Hadiah Paling Bermakna!
Cerita dah lama. Basi dah pun. Tapi disebabkan tak berkesempatan nak update sebelum ni kerana kekangan masa dan juga masalah kesihatan, YY cerita juga hari ni (^_^)Isnin minggu ni bila buka laman carian popular di dunia, Google. YY terperasan gambar kek pada perkataan Google. Bila move cursor baru tahu ianya ditujukan pada YY rupanya.
Citt, boleh pula lupa hari jadi sendiri! Hehe!
Maklum dah masuk tiga series ni mudah sangat dok lupa walhal pagi tu dah ada aje insan tersayang dok wish. Senyum dah sikit punya meleret dah pagi tu walau hanya wish yang diberikan.
Tak sangka Google pun ada buat benda gini rupanya. Hehe! Baru tahu (^_^)
Hari sebelum tu YY dah dapat wish dari Mak YY yang tak pernah gagal memberikan ucapan hari lahir untuk YY. Ucapan yang kadang buat meleleh jugalah air mata ni bila baca.
Semenjak dia pun dah pandai Whatsapp ni, memang kerap jugalah kami chatting. Hehe! Macam jauh aje duduk kan? (^_^)
Terima kasih juga buat yang memberikan ucapan dalam pelbagai bentuk medium. Appreciate sangat masa yang korang luahkan hanya untuk memberikan ucapan pada YY.
Maaf tak mampu nak senaraikan semua nama yang berikan wish but you know who you are. Once again, terima kasih bebanyak ye (^_^)
Anyway tahun ni hadiah yang paling bermakna yang YY terima adalah dari Afif dan Aisy. Kebiasaannya tiap kali YY balik kerja, mereka mesti kejar.
Tapi hari tu, diorang tak kejar seperti kebiasaanya. Pelik juga. Tapi tak syak apa-apa sehinggalah tetiba diorang datang sambil menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.
Rupanya diorang berkurang dalam bilik dengan Acu diorang sebab nak menyiapkan hadiah yang pada YY sangat bermakna. Rasa nak menangis pun ye juga time tu (^_^)
Terima kasih buat anak-anak Mama sebab dok ingat nak berikan something pada Mama. Tak kisah berapa nilai pun, ia tetap benda yang sangat berharga terutama bila melibatkan anak-anak Mama.
Mama tak harapkan apa-apa pun dari anak-anak Mama, cukuplah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang taat kepada suruhan ALLAH yang SATU.
Kamu berdua adalah harta yang tak ternilai dan amalan yang kamu berdua lakukan adalah bekalan buat Mama dan Papa di akhirat kelak. Terima kasih kerana mewarnai hidup kami berdua (^_^)
Gambar terbaru Afif dan Aisyah bersama sepupu diorang, khusus buat yang merindui |
Lama kak Yana menghilang.. Huhu.. Happy birthday kak Yana, semoga dikurniakan dgn kesihatan yg baik, dipanjang umur dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Saya pula terharu dgn ucapan dari seorang ibu. Tak pernah dapat kata-kata macam tu. Kak Yana sungguh bertuah.. ^_^
ReplyDeleteseamat hari lahir yana . semoga hidup dilimpahi keberkatan Nya . dan semoga diberikan kesihatan yg berpanjangan ...
ReplyDeletebertuah sis,ucapan dari mak sis tu memang touching membacanya. wah,anak-anak pun dah pandai wish kat mama dia. mesti mama terharu di kerjakan dek afif dan aisy..
ReplyDeletebagus afif dan aisy ye..buat kad untuk mama mereka.. ucapan dari emak YY tu cukup bermakan..
ReplyDeleteBestnya dapat kad buatan anak sendiri kan, anak saya kecil lagi..
ReplyDeleteamboi sengih sakan si comel aisy tu.. geramnya tengok.. :)
ReplyDeletehepi belated birthday yana...semoga panjang umur,murah rezeki,bahagia selalu dan diberi kesihatan yang baik...
ReplyDeleteseronoknya tengok aisyah tersenyum gembira macam tu,comel sangat
hepi belated birthday kak YY!sweetnya hadiah tu..kalau saya mesti hati berbunga-bunga.badan sakit pun terus sihat. semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia till jannah..
ReplyDeletebleh mengalir air mata tgk hadiah :)
ReplyDeleteHappy belated birthday, YY. Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang dan menjadi Muslimah yang sentiasa di jalan Allah hendakNya. Sorrylah, saya ni kalau bab harijadi kawan-kawan selalu aje terlupa nak wish. Asyik belated walaupun tak kiralah berapa kali pun saya dok pasak kat kepala suruh ingat sebelum tarikh sebenar *_*
ReplyDeleteSyahdu pulak bila baca ucapan dari mak YY. Saya ni takdalah lagi harapan nak dengar ucapan dari emak :(
Saya pun tak tahu Google memang ada buat wish macam ni ya... Yang saya tahun asal masuk aje bulan harijadi, macam-macam mesej sampai dalam hp suh pergi shopping sebab dapat diskaun banyak katanya sempena harijadi. Baru lah ni masuk satu padahal bulan Jun belum start pun lagi!
arghh...boleh menitis air mata
ReplyDelete