Blog Review | Blog Sal

12:04:00 pm Yana Yani 60 Comments

Alhamdulillah hari ini YY masih lagi bernafas dan mampu untuk meneruskan review blog ke lapan yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).

Sebenarnya bila bercerita tentang blogger yang sorang ni, dia buat YY teringat pada adik yang paling rapat dengan YY. YY pernah ceritakan tentang Angah di sini. Ada banyak persamaan antara mereka berdua terutama dari segi umur dan beberapa perkara lain. Bezanya blogger yang ni sangat meminati sukan bola sepak.

Blogger yang YY maksud tak lain dan tak bukan adalah SalbiahM atau lebih dikenali sebagai Sal dikalangan blogger lain.
Blog Review | Blog Sal
Klik banner untuk ke Blog Sal

YY difahamkan bahawa Adik Sal kita ni meminati bunga. Tapi satu-satunya bunga yang boleh dilihat di blog beliau adalah pada header blog. Walau header dia kelihatan simple tapi sangat menarik pandangan mata YY. Lagipun YY ni apa sahaja berkaitan bunga memang buat YY semacam. Hehe!

Blog dia sekali pandang agak ringkas dan tidak mempunyaI banyak gadget ataupun widget yang berkeliaran sekaligus merupakan antara faktor utama blog dia agak ringan. Tapi mungkin boleh dikuruskan lagi. Cuma satu yang YY tak berapa berkenaan adalah blog ini tidak meletakkan gadjet Blog Archive.

YY kebiasaannya memang menggunakan gadget tersebut untuk melihat post lama sesebuah blog. Sejujurnya agak tak convenience nak cari post lama blog yang diberi nama Blog Sal ni. Even kalau Sal tak berapa berkenaan dengan gadget tersebut, Sal perlu mempertimbangkan untuk letak Recent Post atau Popular Post untuk memudahkan pengunjung blog menghantar skuad mengebom (^_^)

Blog Review | Blog Sal
Blogger SalbiahM

Other than that, dah awesome! Especially gaya penulisan Sal yang santai dan buat kita ingin baca sehingga ke noktah terakhir. Serius memang seronok baca. Macam baru-baru ni cerita tentang percutian dia di Melbourne memang buat YY terasa seperti berada di sana. Dengan gambar-gambar yang cantik menambahkan keseronokkan membaca pengalaman sepanjang dia di sana.

Bagi sesiapa yang belum berkenalan dengan gadis yang mempunyai senyuman menawan ni, silalah berbuat demikian. Tak rugi mengenali Sal yang juga berkerja di salah sebuah syarikat penerbitan yang terkemuka di Malaysia ni. Dia juga ada skuad pengebom tersendiri tau (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. YY minta maaf khususnya buat Sal sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Sal. Sorry ye (^_^)

Tinggal lagi dua buah blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga Jumaat nanti untuk lunaskan janji YY. Blog siapa pula lepas ni ye? Tungguuu...

P/S - Takziah buat blogger +Qaseh Vee yang kehilangan ibunda tercinta pada Sabtu lepas. Semoga arwah ibunda Vee ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.

60 comments:

  1. Blog sal ni yan lom terjah lagi..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. anum cipta rekod ni
      ni panjang juga komen ni =)

      Delete
  3. Yes agree, Kak Sal perlu pertimbangakan nak letak blog archive.. I nak terjah entry lama pun susah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...susah betul nak tengok post lama dia
      nak mengebom pun jadi lama sebab strategik kena lain
      hehe

      Delete
    2. ramai jugak yang suggest benda sama..akan dipertimbangkan...hihi

      Delete
    3. serius memang agak tak convenience yunk =)

      Delete
  4. Alahai... comelnya tuan punya blog :)
    Semoga ukhuwah anda berdua berpanjangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada unsur kenakalan di situ =)

      aamin BM! insya allah. itulah harapannya

      Delete
  5. Dik Sal! Siapa yang tak tahu. Ni geng-geng yang kena sedia Neslo kalau datang ni. Tak kiralah kita ke rumahnya atau dia ke rumah kita. Sal ni bab mengarang story bola memang hebat. Tercengang-cengang saya membacanya tau sebab sepatah apa pun saya tak faham tapi kukuatkan juga semangat habiskan membaca sampai ke huruf yang terakhir. Hahaha!

