Part 1: Cuti Hari Pekerja di Kuala Lipis
Cerita dah basi ye tapi YY tetap nak cerita juga sebab baru ni kesihatan mengizinkan dan ada kelapangan untuk mengemaskini blog yang dah berhabuk ni.Sempena cuti hari pekerja baru ni yang kebetulan agak panjang disebabkan sekali dengan sambutan Hari Wesak, YY dan keluarga menghabiskan cuti di kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang.
Kami bertolak ke Kuala Lipis pada petang Jumaat. Sebelum tu ada dengar yang kesesakan teruk di sepanjang perjalanan menghala ke sana. Masa kami pun jem jugalah sekejab.
Walaupun nampak panjang tapi at least bergerak juga. Bukan jem langsung tak bergerak. Kalau camtu memang kes naya. Mujur kereta auto, kalau manual...sendiri fikirlah ye.
Rupanya penyebab kepada kesesakan tadi adalah kereta yang rosak di tengah jalan. Ayoyo bos! Manyak bahayalah lu berdiri tengah highway tu macam!
Lepas aje melalui kawasan tu, perjalanan kami tersangatlah smooth! Seronok aje perjalanan dengan anak-anak yang tak sabar nak ke kampung Tok Yang.
Kami berhenti kejab di Petronas sebelum masuk ke Bentong. Melayan karenah perut yang sudah mula mendendangkan pelbagai rentak irama nyanyian.
Kebetulan pula baru gaji, maka bermewah sikitlah kami menjamu selera hari tu (^_^)
Tengok gambar Afif dan Aisyah yang sedang berkongsi minuman dan makanan tu buat rasa sejuk aje hati. Alahai anak, rasa bahagia dibuatnya.
Tapi ni time diorang baik. Cuba time tak baik, time peperangan meletus. YY yang terkenal dengan kejelitaan ni pun bertukar jadi hantu tau! (^_^)
Kami sampai agak lewat malam di kampung kelahiran YY sebab banyak kali juga berhenti. Sampai rumah Atuk, terus tidur. Tak larat nak buat benda lain sebab panggilan bantal lebih mengujakan.
Keesokkan harinya kami ke majlis kahwin saudara sebelah Mak. Atuk YY cukup teringin nak pergi ke situ disebabkan dia dah lama tak berkunjung.
YY pun excited juga sebab dapat makan gulai kawah! Yummy! (^_^)
Sampai aje memang terus dok tuju makanan. Lapar bila dok dapat bau gulai kawah dari jauh. Cuaca yang agak panas tak menghalang langsung YY dan anak-anak dok berbaris panjang. Hehe!
Bila dah ambil makanan, baru perasan meja penuh. Tak apa anak-anak, demi gulai kawah kita tunggu meja kosong! Berbaloi penantian itu. Percayalah! Hehe!
Kalau tak disebabkan ada perasan malu, memang nak kaut sikit punya penuh pinggan dengan gulai kawah aje. Tapi disebabkan ada juga rasa malu tu, maka sikit ajelah yang YY ambil
Janji hilang perasaan teringin tu. Atuk pula YY nampak agak berselera makan pada hari tu. Suka tengok dia yang kelihatan agak sihat.
Lepas memasing dah kekenyangan, apa lagilah kan...posing!!
Gambar bawah ni adik-adik YY. Kali ni semua ada balik kecuali Dayah. Kalau tak dah cukup dah kesemua enam beradik kami (^_^)
Dekat bawah ni pula, semua tu saudara Mak YY. Kira saudara agak jauh jugalah kalau nak dikaji susur jalurnya. Ada juga terselit muka Atuk, Syafie, Abah, Aisyah dan MyChintaHati di situ.
Bila dah jumpa saudara yang dah lama tak jumpa, macam-macam cerita keluar. Tu yang menjadikan perjumpaan seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.
Dekat bawah ni pula adalah gambar Mak dan MyChintaHati bergambar bersama dengan adik-beradik perempuan Mak dan juga saudara Mak yang YY tak berapa kenali.
