Pemergian Yang Tak Diduga
Permulaan bulan Mei ini YY mulakan dengan berita yang menyedihkan khususnya buat warga Taman Perumahan yang YY duduki sejak setahun yang lalu.Petang Rabu yang lalu, YY dan seluruh warga Taman Perumahan dikejutkan dengan pemergian yang tak diduga Pengerusi Taman Perumahan kami.
Beliau terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Speechless. Terkejut yang pastinya. Kali terakhir YY berjumpa dengan Allahyarham adalah pada Ahad lepas ketika mensyuarat pertama Taman Perumahan kami.
Dia ceria seperti kebiasaannya walau diseret dalam perdebatan yang buat dia hampir kelemasan ketika itu. Sikap dia yang berlembut menyebabkan semua kes berbangkit selesai pada hari itu.
Ironinya, dia sempat membentangkan usul mengenai khairat kematian Taman Perumahan kami yang dipersetujui oleh semua yang hadir. Siapa sangka keluarga Allahyarham adalah penerima pertama.
Menulis entry ini pun buat YY rasa sebak mengenangkan isteri dan anak-anak Allahyarham. Sebak terkenangkan bagaimana kuatnya rangkulan si isteri apabila YY datang menziarah.
"Akak tak tahu nak buat apa" kata si isteri dalam tangisan yang tak berkesudahan. YY sendiri turut hanyut dalam tangisan. Memahami kesedihan walau tidak seberat yang si isteri tanggung.
Gambar dari group Telegram Taman Perumahan kami |
Kematian mengejutkan seperti ini memang sesuatu yang sukar diterima. Tapi si isteri YY yakin sangat kuat demi anak-anak. Masih mampu menjawab setiap persoalan yang diajukan.
Kalau YY, tak tahulah nak kata apa.
Bertambah sedih apabila si Kakak yang sebaya Afif tak berhenti menangis dengan pakaian sekolah masih kemas tersarung. Hancur hati sesiapa sahaja yang melihat.
Si Adik pula yang sebaya Aisyah masih belum mengerti. Leka bermain walau Kakak dan Ibu dalam kesedihan yang teramat. Dia hanya berkata, "Ayah tidurlah. Ayah penat tu"
Gambar dari Facebook peribadi si isteri |
Allahyarham telah pun selamat dikebumikan di kampung halaman pada pagi semalam, Khamis. Moga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Gambar dari group Telegram Taman Perumahan kami |
Mati itu sememangnya PASTI. Setiap yang bernyawa pasti akan merasainya tanpa mengira usia mahupun darjat keturunan. Cumanya kita tak tahu bagaimana cara kematian dan di mana.
Adakah kita sudah bersedia? Cukup tak bekalan kita?
YY menasihati diri sendiri bahawa setiap apa yang YY lakukan, bayangkan itu mungkin yang terakhir. Jangan berlengah terutama dalam memenuhi tuntutan agama.
Tiba-tiba terasa diri ini sangat KERDIL....
Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman ya.. daripada cerita YY ni saya pasti arwah memang orang yang baik tu.. moga keluarganya tabah dan menerima berita ni dengan baik.. adoi kalau di tempat kita entahlah macam mana..
ReplyDeleteYa Allah... sedihnya.. al-Fatihah utk arwah...
ReplyDeleteKematian sbg peringatn buat yg msih hidup..
Al-Fatihah buat yang telah pergi.
ReplyDeleteSemoga Allah s.w.t ampunkan segala dosa arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin..
Ya Allah, satu demi satu berita kematian yg saya terima dari pagi tadi..
ReplyDeleteBenar, mati itu pasti. Inilah peringatan yg Allah berikan pd kita yg masih hidup..
Al-Fatihah..
al-fatihah.. semoga rohnya aman di sana..
ReplyDeleteAl-fatihah..walaupun tak kenal, sayu je baca entry ni..
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Arwah dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah..
ReplyDeleteAl fatihah...takziah buat keluarga mangsa..
ReplyDeleteal fatihah ... semoga diletakkan dikalangan orang - orang yg beriman ...
ReplyDeletemoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh... sedih akak dibuatnya, kalau ini terjadi pada akak, akak taktau lah dapat hadapinya atau tidak..
ReplyDeleteinnalillah...moga arwah bersama org2 yg beriman...
ReplyDeleteAlfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Sedihnya bila mengenangkan harus pergi dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Semoga isterinya tabah meneruskan kehidupan pada masa akan datang!
ReplyDeleteAl-fatihah
ReplyDelete