Blog Review | Cerita Tentang Kita

11:00:00 am Yana Yani 45 Comments

Salam Jumaat dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa sunat 10 Muharram yang jatuh pada hari ini. Anyway, hari ini YY teruskan review blog yang ketujuh yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).

Blog kali ini dimiliki oleh seorang Mama yang mempunyai tiga orang cahaya mata yang sangat comel belaka. Dia menggunakan nama pena +aryan azra, nama gabungan ketiga-tiga anak dia. Nama penuh dia, dia tak pernah reveal dalam blog so tak adil pula kalau YY share walau YY tahu nama penuh dia (^_^)

Yang pasti YY sangat suka tengok penampilan blogger yang YY panggil Akak AA ni. Penampilan dia buat dia tak kelihatan seperti seorang Mama kepada dua orang hero dan seorang heroin. Nampak cantik dan lembut aje orangnya. Kalau banding dengan YY, YY cantik sikit aje. Hehe! Muntah hijau orang yang membacanya!

Blog Review | cerita tentang kita
Klik banner untuk ke blog cerita tentang kita

Sekali pandang blog yang diberi nama Cerita Tentang Kita ni, kita dah boleh agak ianya blog berbentuk peribadi. Akak AA kita ni memang banyak bercerita tentang kehidupan seharian dia terutama melibat ketiga-tiga anak yang semakin membesar. Kadang coretan yang dia tulis seolah menggambarkan yang dia sedang bercakap dengan anak-anak dia. Teremosi juga YY ni bila baca tu.

Blog Akak AA ni sangat simple, tidak begitu berat dan sangat mudah untuk diakses. Tak banyak yang boleh YY perkatakan. Stuck juga YY dibuatnya. Hehe! Overall nampak okay aje blog Cerita Tentang Kita pada pandangan mata YY. Lagipun dia ada semua widget seperti yang disyorkan oleh saudara Hasrul Hassan di sini.

Blog Review | cerita tentang kita
Blogger Aryan Azra bersama keluarga

Untuk makluman, Akak AA kita ni sebenarnya bukan orang baru dalam dunia blogger. Dia lebih senior dalam dunia blogger ni berbanding YY. Cumanya blog dia yang sebelum ini telah "dilupuskan" atas sebab-sebab tertentu. Dia juga merupakan blogger yang tinggal sama daerah dengan YY. Malangnya sehingga ke hari ini, kami belum berjodoh untuk berjumpa.

Lagi satu Kak AA sangat hebat bab memasak. Tiap kali dia letak gambar masakan dia, meleleh air liur juga dibuatnya. Hehe! Dia juga khabarnya ada buat bisnes membuat kek secara kecil-kecilan.

So bagi sesiapa yang belum mengenali Akak AA yang sangat gorgeous ni, silalah berbuat demikian. Tak rugi mengenali dia. Dia ni pun agak rajin menghantar skuad mengebom ke blog YY ni.

YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. Lagipun YY tak tahu nak mengomel apa dah. Hehe! YY minta ampun dan maaf khususnya buat Akak AA sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Akak.

Tinggal lagi tiga blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga penghujung bulan Oktober untuk lunaskan janji YY. So blog siapa seterusnya? Tungguuu...

45 comments:

  1. Tuan empunya blog yg direview belum komen bagi kakak komen dulu YY
    Blog yg santai dan simple tapi mampu menarik ramai kawan bertandang inilah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak apa kak
      dia mungkin tak perasan lagi time ni =)

      tulah pasalnya...kadang tak perlu meriah sangat
      janji isi yang cukup buat orang addicted

      Delete
  2. Berkenalan dan mengenali hanya melalui blog pun dah terasa kemesraannya, tapi kalau dapat berjumpa mesti lagi kecoh dibuatnya! haha...
    Tidak kiralah bagaimana rupa dan gaya blog, jika empunyanya mesra dan pengisiannya best dan tersendiri... pasti mendapat perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kadang selalu juga berwhatsappa kami ni BM
      masing-masing ada keluarga yang buat susah sikit berjumpa
      siapa tahu dalam masa terdekat ni berpeluang jumpa =)
      kecoh? mungkin tetiba saya jadi pendiam...hehe

      Delete
  3. ok..nanti nak terjah.nak tengok betul ke kak YY lagi cantik...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terjah lum ni? mana lagi cantk? haha