    Amboi, bukan main bodek Sal ni mesti ada makna. Nak ajak gubah bunga sama-samalah tu @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..amboi-amboi kak MD, tu baru baca saya tulis pasal bola, belum baca yang YY tulis..kak YY ni lagi terer sebenarnya, saja tak nak tunjuk.

      boleh aje menggubah bunga sama-sama

      Delete
    2. Padanlah sekarang Sal bukan main ngam ngan akak 13 tahun ni yerk. Tengah pakat gubah bunga rupa-rupanya. Nanti kalau terlebih gubah, hantarlah satu ke rumah akak. Kang korang berdua suka betul Neslo kat rumah akak kan!

      Ni mana tuan rumah ni senyap aje? Takkanlah komputer pejabat pun tenat. Nampak sangat tuan rumah ni tengah sibuk mengunyah di pejabat tau. Kalau tidak, dah tentu dia reply berjemaah juga. Dia bukan boleh kalau orang bawa squad datang, cepat jerk nak membalas serangan ~_^

      Mehlah tuan rumah... jomlah kita reply komen sama-sama. Nak Coke tak? Nak? Nak?

      Delete
    3. ni kira kes membalas dendamlah ye
      eleh...tak heren pun. lagi baguih kalau buat selalu
      idaklah saya kena reply komen bebanyak
      senang sikit kerja...hehe

      saya coke tak heran sangat...neslo ais mana neslo ais
      ada neslo ais...confirm okay aje! hehe

      sal...kalau ko cite dia dah pening pasal bola
      kalau akak cite lagilah dia pening
      moralnya tak payah citelah
      kan jadi bahan aje...bukan boleh dia tu...hehe

      Delete
  6. kaknoor pun jarang jenjalan blog Sal lepas ni boleh lah ronda2 hatta blog YY pun akak jarang kesini sorry ya, ni pun sbb td ke blog MD, lepas itu te gok ada yg menjawab semua komen2 do blog MD itulah terus kaknoor terbang kesini nk te gok siapa kah gerangan yg berani tu hehee jgn marah ya YY akak main2 je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tkpelah kak noor, kita masing-masing ada komitmen sendiri kan..kalau sesekali jalan-jalan tu tegur je, walaupun kat blog orang lain

      Delete
    2. Besan saya ni KakNoor memang sengaja tau tumpang populariti. Dia kalau takda kerja jerk memang suka alahai tolong saya :) Tak padan dengan usia tak cukup baligh, berani betul dia masuk rumah masa saya takda!

      Errkk...Sal! Jangan marah yerk. Akak tahu ini entri khas untuk Sal tapi akak nak lepaskan batuk di tangga jerk ni @_@

      Hah, tuan rumah! Marahlah kalau berani. Huahahah! Mana air Coke ni tak berhidang lagi? Air beli pun lambat hidang. Habislah kalau bakal menantu ikut perangai mamanya!

      Delete
    3. hehe...saje saya nak gurau2 manja dengan MD tu
      alahai tak ape kak noor, saya faham
      saya pun kadang gitu...hehe

      alahai tak marah pun MD wei
      lain kali buat la lagi...
      tengok, dah kurang dah kena komen
      suka i...u!

      Delete
  7. Cik Sal ni rajin juga ke blog bunda...rajin nlogwalking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik Sal memang rajin, Bunda. Tuan rumah ni pun rajin juga. Tapi itulah kalau rajinnya lambat mai, mulalah lama dia bertapa tak keluar-keluar rumah!

      Nanti saya datang rumah Bunda yerk. Saya pun rajin juga ^_^

      Delete
    2. saya aje belum sampai rumah bunda...hehe
      sat ye bunda, nanti sampai

      Delete
    3. laa...kata bakal besan
      maka harus berlama-lama...silap haribulan
      lupa terus jalan pulang! hehe

      Delete
  8. kekangan masa buat saya selelau terlupa nak singgah blog sal..huhu..kesian Dia..dulu dia selalu datang blog saya tapi sebab saya ni asyik tak sempat nak ke blog dia ,dia pun makin menympah dah agaknya nak ke blog saya..ekeke..sorry sal..nanti akak singgah blog Sal ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mana ada kak DR, saya menyinggah je, tapi bila dah makin lama blog yang di-follow, makin banyak yang terlepas pandang.kadang-kadang baca je, pastu klik iklan, takde idea nk komen

      Delete
    2. Alah, DR...kita-kita ni hati keras kejung. Tak kecil hati punya kalau orang tak datang komen. Kalau orang nak buat kotak komen tu hak dia pun kita tak kisah. Ya tak, Sal?

      Ya tak, tuan rumah?

