Kepulangan Yang Dinanti
Pemergian mereka untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima sepertimana yang YY pernah ceritakan di
sini mengundang perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Disusuli tragedi
kren tumbang menambahkan perasaan tidak keruan kami yang menanti khabar berita di sini. Jesteru kepulangan
parent in law YY pada awal Oktober lalu diikuti biras YY beberapa hari kemudian sememangnya dinanti.
Afif dan Aisyah terlalu kerap bertanya. Kadang soalan yang sama diaju walau mereka
dah ada jawapannya.
So bila dikhabarkan Nenek dan Atuk akan pulang, reaksi mereka sangat
priceless.
YY juga antara orang yang sangat
excited menanti kepulangan
parent in law YY. Perasaan rindu untuk melihat wajah yang sudah 47 hari tidak dilihat wujud dengan sendirinya dan bukan dibuat-buat. Malahan sepanjang ketiadaan mereka, pulang ke kampung tiap kali cuti hujung minggu terasa sangat kosong.
|
Makcik dan sepupu MyChintaHati yang sangat supporting |
Sesampai kami di KLIA, umat manusia terlalu ramai. Khabarnya pesawat jenis Boeing yang dinaiki oleh
parent in law YY untuk pulang ke Tanah Air memuatkan lebih 400 jemaah. Tempat yang begitu luas
pun terasa sesak sebab masing-masing tidak sabar menanti ketibaan wajah-wajah yang dirindui.
Hasil perkongsian
blogger +Nora Karim mengenai laman sesawang yang boleh menjejaki setiap penerbangan yang pernah beliau ceritakan di
sini, penerbangan balik
parent in law YY kali ini YY jejaki menggunakan laman sesawang yang sama. Terperasan macam bekerja di bahagian kawalan trafik udara pula.
Hehe!
|
Laman sesawang flightradar24.com |
Despite dengan suasana hiruk-piruk, ia sedikit
pun tidak menjejaskan keceriaan Afif mahupun Aisyah. Mereka bertambah seronok apabila perasaan
tu dapat dikongsi bersama sepupu-sepupu mereka.
|
Afif dan Aisyah bersama Rayyan |
Akhirnya saat yang ditunggu tiba jua apabila susuk kedua
parent in law YY dapat dilihat dari kejauhan. Berkejaran kami anak-beranak cuba mendapatkan mereka berdua. Terasa perjalanan untuk sampai kepada mereka terlalu jauh ketika itu. Kami terpaksa menempuh lautan manusia yang sangat ramai!
Sebaik dapat mendekati mereka, tangisan kecerian mula kedengaran. YY sendiri entah berapa kali mengalami ketumpahan air mata yang sangat serius terutama apabila dirangkul oleh Mak Mentua YY. Hangat pelukan berlatar belakangkan lagu tangisan kerinduan masih jelas dibayangan YY.
|
Tangisan kecerian menyambut kepulangan parent in law YY |
Selepas meluahkan segala perasaan rindu, sempat jugalah kami bergambar dengan saudara-mara yang turut hadir menyambut kepulangan
parent in law YY. Masa
tu terperasan
glamour jugalah sebab banyak sangat kamera yang tertumpu ke arah kami sehingga
tak tahu
nak pandang ke arah mana.
Hehe!
|
Bergambar kenangan dengan saudara-mara yang hadir |
Suasana yang pada mulanya sayu bertukar dengan gelak ketawa apabila
parent in law YY mula menzahirkan kerinduan mereka dengan makanan di Tanah Air. "Jom kita pergi makan! Abah lapar!" kata Abah YY ketika kami mula melangkah keluar dari KLIA. Ia kemudian disahut dengan Mak Mentua YY, "Jom! Mak teringin
nak minum air sirap"
Berborak di kedai makan dengan segala cerita sepanjang mereka berada di Tanah Suci menginjak ke pukul satu pagi dan disambung sehingga ke rumah melewati tiga pagi. Terasa macam satu malam mereka
nak habis semua cerita. Bila teringat terasa kelakar
pun ada (^_^)
Tiga hari kemudian, kami ke KLIA semula menyambut kepulangan biras YY pula yang juga berpeluang menunaikan Rukun Islam yang kelima.
|
Antara ahli keluarga biras YY yang hadir |
Aisyah pula asyik
dok belek sepupu dia yang baru beberapa bulan menghirup udara di atas muka bumi ALLAH
ni. Nampak gaya
dah boleh bagi
title Kakak pada
dak Aisyah
ni.
Tapi setakat ke hari ini, doktor belum bagi YY
permission untuk meneruskan hasrat di hati.
Tak mengapalah. Perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik. YY sangat yakin tentang itu.
|
Aisyah dan baby Rabiatul Adawiyah |
Setelah beberapa ketika menanti, akhirnya kelibat biras YY mula kelihatan. Anak dara dia yang berusia dua tahun adalah orang terawal yang mengejar. Mereka berdua
ni memang sangat rapat. Sebak juga bila
dok tengok
respond Ainul Mardhiah bila didukung oleh Abi dia.
|
Ainul di dalam dukungan Abi dia |
Kakak ipar YY pula kelihatan malu-malu apabila suami tersayang mula menghampiri dia. Sweet sangat. Kalau YY, tak adalah nak buat malu-malu gitu. Hehe!
|
Kakak ipar YY |
Afif dan juga Aisyah
tak ketinggalan bersalaman dengan Wak Ustaz mereka. Kenapa nama dia Wak Ustaz?
Okay,
meh YY
share sejarah sikit.
Nama biras YY
ni sebenarnya sama dengan MyChintaHati. Yang berbeza hanya ejaan sahaja. Disebabkan beliau adalah seorang Iman di salah sebuah masjid di Banting, maka kami semua sepakat mengekalkan nama Ustaz sebagai gelaran pada beliau. Nama gelaran
tu kekal sehingga ke hari ini (^_^)
|
Afif dan Aisyah berbaris untuk bersalaman dengan Wak Ustaz |
Minggu lepas majlis kenduri doa selamat telah diadakan di rumah
parent in law YY sebagai tanda kesyukuran di atas kepulangan mereka bertiga ke Tanah Air.
Tak banyak gambar boleh dikongsikan sebab YY agak sibuk pada hari tersebut.
Gambar di bawah
ni pun YY perolehi dari
group WhatsApp
family (^_^)
|
Majlis doa selamat |
Wah, panjang pula YY membebel kali
ni. Alang-alang dapat pegang
laptop MyChintaHati
ni, kita
kasi habis panjang terus.
Kang entah bila pula boleh bercerita lagi.
Hehe!
Anyway begitu cerita bagaimana kami sekeluarga menanti kepulangan insan-insan yang kami sayang dan sanjungi. Agak sukar sebenarnya untuk tidak menangisi saat itu walau ada yang melarang kami berbuat demikian. Sesungguhnya kami hanya manusia biasa. Perasaan sedih dan gembira adalah sesuatu yang cukup sukar disembunyikan.
Yang pasti kepulangan mereka sememangnya amat dinanti (^_^)
40 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