Bye April, Hello May
April baru sahaja meninggalkan kita dengan pelbagai cerita suka dan duka. Syukur Alhamdulillah kita masih bernafas dan sekarang kita dah pun berada di dalam hari ke lapan bulan May 2015.Kita juga sekarang sudah berada di hari ke 19 bulan Rejab 1436H. Tak lama aje lagi Insya ALLAH kita akan bertemu Ramadhan yang penuh barakah (^_^)
Memasuki bulan kelahiran YY dan MyChintaHati ni, YY tak berapa sihat sejak sekembalinya dari kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang.
Banyak benda nak diceritakan, tapi badan rasa macam tak bermaya aje nak ketuk papan kekunci laptop. Kepenatan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Bukan semua faham.
Kerja di pejabat juga semakin berlambak disebabkan keputusan drastik YY. In fact YY tak sesali langsung dengan keputusan itu. Moga ada sinar walau tidak secerah sekarang.
YY juga naik segan dengan rakan blogger yang menyinggah di sini tapi YY langsung tak membalas kunjungan. Nak mengebom kembali pun, tak tahulah mampu atau tidak.
Even komen yang ditinggalkan di Diari Seorang Mama ni pun YY tak mampu lagi nak balas sepertimana dulu. Seriously susah nak buat semua tu sekarang.
Maafkan YY kerana tak mampu aktif sepertimana dulu. YY akan cuba meluangkan masa nanti untuk kalian semua cuma YY tak mahu janjikan apa-apa.
Anyway YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat korang semua yang berkunjung ke sini sama ada yang meninggalkan jejak atau hanya sebagai silent readers.
Terharu sangat kerana korang masih juga setia membaca coretan merapu YY. Ketahuilah yang blog ni sunyi tanpa kunjungan kalian.
Buat si peninggal jejak, terima kasih kerana meluangkan masa berharga korang untuk blog YY ni. Di bawah ni adalah mereka yang aktif meninggalkan jejak sepanjang April yang lepas.
Blog mereka YY dah senaraikan di bahagian side bar under Gorgeous Blog List. Silalah beramah mesra dengan mereka ini. Tak rugi sebab mereka memang sangat supportive!
Berikut pula adalah Top 20 mereka yang bakal menerima something dari YY dengan syarat mereka meninggalkan komen sepanjang Aug 2014 sehingga Jul 2015.
YY dah buat janji ni sejak hampir setahun yang lalu. Insya ALLAH akan dilaksanakan. Lagipun janji tetap janji. Sebagai seorang Muslim, janji perlu ditetapi, dak gitu? (^_^)
Blog mereka juga YY dah senaraikan di dalam blog list Diari Seorang Mama. Sila lihat di bahagian Awesome Blog List ye. Lagipun mereka ni memang awesome sangat! (^_^)
Sebelum YY mengundur diri, YY nak jemput korang semua menyertai dua Giveaway (GA) yang menawarkan pelbagai hadiah yang sangat menarik!
Yang pertama adalah GA julang kalinya anjuran Edrina yang akan bermula esok 9 Mei 2015. Silalah bookmark blog Dare to Dream ye. Manalah tau ada luck (^_^)
Yang kedua plak GA anjuran Grup Mama Bloggers Malaysia yang akan bermula pada Ahad nanti bersempena hari Ibu. YY difahamkan kesemua hadiah bernilai lebih RM500!
Rugi sangat kalau sesiapa tak sertai. Lagipun ia akan berlangsung selama sebulan. So banyak masa tu. Bookmark ye, manalah tau ada rezeki kan (^_^)
Rasanya itu ajelah bebelan YY buat waktu ni. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
Moga diberi kesihatan yg baik... takpe faham... MasinG2 juga sibuk dgn urusan harian masiNg2... Moga dipermudahkan juga urusan YY... Insha Allah.
ReplyDeleteselamat berjaya
ReplyDeletemoga YY sekeluarga sihat-sihat ye..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh sis.. jgn tension2.. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah masih tersenarai juga.. Wah,terbaik promote GA kita.. I loikee..
ReplyDeleteMei sudah muncul.. semoga bulan ni lebih baik dari sebelumnya..
ReplyDeletesalam done follow sini dari GMBM GA
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan ...
ReplyDeleteget well soon YY...
ReplyDeletekak yana, lebih penting bagi kak yana utk jaga kesihatan diri. sihat semula seperti sedia kala dan utamakan mana yg penting utk diri dan keluarga kak yana. seriously, take your time okay?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. t kasih YY dan tahniah juga buat rakan2 yg lain. Agak kesibukan juga bulan lepas. Waktu berblog pun jadi huru hara.. Semoga cepat sembuh YY.. aamiin.
ReplyDeletemoga akak YY sentiasa diberi kesihatan yang baik :)
ReplyDeletemoga yana diberi kesihatan yang baik ye...takpe kalau tak dapat berkunjung,tapi coretkan sesuatu disini supaya semua tahu akan khabar yana.
ReplyDeleteRindulah nak berbalas-balas komen dengan YY macam dulu-dulu. Memang kurang seronoknya bila mengomen tapi tak berbalas. Namun, kita fahamlah keadaan awak sekarang. Di dunia sebenar ni komitmen kita sebagai wanita memang banyak sangat. Ada-ada aje yang menuntut masa kita ni. Kalau tak dapat bom pun takpalah. Bila dah sihat betul nanti, bolehlah jenguk-jenguk sekejap. Jadi silent reader pun takpa. Kalau dah tak boleh sangat, nak dibuat macamana, YY. Redha ajelah yerk *_*
ReplyDeleteTahniah buat mereka yg masuk list..mereka mmg rajin
ReplyDelete