      Kahkahkahkahkah........... #sesekaligelakjahat

      Delete
    3. samalah kita diana wei...
      kadang ada juga blog terlepas pandang

      eh kita samalah sal
      kadang baca, tapi tak tahu nak komen apa...hehe

      ni bukan kecil hati tahap dewa ke
      sampai datang dengan niat membalas dendam
      eleh...chill lah MD...i ok aje what! =)

      Delete
  9. Wahhh...glamer blog cik sal kita.Dan YY walaupun dalam sibuk..sempat jugak buat review...tahniahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya idaklah sibuk sangat sebenarnya cikgu
      kalau sibuk pun awal bulan sampai tengah bulan
      biasa hujung bulan saya senang sikit..hehe

      Delete
  10. ok..I is terharu disamakan dengan adik kak YY yang cantik dan pandai masak tu..hihi.tapi takpe, kita sendiri tahu apa persamaan kitorang ek. Syhhhhh...diam-diam sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Sal! Nak terharu apanya.... Buat-buat biasa ajelah. Kak YY ni memang suka review blog kawan-kawan. Maklumlah, dia dah takda idea nak update blog sebenarnya. Hahahaa...

      Kak YY oh Kak YY! Review blog kita sekali lagi boleh? Kita teringinlah nak tolong reply komen dalam blog ni. Macam best jerk. Macam hebat jerk ^_^

      Delete
    2. serius sal..
      kalau sebut kamu ni memang buat akak teringat adik akak
      kamu pun pandai masakkan...cantik pun ye juga
      pendek kata banyak similarity nyer =)

      Delete
    3. eh berapa banyak kali nak review blog u MD
      lahai...berapa kali nak kata ni
      sumpah i tak kisah u...lagi suka
      jimat masa i nak reply! hehe

      i bukan takde idea...idea sikit punya banyak ni
      takde kelengkapan aje
      tu yang gunakan blog review ni
      kang tak update blog...rindu plak
      siap berwhatsapp tanya khabar kan...hehe

      Delete
  11. thanks kak, review blog saya.Nanti saya take note.don't worry. saya open minded punya worang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal, walaupun sangat menghargai tuan rumah berusia 13 tahun ni, janganlah kerja update kisah bunga pulak semata nak ambil hati dia yerk! Bernanah nanti akak nak komen; tak tahu nak komen apa. Kalau Sal tak mahu blog Sal jadi macam ni kena hack, janganlah sesekali tulis pasal bunga panjang berjela ya ~_^

      Delete
    2. Eh, dah habis dah kita tolong komen! Alahai cepat pulak habisnya. Ingatkan bolehlah tolong balas komen sampai pukul 4.30 petang nanti.

      Okey, I balik dulu yerk tuan rumah! Kalau rumah tu berselerak minta maaflah. Seronok pulak kuak lentang kat rumah orang ni @_@

      Delete
    3. akak buat mana yang mampu aje sal
      itu semua hanya pandangan peribadi akak aje
      lain orang mungkin lain pandangan =)
      apapun you're most welcome

      eh kat atas tu ad juga komen yang u tingal MD
      makan gaji buta apa ni
      main skip2 komen plak
      alang-alang nak komen...komen semualah!
      cepat betul nak baliknya...menci tau
      lain kali datang lagi ye =)

      Delete
  12. tahniah utk ciksal yg kecil molek sudah direview blognya., hehe2

    ReplyDelete
  13. Hi Cik Sal.. Awak memang comel pun. Macam gula2.. :D

    ReplyDelete
  14. Comell Cik Sal..dah lama juga follow beliau...hihi..
    salam perkenalan ya... singgah follow # 373 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah sini ye
      nanti saya balas kunjungan =)

      Delete
  15. blog gadis pecinta bola sepak. hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita berdua pun sama pencinta bola kan kak
      bezanya bukan gadis aje...hehe

      Delete
  16. Dah lama gak tak singgah blog sal.

    ReplyDelete
  17. Oh Sal.....yezza setuju dgn awak YY...Sal mmg mrmpunyai gaya penulisan yg santai. Kekadang kelako pun ada. Mmg tak percaya minah ni suka bola.

    Orang kampung mak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan OKje! dia memang pandai menggarap
      sebab tu ramai suka baca bebelan dia =)

      yeke? tak tahu plak

      Delete
  18. hehehhehe....kenai sgt dgn sal nih.....sempoi jer org nyerrr....

    ReplyDelete
  19. aiza terus blogwalking ke blog beliau.. ;)

    ReplyDelete
  20. ahaksss...blog Sal pun kena review eh...best woo baca blog Sal ni itu sbb suka BOOmmm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sis JM pun suka bom juga apa...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...