Blog Review | belajar untuk sabar

1:37:00 pm Yana Yani 41 Comments

Hari ini adalah Jumaat terakhir di bulan Oktober. Hari ini juga adalah blog review yang terakhir YY lakukan sebagai menghargai kesemua yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).

Blog yang direview kali ini adalah milik seorang individu yang telah banyak melalui asam garam kehidupan berbanding kebanyakkan pembaca DSM yang lain. Dari segi usia memang senior tapi dia masih lagi kategori junior dalam dunia blogger ni.

Blogger yang YY maksudkan adalah +iryanty ahamad

Blog Review | belajar untuk sabar
Klik banner untuk ke blog belajar untuk sabar

Blog yang diberi nama belajar untuk sabar ini adalah satu-satunya blog yang YY review sejak awal Oktober lalu mempunyai berat di bawah paras 100kb. Yang lain semua lebih. Memang sangat simple blog milik Kak Yan ni.

Isi di dalam blog Kak Yan sangat lain daripada yang lain. Kandungan hampir pada setiap post penuh dengan kata yang sangat inspiring. Kadang diselitkan pengalaman Kak Yan sendiri yang turut diselitkan moral sebagai pengajaran buat yang membaca. Jujurnya tiada apa yang perlu Kak Yan ubah pada blog dia. YY suka blog ini seadanya.

Isi kandungan pada blog sudah boleh menarik pembaca untuk kerap berkunjung ke blog dia. Post yang dicoretkan agak ringkas tapi padat dan cukup mudah dihadam. Cumanya mungkin Kak Yan perlu mempertimbangan untuk letakkan gajet Popular Post. Ianya bagi menarik lebih ramai lagi pembaca di blog Kak Yan sekaligus mungkin boleh membantu membentuk niche blog di masa depan.

Lagi satu kotak komen tu YY rasa tak perlu buat dalam bentuk Full Page. Pandangan peribadi YY yang suka hantar skuad mengebom ni, bila kotak komen dalam bentuk begitu agak menyukarkan untuk mengomen. YY perlu buka mana-mana post yang tertinggal di blog Kak Yan siap-siap sebelum tinggalkan komen. Kalau tak YY terpaksa klik Back. Agak leceh sebenarnya.

Tapi selain daripada itu, dah okay. Walau blog ni sekali pandangan tiada apa yang menarik tapi percayalah yang korang semua akan berubah fikiran apabila mula membaca setiap titipan Kak Yan. Banyak benda yang kita boleh belajar hasil daripada titipan Kak Yan.

So bagi sesiapa yang belum mengenali Kak Yan, YY sangat recommend korang untuk mengenali wanita yang sudah berstatus Nenda ni.

Sebelum mengundur diri, YY minta maaf khususnya buat Kak Yan sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini menyinggung hati dan perasaan Kak Yan. YY hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan (^_^)

Post ini adalah post penutup DSM bagi bulan Oktober. Agak banyak juga jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Ini pun disebabkan blog review, kalau tak rasanya lagi sikit (^_^)

Insya ALLAH panjang umur kita akan berjumpa lagi di bulan November nanti. Jaga diri elok-elok ye. Assalamualaikum (^_^)

41 comments:

  1. betul..saya pun pernah share post dia kat facebook sebab mendalam sangt entry2 dia..Blog dia ringan sebab dia pakai template blogger dan tak de widget2 mengarut bagai..mungkin pengisian tu yang dia lebih tekan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan diana
      saya pun suka sangat apa dia titipkan
      menyentuh ke kalbu

      Delete
  2. Nanti singgah jugak blog kak Yan ni....Header pun nampak redup jer warna mesti kak Yan cam tu jugak orangnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah OKje...pasti mesti terus melekat
      sekarang dah bertukar warna rasanya

      Delete
  3. tak pernah lagi masuk blog beliau..insya allah..akan terjah nanti

    ReplyDelete
  4. komen yg mmbina.
    smga diterima utk pembaikan bersama..

    ReplyDelete
  5. Memang setuju. Blog k yan ni kan..catatan dia banyak memberi peringatan untuk kita yang kadang-kadang alpa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cikgu wa
      saya pun suka ke blog kak yan tu

      Delete
  6. Asalamualaikum yy..terima kasih buat coretan untuk blog akak...terharu sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak yana
      saya buat biasa aje kak...pandangan peribadi saya sahaja
      maaf kalau ada yang tidak kena ye

      Delete
  7. Nak terjah nanti.

    ReplyDelete
  8. Kak Yan pernah tanya tentang komen box kat blog dia.. mungkin dia tak tahu camna nak letak komen box seperti yg lain.. tapi singgah blog kak yan memang xrugi..akan ada sesuatu yg kita pelajari dan mengingati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? saya tak pernah tahu dia ada masalah
      kalau dia ada masalah, saya sanggup tawar diri tolong dia
      tulah kan syida...memang banayk benda kita belajar kan

      Delete
  9. kak yan....waaa....glamer kak yan....tak kenal maka xcinta...jgn nilai dr luaran jer kan.....kena tgk isi nye dulu bru leh tau org nye mcm mn kan......sonok kenal di alam maya ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang dah sedia glamer
      ni just menambah rencah dalam keglameran dia =)

      yap! setuju sangat. dari segi rupa memang tak nampak apa
      tapi once baca, banyak sangat ilmu kat situ

      Delete
  10. Terbaik kak Yan...blog beliau penuh dengan kata2 hikmah dan nasihat... :)

    ReplyDelete
  11. selalu gak terjah....dia pun rajin terjah teratak bunda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ni lagi satu habit kak yan yang saya lupa highlight
      dia memang rajin BW

      Delete
  12. insyaAllah aiza terjah blog beliau lepas ini.. ;)

    ReplyDelete
  13. Dah terjah dan follow... penulisan yang simple, padat & inspirasi :)

    ReplyDelete
  14. Sekali sekala saya terjah gak blog kak yan ni.. nampak mcm org banyak pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. saya jatuh hati dengan penyampaian dia =)

      Delete
  15. Yang ini pun saya belum pernah sampai lagi, YY tapi saya dah klik kat atas tu. Kejap lagi sampailah kot saya ke sana ^_^

    Kalau nak menyukai sesuatu blog tu, jangan dilihat sekali lalu aje. Kena baca dua, tiga entri tengok sesuai tak dengan jiwa 'membaca' dalam diri kita ni. Barulah boleh ke-lik, kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena singgah MD
      banyak boleh belajar dekat sana
      betullah kata MD tu...bak kata omputih tu
      don't judge a book by its cover =)

      Delete
  16. blogger kak Yan mestilah kenal...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...