      Delete
    2. sudah pastinya akak lagi cantik sal wei! hehe

      Delete
    3. dia dah ada jawapan tu syida
      segan nak cakap aje...hehe

      Delete
    4. speechless ni nak jawab..hahaha.dua-dua pun ada kecantikan sendiri, yang penting cantik di mata suami. gitewww.. *jawapan Melodi*

      Delete
  4. Bestnya kalau kena review.....hihi....
    Okje macam belum kenal lagilah dgn blogger ni, boleh jugak menerjah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ye? kalau saya...tatut! hehe
      p la berkenalan OKje...blogger lama ni
      cuma orangnya low profile

      Delete
    2. saya suka, boleh tahu pendapat orang tentang blog kita..kalau review blog takpe, jangan review blogger...tu ye takut

      Delete
    3. ada ke review blogger sal? hehe
      akak takut..sebab tak tahu camne pandangan orang...hehe

      Delete
  5. blog akak kena review...alamak malu akak ni yana hehehe, gorgeous ke? mana ada pandai masak pun yana, biasa2 je..

    apapun terima aksih ye review blog akak,akak suka semua apa yang yana tulis tu..tiada yang menyinggung perasaan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. semestinya akak gorgeous!
      mana pula biasa-biasa aje...luar biasa tu kak
      bukan semua boleh buat macam akak. sayalah terutamanya =)

      alhamdulillah akak suka. bimbang aje ada yang buat
      akak terkecil hati =)

      Delete
  6. Cuba aturkan dinner together2 ke.. hehe.. mesti meriah kan nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi mak-mak ni susah sikit syida
      tengoklah nanti kalau berjodoh untuk berjumpa

      Delete
    2. mana tahu boleh berbesan.eh...

      Delete
    3. kan...
      kebetulan anak dia ada sebaya aisyah...hehe

      Delete
  7. Belum sempat terjah lagi ni sis. sibuk layan GA GMBm dan novel antu. Hehehehhee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...novel hantu kan kak...akak bagi percuma pun
      saya belum tentu baca...hehe
      dasar penakut!

      Delete
    2. hehehehehhee.. jangan takut. baca review je la yer nanti k.

      Delete
    3. baca review insya allah
      jangan kasi unsur keseraman sangat ok =)

      Delete
  8. wah, ada bisnes buat kek ye. syoknyaa!!!! comel gambar dalam tu hehe. happy family

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dia ada buat bisnes kek
      p terjah blog dia...dia ada blog khas untuk bisnes tu
      sweet kan gambar tu =)

      Delete
  9. bagus riview yana buat.. insyaAllah nak terjah blog beliau.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa malu aiza kata gini
      padahal biasa-biasa aje review ni

      Delete
  10. lepas ni boleh la YY aturkan temujanji minum2 petang ke dengan akak AA ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya aritu dah nyaris nak berjumpa
      tapi tulah diana, bukan berjodoh =)

      Delete
  11. kak yan suka singgah di blog Aa...banyak cerita tentang 3 anak nya yang comel2

    ReplyDelete
  12. Blog yang inikan dah beberapa kali jugalah saya cuba nak berkenalan tapi biasalah dapat baca separuh pastu terpaksa balik rumah :) Ada aje kengkangannya. Tapi tak ingatlah sebenarnya saya dah betul-betul sampai ke tidak ke rumahnya. Saya kalau datang menziarah, mesti nak bawa bom komenkan! Kalau takda tu memang tak pernah sampailah gamaknya!

    Nantilah kalau dah free berblogwalking saya terjah. Saya pun selalu nampak namanya di sini. YY, anak AA ni ada tak sebaya Aisyah? Yang itu saya dah booked lama tau. Saya cancel dari senarai baru boleh keluar dari list. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak penah nampak MD di sana
      so confirm belum penah terjah...hehe
      p la berkenalan...ada anak dara juga tu
      kot lah nak panjang list senarai besan...

      anak dia memang ada sebaya aisyah...suka hisap jari juga tu
      tak tahulah sekarang ni hisap jari ke idak
      eleh...cakap ajelah tak nak. tak payah berbasi2
      kita pun kalau orang dah tak sudi...boleh aje cari hak lain
      kan aisyah kan...hehe

      Delete
  13. Saya baru je jadi 'kawan' blogger AA ni... belum sempat menyelak lembaran dan catatannya yang lepas-lepas.

    ReplyDelete
  14. Memang selalu terjah blog AA ni ☺

    ReplyDelete
  15. Terjah semata2 nak tengok siapa lagi cantik... hahaha.... comel kak aryan ni rupanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tapi akak pun cute kan?
      perah santan betullah kan? hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...