Dua orang disebelah kiri tu adalah adik-beradik Mak iaitu Ateh dan juga Mak Long. Anyway YY baru perasan senyuman menantu dan Mak mentua seiras (^_^)
Gambar bawah ni pula adalah gambar Afif bersama dengan sepupu YY. Kira pangkat pakcik pada Afif dan Aisyah. Asalnya YY nak ambil gambar budak lelaki aje.
Tapi Aisyah nak juga menyelit. Tengoklah tu siap dok cuba buat gaya yang sama dengan Abang dia. Ish, Aisyah! Ada-ada aje budak sorang ni tau! (^_^)
Eh, terselit pula gambar pasangan terlajak romantik ni (^_^)
Kami juga sempat berposing dengan Atuk yang ketika tu dah mula ajak balik. Rimas dia nak melayan karenah anak serta cucu yang tak sudah-sudah bergambar (^_^)
Selit jugalah gambar menantu dengan Pak Mentua dan juga cucu. Memasing dah tak mampu nak senyum sebab cuaca hari tu agak panas (^_^)
Cenderahati dari pengantin yang YY dapat kali ni agak rare. Dia bagi jem. Nak makan pun terasa sayang sebab bekas dia agak cantik pada YY (^_^)
Cerita hari kedua kami di sini belum habis setakat ni sahaja. Ada lagi destinasi kami selepas rumah pengantin yang akan YY ceritakan di dalam entry akan datang.
Nak tahu ke mana lagi kami pergi, kenalah tunggu! (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum.
P/S - Maaf dalam masa terdekat ni kunjungan balas belum mampu dilakukan. Masih lagi kurang sihat disamping masalah lain yang YY rasa korang tak mahu tahu. Hehe!
Insya ALLAH, panjang umur sampailah YY yang comel ni (^_^)
seronoknya dapat berkumpul ramai2 macam tu mesti meriahkan.. moga kesihatan yana bertambah baik... akak pun balik kg juga cuti hari pekerja tu..hehehe
ReplyDeletehai kak YY..lama tak menyinggah sini! hopefully akak n family sihat ye.suka tengok gambar Aisyah menyelit dekat sepupu-sepupu lelaki dia tu.baya macam ni memang suka meniru.
ReplyDeleteSy pun orang lipis. Hihi
ReplyDeletetime cuti memang p kenduri la jawabnya. seronok jgk makan kenduri ni..
ReplyDeleteKami ikut jalan lama kat Bentong tu kak Yana.. Rare... Hahaha.. =D
ReplyDeleteWah.. Afif dan aisyah makan kfc tak bagi auntie..
ReplyDeletewow. goodies dapat jem. comel pulak tu.... memang rare
ReplyDeleteGambar mama Afif&Aisyah keluar last sekalilah yerk maklumlah dia pakai 'uniform' majlis kahwin gitu ^_^ Bilalah nak tukar ke baju kurung nih. Hahaha...
ReplyDeleteYalah, bertuah sungguh dapat menantu dapat senyuman sama macam mak mertua. Sejuk ibu mengandung. Eh, apa ke kaitannya pulakkan... dah katanya menantu tadi!
Baguslah budak berdua ni boleh berkongsi makanan. Kalau kena kat anak-anak saya suruh berkongsi, depa menjerit bergaduh sampai kita terus hentak dada jadi tarzan gitu! Tak larat....
Walaupun penat meredah jem bagai, hati pasti terubat bila dpt berkumpul mcm tu.. meriah.. makanan pun menyelerakan.. :D
ReplyDeleteWah... One big family... Alhamdulillah.
ReplyDeleteBestnya makan gulai kawah! Akak suka tengok style orang bagi wedding gift dalam botol cenonet begitu. Ada jam, ada honey,...baru2 ni akak dapat kuah rojak dalam botol comel!
ReplyDeleteOh nilah dia part 1 yeh....
ReplyDeleteHihi.....jem ni mmg menguji kesabarankan YY....bendanya kereta rosak jer, tp jem sampai 5 km memang sakit hati.
Tp mmg okje setuju......kalau lama tak makan nasi minyak ngan gulai kawah, akan sampai satu masa datang tahap mengidam....tu yg sanggup beratur tu hihi....
Maklah paling seronok, sebab dikelilingi anak anak