one day dapat jadi macam kak JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM ni rasanya memang ramai kenal
      sebab dia agak popular dan ramah kan
      akak pun selalu dok bayang dapat travel cam dia
      sonoknya kalau dapat tengok negara orang cam dia kan

      Delete
    2. Amy!!!! tq!!! sorry dear dah lama x terjah blog Amy tu..sorry bukan x nak bukan x ingat tp x sempat..ada masa nanti sis ziarah eh

      Delete
    3. samalah dengan saya pun JM
      belum sempat ke teratak dia

      Delete
  18. blog jm memang banyak tip travel.. sape yg bercadang nak melancong tu, memang wajib terjah blog jm.. hehe

    dah laa friendly JM ni.. ")

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...JM ni memang friendly
      pastu cara dia menulis mengenai tempat dia pergi
      memang buat kita pun rasa nak pergi sama kan

      Delete
    2. Wawa!!! jangan puji lebih lebih tak tdo mlm kang sis JM nanti hhehehe

      Delete
    3. dah tu dapat tido tak?
      ramai yang puji ni

      Delete
  19. Pernah simpan nawaitu nak jadi top komentar tapi memang mustahil sebab pengomen setia beliau kemainlah ramai... malah jenis tegar punya.... kita ni ada komitmen yang tinggi memang tak boleh kejar...

    Akak JM memang sweet sangat.... nak kenal boleh?? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sama yunk wei
      tapi memang tak boleh punya...dia punya komen memang terlajak hebat
      bukan tandingan kita mereka tu. hebat JM ada pengomen camtu

      dia memang sweet. senyuman dia terutamanya =)

      Delete
    2. Tunsha Ayunia...buat2 x kenal sis JM tie...babab kang...sis JM pun dah lama x terjah blog Ayu tu x sempat

      Delete
    3. hehe...babab cepat
      nak tengok ni...hehe

      Delete
  20. ahaksss....SERONOK BERONOK ada orag review blog titew lah heeee...'malu' sbb blog biasa2 je tu...share kisah travel je huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...review biasa aje JM wei
      tak mampu nak buat hebat
      ni pun sebagai tanda appreciation untuk semua komen yang ditinggalkan =)

      Delete
  21. backgroud blog tu Gunung Everest lah YY hihih...tapi header tu dah lama x tukar...x de masa sbb asyik nak BW je...balas kunjungan kawan-kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...gunung everest ke? mana nak tahu
      nampak sangat tak kenal tempat yang popular tu...hehe
      tak pe JM...slow2

      Delete
  22. Sila tepuk tangan! Kuat sikit tepung tangan tu, tak dengar ni (^_^) <--- kuat sikit 'tepung' tangan heheh..saje cari pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...JM ni perasan aje tau!
      malu lah pula dibuatnya...mana nak sorok muka ni
      anywhere dah betulkan...terima kasih ye

      Delete
  23. ehh...ye ke...ringan eh...yahoooo!!! alamak!!! berat eh? nampaknya JM perlu buat sesuatu sbb melebihi 200Kb tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masuk tak ada masalah
      tapi tempat yang saya timbang tu kata, blog JM agak berat

      Delete
  24. eheeheh....senyum lebar tau sis JM baca entri ni..so sweet YY buat review...trip ke Indonesia tu sis JM ke Surabaya dan Yogjakarta

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...glad you like it and it is my pleasure to do so
      masa saya buat ni, tak tahu JM ke mana..hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...