Selamat Hari Jadi Papa!

7:28:00 am Yana Yani 17 Comments

Hari ini adalah hari sempena memperingati kelahiran MyChintaHati. Afif sejak YY khabarkan tentang berita ini adalah manusia paling excited.

YY dididik sejak dari kecil supaya mengingati kesemua tarikh lahir dalam keluarga kecil kami. Ia dianggap sebagai satu detik yang istimewa bagi Mak YY.

Cukup walau hanya ucapan ringkas menandakan bahawa kelahiran kami adik-beradik satu ketika dahulu amat dialukan dalam keluarga kami.

YY cuba menerap menilai yang sama dalam diri anak-anak YY.

Tahun ni disebabkan Afif sudah mula bersekolah, YY menggalakkan dia untuk cuba menghasilkan diri sesuatu berdasarkan kreativiti dia. Of course YY ada membantu (^_^)

Menggunakan bahan kitar semula seperti paper bag dan juga pembalut hadiah. Kami dua beranak berjaya menghasilkan something yang dirasakan special untuk Papa kesayangan Afif


Gambar di bawah ni YY rakam semalam ketika Afif leka memotong gambar yang dia inginkan untuk ditampal pada paper bag yang YY dah terbalikkan.


YY terasa seronok melihat Afif yang begitu excited. Tak sangka dia agak kreatif. Banyak sungguh idea yang dia keluarkan. Semuanya dilakukan untuk Papa (^_ ^)


Semalam ketika pulang dari sekolah, Afif bertanya soalan kepada Papa dia, "Papa, besok hari jadi Papa ye?"

"Ye, kenapa? Afif nak bagi hadiah ke?" jawab Papa Afif dengan senyuman lebar.

"Papa nak hadiah apa?" tanya Afif kembali.

"Papa nak kereta besar!" jawab Papa Afif tanpa berfikir panjang.

Mungkin kerana terkejut dengan jawapan yang diberikan. Perbualan itu tamat begitu sahaja. Tapi siapa sangka, Afif bersusah payah memberikan sebiji kereta untuk Papa dia.

Tak percaya, cuba tengok gambar dekat bawah sebagai bukti!


Bertuah punya anak! Tapi kreatiflah kan. YY pun tak sangka dia boleh dok belek surat khabar semata-mata nak cari gambar kereta khusus untuk Papa dia (^_^)

Masa entry ni ditulis, belum dapat tengok respond Papa dia. Tapi rasanya MyChintaHati pasti akan senyum dua kali ganda lebih lebar daripada biasa.

Tengok senyuman Afif, automatik dok teringat Papa dia.


Buat Papa kepada Afif dan Aisyah,

In case you are reading this, just want you to know yang kami semua sayang sangat pada Papa. Papalah segalanya pada kami. Kehilangan Papa Ainul dan Akil, menakutkan kami.

Benarlah ajal maut itu adalah ketentuan DIA yang SATU tapi kami tak kuat.

Kami doakan moga Papa panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH. Kami juga nak Papa sentiasa tahu yang kami SAYANG Papa sangat-sangat.

Tiada kata atau harta di dalam dunia ini dapat menggambarkan betapa sayangnya kami pada Papa. Yang pasti, you are the BEST Papa in the WORLD!


17 comments:

  1. Comel laa kak yana !
    Kreatif sangat.. kalau Sha comfirm terharu walaupun tak dapat kereta betul... at least... dia cari jugak sebuah "kereta" untuk papa dia.. hiks!

    ReplyDelete
  2. terharunya baca entry ni kak YY.. proud la ngan Afif.. One find day, mayb Afif akan hadiahkan Papa dia kereta..

    ReplyDelete
  3. Alahai, sweet nyer Afif ni...
    Bertuah papa dapat hadiah kereta dari anak bujang...
    Good job Afif :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari ulang tahun papa afif & aisy...
    afif memang kreatif

    ReplyDelete
  5. Wahh.. tahniah buat papa Afif & syabas buat Afif juga. Semoga ceria dan berbahagia sekeluarga dgn sepenuh berkat di dunia dan akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Afiff..mesti papa dia senyum lebar dapat hadiah kereta besar hehehe

    ReplyDelete
  7. comel bday kad.. hehe.. hepy blated bday.. semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia di sisi keluarga.. :)

    ReplyDelete
  8. 44 pemenang dicari!!!

    Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
    - Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
    - Kain Pelikat - 2 pemenang
    - Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
    - Pin Shawl - 2 pemenang
    - Blause - 1 pemenang
    - Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
    - Cash RM30 - 1 pemenang
    - Cash RM10 - 2 pemenang
    - Topup RM10 - 3 pemenang
    - PVC Keychain - 30 pemenang

    Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

    Jom terjah entry terkini "LAZADA - Mini LED Projector"

    ReplyDelete
  9. Wah.. Mesti terharu papa nye nih...

    ReplyDelete
  10. Pandainya afif.... Memang papa afif terharulah dapat kereta dari anak dia.. Btw,happy belated birthday to papa afif dan aisyah..

    ReplyDelete
  11. kreatif lak afif menyusun gambar tu ...

    ReplyDelete
  12. kereta dalam gambar pon jadi lah ye. inshaAllah suatu masa nanti mungkin Afif benar2 akan menghadiahkan papanya sebuah kereta. mana tahu kan, masa depan? hihi ^_^

    ReplyDelete
  13. wah,,kreatifnya afif ni,pandai pulak tu realisasikan impian papa nak kereta..bijak..bijak

    ReplyDelete
  14. Eh, tak komen lagi! Rasa macam dah baca. Dejavu betullah sekarang nih...

    Happy belated birthday again buat cintahati YY. Untunglah anak hadiahkan sebuah kereta Axia. Itu hadiah 'pemanas' aje YY manalah tau dah besar nanti betul-betul Afif hadiahkan sebuah kereta untuk Papanya. Tinggal sama ada boleh bawa lagi ke atau tangan dah gigil nak drive. Keh3x.

    ReplyDelete
  15. so sweet!!! nk bagi hadiah kereta eh

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...