Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid | Untuk makluman, hipertiroid mahupun hipotiroid bukan nama tempat atau kawasan peranginan yang cukup gah untuk diterokai. Nama yang disebutkan di atas adalah keadaan di mana berlakunya lebihan pengeluaran hormon atau kekurangan pengeluaran hormon pada kalenjar tiroid yang memang ada pada semua orang.Bagi yang mengikuti blog YY sejak dari mula pastinya mengetahui bahawa YY adalah salah seorang penghidap hyperthyroid sejak hampir dua dekad lalu. Sepanjang tempoh itu YY sudah melalui episod on off pengambilan Carbimazole mahupun Propylthiouracil (PTU) dan juga Propanolol.
Disebabkan pengambilan Carbimazole yang terlalu lama yang boleh memudaratkan fungsi dalam badan seperti jantung dan buah pinggang, YY disarankan membuat rawatan radioaktif iodin (ROI). Dos pertama rawatan ROI sekitar September 2014 tidak mencukupi di mana YY masih mengalami gejala hipertiroid berdasarkan keputusan ujian darah.
Atas saranan doktor dan juga demi memikirkan masa depan bersama anak-anak, YY bersetuju mengambil dos kedua ROI pada penghujung Januari 2015. Selepas pengambilan dos kedua, YY tidak merasai sebarang kesan perubahan pada awalnya. Tapi YY perasan YY kerap mengalami muscle cramps secara tiba-tiba.
Keadaan itu sudah memberikan YY gerak rasa bahawa YY sudah pun mempunyai symptom hipotiroid sepertimana yang diterangkan oleh pakar perubatan sebelum rawatan ROI diberikan. Awal bulan May 2015, keadaan kesihatan YY merudum secara mengejut. YY mula mengalami muscle ache. Kesakitan yang cukup sukar digambarkan dengan perkataan.
YY tak mampu berjalan atau bergerak disebabkan kesakitan itu. Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya YY sepanjang tempoh menanti temujanji seterusnya dengan doktor.
Semuanya terjawab baru-baru ini apabila keputusan ujian darah mengesahkan bahawa dos ROI yang diberikan berlebihan mengakibatkan YY mengalami keadaan atau gejala terbalik hyperthyroid. YY tak boleh tolerate dengan keadaan sejuk, berat badan yang naik secara mendadak walau YY tidak mempunyai selera makan dan paling ketara adalah muscle ache.
YY secara rasminya disahkan menghidap hipotiroid. Malahan ia juga merupakan sasaran pakar perubatan kerana ianya lebih mudah dan ubatan yang lebih selamat. YY perlu mengambil Levothyroxine sejenis ubat yang digunakan secara meluas diseluruh dunia bagi mengalakkan pengeluaran hormon di dalam kalenjar tiroid.
Bagi memastikan ubat ini di absorb sepenuhnya, YY perlu mengelakkan mengambil supplement ataupun makanan tertentu seperti soy based food, kalsium, ataupun zat besi pada masa yang sama. Temujanji seterusnya adalah pada bulan Oktober nanti. Buat masa sekarang masih terlalu awal untuk YY rumuskan kesan pengambilan Levothyroxine.
Ini adalah sebab atau faktor utama kenapa blog ni terabai semenjak kebelakangan ini. YY juga tak pasti samaada mampu mengekalkan rentak sepertimana dulu. Kita tunggu dan lihatlah nanti (^_^)
Dalam entry YY yang bertajuk Pengalaman Minum Radioactive Iodine, blogger Aryan Azra dan Fara Fadzil bertanyakan bagaimana YY mahupun anak-anak terpaksa berjauhan demi rawatan ROI. Untuk seorang yang tak pernah berjauhan dengan anak-anak kecuali ketika bekerja, ianya sangat sukar. Malahan rawatan kedua yang YY rasakan pastinya mudah sebenarnya lebih sukar.
YY agak depressed sepanjang tempoh pertapaan. Sebab tu kalau perasaan, YY sudah mula kurang mengeluarkan entry sepanjang mahupun selepas tempoh pertapaan untuk dos rawatan kedua. Entahlah. Nak luahkan secara terperinci kadang tak terluah. YY pasti Afif dan Aisyah juga begitu. Mungkin juga MyChintaHati. Emosi mereka terganggu sepanjang ketiadaan YY.
YY tak minta sebarang simpati sebab YY sedar ada yang lebih teruk dari YY. Sekurang-kurangnya YY masih mampu melalui kehidupan seperti biasa bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Cumanya, jangan menilai. Jangan kata YY tidak berusaha. Jangan kata YY tak tahan sakit. Lebih mudah, jangan bercakap sekiranya korang tidak memahami apa-apa.
Itu aje YY minta. Jangan menilai. Kadang rasa sebak bila ditebak dengan persoalan yang kadang hanya bertujuan untuk menyakitkan hati. Mungkin individu terbabit tidak berniat. Mungkin dia tak tahu bahawa daya tahan sakit setiap individu itu adalah berbeza walau kita mungkin mengalami masalah atau kondisi kesihatan yang sama.
Paling penting aturan ALLAH adalah yang TERBAIK untuk kita.
Kesimpulannya mudah. Adalah lebih molek sekiranya kita kurang bercakap kalau ianya bukan untuk tujuan kebaikan. Silent is always the best solution.
Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
12 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